Nak beli benih online?

  • - Daun Bidara Kering 10g RM1 Boleh pesan sekali dengan biji benih atau produk lain Kos Poslaju RM8 utk Semenanjung WhatsApp 0174559536 Khasiat daun bidara, ...
    2 weeks ago

Sunday, September 30, 2012

Hari Flora 1



Sementara saya balik rumah mak dengan abah saya, sila-sila lah lihat bunga-bunga yang saya tak tanam ini.

Saturday, September 29, 2012

Selasih ku Sayang



Satu hari saya terjumpa pokok selasih yang sangat gemuk dan cantik dekat nurseri. tak sabar rasanya nak beli dan tanam di rumah walaupun saya memang tahu yang saya tak berapa sukakan daun ini. Harganya pun memang sangat berpatutan, daripada satu pasu kecil yang saya beli, saya pindahkan ke dalam dua pasu besar.






Saya letakkan pasu-pasu tersebut di bawah sengkuap (awning) rumah saya. Sampai sekarang pokok selasih saya tidak berbunga lagi dan warnanya bertukar jadi hjau muda. Sangat sesuai di buat ulam.

Setelah beberapa kali saya mencuba makan ulam selasih ini, saya dah buat keputusan, memanglah ia tidak sesuai dengan selera saya. Saya tak pernah lagi masukkan dalam mana-mana masakan. Kadang-kadang kalau terlalu  rimbun sangat pokoknya saya potong dan bagi pada kawa-kawan. Kadang-kadang pula saya letak dalam laci dapur untuk halau lipas...hehehe.

Friday, September 28, 2012

Mari Berkenalan


Ini adalah antara herba-herba yang saya temui di CH. Mari kita berkenalan dengan lebih rapat lagi.
Saya paling suka herba rosemary ini terutamanya bila masak ayam bakar atau kambing bakar.









Ini pula antara herba barat yang ada saya tanam di belakang rumah saya iaitu rosemary dan oregano.

Thursday, September 27, 2012

Keluarga Baru

 Sekali lihat macam pokok yang sangat di kenali. Tapi kalau dilihat dengan berhati-hati ia cuma sedara jauh strawberi. Saya beli pokok hiasan ini di sebuah nurseri yang dah lama saya teringin nak pergi tapi tak berkesempatan. Nurseri ini yang paling cantik susunan bunganya. Saya terpikat dengan pokok stobeli (kata taukeh nurseri) sebab buahnya yang cantik dan struktur pokoknya yang berjurai.
 Saya tanya taukeh, buanhya boleh makan ke? Dia kata boleh tapi rasanya tak manis macam strawberi yang sebenar. Pokok ini juga boleh di tanam di tanah dan ia akan tumbuh melata dengan banyaknya.
Hujung minggu ini saya nak belikan pasu baru yang besar sedikit untuk pokok ini, lepas itu cuba biakkan lagi pokoknya, bolehlah saya gantung banyak-banyak dekat depan rumah saya. Mesti comelkan.

Wednesday, September 26, 2012

Tuaian Hari Rabu

 Tuaian kali ini adalah daun sup, cili api kurang pedas, terung dan juga buah kemunting. Terung  sepatutnya panjang tapi jadi kontot sebab pokoknya diserang semut hitam. Tapi rasanya memang rasa macam terung panjang.
Buah kemunting tinggal sebiji sebab yang lain dah di makan, tak sempat nak di potretkan. 
Daun sup digunakan dalam resepi shepherd pie, cli api dan terung buat masak asam rebus dengan
 ikan terubuk. Buah kemunting pula enak dimakan begitu sahaja.

Tuesday, September 25, 2012

Mar Kisah Impian


































Puan-puan dan Tuan-tuan, ya ini bukan pokok markisa saya tapi pokok markisa yang di tanam di 'Last Stop' CH. Saya kagum dengan kelebatan buahnya, Sungguh banyak buahnya, boleh petik sendiri di pokok, tapi lupa nak tanya berapa harga sekilo.

Ini pula pokok markisa saya, masih baru nak belajar merayap kat pagar belakang rumah.
Saya ikat lingkarannya ke pagar dengan menggunakan dawai hiasan. Kalau tak di ajar nanti merayap ke penyidai kain jiran pula. Tak pasal-pasal putus dahannya nanti kena potong.


