Nak beli benih online?

Monday, May 13, 2013

Dah Masak!


Pejam celik, pejam celik dah masak pun buah timun betik yang saya tanam.


Saya tahu dia masak pun sebab tertanggal dari tangkainya dan jatuh dalam pasu. Tercederalah sedikit, kesian. Ingatkan lambat lagi baru masak.


Inilah rupanya bila dibelah dua. Bahagian yang berwarna jingga itu ada biji benihnya, rasanya agak manis tapi kita tak makan yang itu.


Kita ambil isinya sahaja, baunya memang harum, macam bau tembikai susu.


Buah ini memang kurang manis berbanding tembikai susu, jadi kita taburkan gula.


Lepas itu kita tuangkan santan, tapi saya tak ada santan jadi saya letak susu cair. Seeloknya letak ketulan ais sekali barulah sedap dan menyegarkan. Tapi memandangkan sekarang ini saya tengah batuk, saya pun tak letak la.

Apalagi makanlah! Sedap rasanya lemak-lemak manis. Cubalah!

22 comments:

  1. assalamualaikum....nampak sedapkan buah timun betik nie...saya x pernah rasa buah nie...kena plk hari panas2 nie...menyelarakan...kalau ade benih nak juga tanam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, buah ni banyak dijual waktu bulan ramadhan, tapi kalau nk tanam sendiri, bila-bila pun boleh makan. Kalau nak benihnya tinggalkan alamat dekat semuamenjadi@gmail.com

      Delete
    2. Saya nak sgt buah dn benihnya...saya dok di seremban...klu ada bagitau ye!

      Delete
  2. pernah makan...nenek sy pernah masak pengat ke apa lupa..tapi berkuah..ada letak sagu sikit...dan ais...masa bulan puasa...lepas balik terawih..pekena benda sejuk2 mcm ni..waaaa leganya tekak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, tapi kalau tgh batuk makan ni, makan kuat batuknya, macam saya dah tk ada suara dah ni

      Delete
  3. beza ngan yg kat sni kulitnya lain corak sikit kan..tp rsnya mungkn same..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy rasa pun camtu, nanti nak carik benih yang berbelang tu pulak

      Delete
  4. gebunyer...licin sungguh kulit timun betik ni...tak dak jerawat lgsg...nmpk mcm manis bersari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. licin sebab saya balut ngan suratkhabar, nampak jer manis tp tak pun, cuma baunya mmg harum

      Delete
  5. klu kt kampung saya kami sekeluarga panggil buah gerbis, tapi kalu tak silap dia ada corak-corak sikit. dulu ayah rajin tanam pokok ni, dan kami suka makan letak gula skit, sejuk menyelerakan dimakan waktu cuaca panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat nama baru lagi, terima kasih sbb bg tau, benih yg bercorak tu tak ada ker, kalau ada nak sikit....hehehe

      Delete
  6. timun betik yang rose tanam ni atas tanah atau dalam container?....menarik tgk bentuk dia,rasa of coz la sedapkan...tanam sendiri pulak tu. Rose dapat mana benih dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tanam dalam pasu....hehehe, sebenarnya saja campak benihnya dalam pasu, hidup dan berbuah la pulak, benih dapat dari abah sy

      Delete
  7. Rose, timun betik itu memanjat ker? bila berbuah kena balut tak? nak cari ilmu menunggu penuh harap rock melon saya berbuah...saya rasa cara penanaman macam rock melon gak ni..cuma rock melon manja..tak leh kena hujan sangat, dan buah mesti tergantung dan dibalut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya tanam (dlm pasu) memanjat tapi yg abah sy tanam atas tanah tak mau memanjat. Saya balut buahnya. tapi bila masak, dia luruh sendiri macam durian...hehehe

      Delete
  8. Bila tengok sajian best tu, rasa macam makan kat hotel 5 star.

    ReplyDelete
  9. hahaha, jadi 5 star sbb ada pudina cenonet tu yer...hehehe

    ReplyDelete
  10. Boleh jual tak benih timun tu. Kat sini tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak! kat saya dah abis stok la, kalau sanggup tunggu, sy boleh lah usahakan mintak kat abah saya ker, tp lama sikit la. tinggalkan alamat kat semuamenjadi@gmail.com

      Delete
  11. saya suzi dr jerantut phg klu ada jual benih tu saya pun berminat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ini timun betik kehabisan stok, tinggalkan alamat kat email sy, kalo ada stok nanti sy hantar tapi tak tau la bila yer

      Delete
    2. terima kasih.saya akan tunggu......

      Delete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...