Sebelum ini saya ada cerita yang abah saya ada menanam pokok kacang panjang kan.
Pokoknya dah pun berbuah dan sudah boleh dituai. Sekejap sahaja kan, kalau kita tanam sendiri lambat sahaja rasanya nak berbuah.
Macam biasa, model kacang panjang akan menawarkan diri untuk memegang hasil tuaian untuk kali ini, dengan senyuman tak nampak mata.
Lebat juga pokok kacang panjang abah saya ini berbuah. Sebenarnya abah saya dah tuai banyak kacang ini. Tapi dah tak berapa segar. Jadi yang itu adik saya bawa balik seplastik besar ke rumahnya. Kata adik saya dia nak jual dengan kawan-kawan berdekatan rumahnya.
Kacang panjang yang Mimin pegang ini saya tuai sendiri di pokoknya, saya pilih yang elok-elok dan segar sahaja.
Saya paksa Mimin bergambar bawah pokok pisang bersama hasil tuaian. Macam biasa Mimin buat muka pelik.
Agak-agaknya kan, bulan depan kalau saya balik lagi ke rumah mak abah saya, ada tak lagi kacang panjang untuk dibawa pulang?
banyak betul buahnya..bilalah nak berjaya buat trellis mcm tu utk kacang pnjang ni...
ReplyDeleteabah sy guna kayu-kayu hutan jer utk buat trellis tu
Deletelebat buahnya tuh..kalau kacang panjang galaxy lama gak tahannya..
ReplyDeletehehehe...tak tau ler ni kacang panjang jenis apa, tp galaxy kompom bukan kot
Deleterasa mcm tgh melawat ladang kacang pjg...suburnye!
ReplyDeleteada sebaris jer abah sy tanam kacang ni bukannya byk mana
Deletenampak macam kebun kacang panjang berskala besar jer....boleh bawak lori ni kutip hasil ni..
ReplyDeleteskala kecik jer, buat makan jual pun tidak
Deletebanyak betul kacang panjang.. menjadi betul kan.. geram tengok..
ReplyDeleteefek kamera jer tu, tak byk mana
DeleteSalam smRose,
ReplyDeleteIni baru betul kat kampung, sayur penuh kebun, nampak macam semua ada! Pernah satu ketika dulu Mak Aji balik ke kampung dengan membawa balik pisang tanduk! Kat kampung xde sangat kawasan tapi kami kat KL ada kawasan, sempat bertanam kelapa (beli mesin parut kelapa mcm kat kedai runcit tu!), nangka, cempedak, mangga segala bagai! Terbaliklah pulak ya!
salam mak aji,
Deleteorg2 kat sini smuia dah terjangkit semangat abah sy, semua pun nk tanam serai...hehehe
Seronoknya tengok banyak kacang panjang berbuah berbaris macam tu. Mesti lama ambil masa nak menuai semua kacangnya tu.
ReplyDeletelama la kot, sy tuai sikit jer, abah sy yg tuai ari2
Deleteberapa lama dari mula tanam hingga pokok kacang pjg tu boleh berbuah?
ReplyDeleteSeronoknya tgk hasil yg menjadi.. Aka baru nak cuba2 tanam.. Tlg doakn ye
ReplyDelete