Silalah nikmati gambar-gambar buah markisa di CH ini. Nasib baiklah buah markisa rasanya tak lah sedap sangat dimakan begitu sahaja, kalau tidak mesti saya dah petik bawa balik. Buah yang matang berwarna keunguan, ada ke nampak dalam banyak-banyak buah tu?
Ini pula pokok markisa saya, tak taulah bila pula boleh mengeluarkan hasil. Tanam pokok ini sebab nak tengok bunganya yang cantik macam bunga buah letup-letup Selain itu juga, nak melihat buah-buahnya yang bergayutan cantik. Harap-harap cepatlah berbunga dan berbuah.

Monday, September 24, 2012

Red Indian Guava

 Buah jambu yang menjadi tandatanya saya sebelum ini telah pun masak. Warnanya kemerah-kemerahan dan tekstur luarannya lembut.
 Sebelum di makan sempatlah ia berposing, depan belakang, kiri kanan. Saya dapati buah ini telah mula berwarna keperangan dua tiga hari lepas, sebelum ini saya dah lihat-lihat di internet, warnanya nampak lebih merah daripada ini.
 Semalam saya sempat ke Cameron Highland untuk tangkap gambar dan membeli-belah sayur. Ramai betul penunggang basikal dekat jalan raya, penunggang motosikal pula lebih ramai dari hari-hari lain.Turun sahaja dari CH, tengok di depan rumah buah jambu ini dah sedia untuk di petik dan dipotretkan sebelum di faraid oleh burung-burung.
 Ini lah rupa bentuk buah jambu setelah di belah, isinya lembut dan berair. Kelihatan juga biji jambu yang agak besar berbanding saiz jambu.
Rasanya agak masam, tak ada rasa macam jambu kampung atau jambu besar, mahupun jambu tanpa biji. Mungkin buah jadi masam sebab musim hujan sekarang ini. kita tunggu pula yang lain untuk matang, kalau masam juga, kita buat sambal belacan sajalah.

Sunday, September 23, 2012

Ulam untuk Raja

Ulam raja bukanlah ulam kegemaran saya pada mulanya. Baunya yang agak pelik lansung tak kena dengan selera saya. Tapi pokok ulam raja ada bunga yang cantik dan kalau di tanam pokoknya subur dan cepat membiak. 
Kalau teringin nak jadi pekebun berjaya, bolehlah mula dengan tanam pokok ulam raja.
Saya tanam pokok ulam raja saya dalam bekas polisterin sahaja. Sebelum ini saya tanam pegaga kampung dalam bekas itu tapi asyik kena makan dek siput. Agaknya sedap sangat rasa pegaga kampung, tapi kalau pegaga nyonya, tak payah tanam pun boleh hidup. 
Macamana pula saya boleh minat pula nak menanam pokok ulam raja dan makan ulam raja? Pokok ulam raja saya tak sempat berbunga kerana pucuknya selalu diambil. Macam ini ceritanya, ada satu hari itu saya kena berkursus selama dua minggu kat sebuah hotel di Port Dickson, makanan dekat hotel itu memang sedap-sedap belaka, hari-hari ada makanan laut, kambing, ayam dan segala jenis pencuci mulut. Mula-mula memanglah teruja, semua pun nak makan. Masuk hari ketiga, semua makanan itu dah tak boleh diterima tekak lagi. Tengok makanan pun rasa nak muntah dah. Kalau tak makan nanti perut masuk angin pula, nanti jatuh sakit. Mau tak mau saya terpaksalah makan ulam pucuk raja, barulah nasi boleh masuk dalam perut, lama-lama rasa sedap pula ulam raja, sejak dari itu, ulam yang saya benci dah jadi ulam yang saya suka makan, itulah sebabnya saya tanam pokok ulam raja, kalau rasa macam tak ada selera nak makan, saya pun ambil saja ulam raja yang saya tanam depan rumah. Senang, cepat dan berkhasiat.

Saturday, September 22, 2012

Pekebun Wajib Lawat 1.1

 Kebetulan sewaktu saya datang ke sini dan ambil gambar, semua bunga sedang mekar seperti menyambut kedatangan saya, kadangkala ada juga waktunya pokok-pokok baru dialih dan bunga tidak secantik yang saya lihat ini.
 Saya datang ke sini pun waktu bukan cuti sekolah Malaysia tetapi mungkin cuti sekolah di Singapore sebab masa tu ada dua bas sekolah dari sana. Anak-anak muridnya sibuk main batu, cikgu-cikgunya pula berebut beli pokok herba untuk dibawa pulang walaupun saya dapat dengar dari perbualan mereka yang pokok-pokok bukan senang dapat masuk ke sana untuk mengelakkan penyakit bawaan tanah atau daripada pokok merebak ke negara mereka pula.
 Paling menggiurkan di sini adalah anggur-anggur yang bergayutan di dahan pokoknya, buahnya sangat lebat, kalaulah pokok anggur saya boleh berbuah macam ini, tersengih sepanjang hari saya sebab seronok sangat agaknya.
 Bukan anggur hijau sahaja, anggur merah pun ada, buahnya sama lebat, kalau ikutkan hati mau saja saya petik buah-buahnya tapi untuk pengetahuan kawan-kawan, pokoknya duduk dalam kurungan, tapi ada tingkap yang boleh dibuka, saya rasa tujuannya tentulah untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk mengambil gambar kenangan dan menyimpan perasaan untuk memiliki pokok anggur yang berbuah sebegini lebat. Pada kunjugan seterusnya ke sini, saya dapati pokok anggur ini telah botak sepenuhnya, menunggu masa pula untuk tumbuh daun baru sambil berbuah lagi.
 Di sini juga merupakan lokasi buruan untuk mengambil gambar kenangan, saya sempat ambil gambar adik saya pegang buah labu/kundur tersebut, malangnya saya cuma mampu bergambar di bawah labu/kundur kerana saya tak cukup tinggi macam adik saya.
 Deretan pokok strawberi yang kemas dan tersusun, di sini juga ada kaunter menjual buah strawberi segar tetapi seingat saya tak ada tanda yang buah strawberi boleh di petik sendiri di sini.
 Ini pula kalau tak tau memang lah tak patut, ini pokok kobis. Saya pernah lihat pokok kobis ditanam sebagai hiasan di tepi-tepi jalan CH digandingkan dengan bunga-bunga lain sempena kedatangan Sultan Pahang.
Kalau tak melawat ke tampat ini memanglah tak sah kerana di sini terdapat pelbagai jenis dan warna bunga ros yang berbeza. Baunya pun sangat wangi. Ya, saya memang sangat sukakan bunga ros terutamanya yang berwarna kuning, lagipun nama saya kan Rose dan saya juga nak bagitau walaupun saya tak tanam banyak bunga ros di rumah saya tapi kebanyakan baju kurung saya adalah bermotifkan bunga ros.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, September 21, 2012

Pekebun Wajib Lawat 1

Peminat hobi bertani kalau tak melawat Cameron Highland (CH) tentulah rugi yang teramat sangat. Saya sendiri kalau boleh nak datang ke CH tiap-tiap hari sampai saya berangan-angan kalaulah saya ada duit yang terlebih sangat, teringin saya nak beli sebuah rumah di sana. Tiap-tiap hujung minggu bolehlah giatkan lagi hobi saya, tanam segala macam pokok-pokok, termasuklah yang pelik-pelik yang tak biasa di tanam di tanah rendah. Gambar di atas merupakan lokasi wajib bagi pengunjung CH yang pertama kali datang ke sini, setiap kali saya lalu di kawasan ini mesti banyak kereta yang berhenti untuk ambil gambar kenangan.

Saya tahu, ramai yang dah pernah ke sini, tapi saya nak cerita jugak. Kalau dah sampai CH, tempat ini mestilah dikunjungi. Bayaran masuk cuma RM3 untuk seorang, bagi saya memang berbaloi-baloi. Lokasinya ialah di simpang tiga hospital lama CH menuju ke jalan sebelum sampai ke hospital baru CH. Saya ada juga melawat kawasan hospital baru CH yang sangat cantik, saya terfikir tentu orang sakit yang duduk kat hospital itu cepat sembuh sakitnya di sebabkan suasana persekitarannya.

Tanaman bunga semusim ini ditanam di bahagian hadapan pintu masuk, yang dapat saya perhatikan bunga-bunga di sini sentiasa ditukar setelah habis musimnya. Memang menarik, warna bunga yang pelbagai memikat mata yang memandang.

Tempat di atas merupakan tempat kegemaran saya, di sinilah segala macam jenis herba serta sayuran ada di tanam. Setiap rumpun pokok di beri label nama masing-masing.

Dalam kawasan taman ini ada banyak anak-anak sungai yang sungguh comel dan mendamaikan, kalau di celup tangan mesti airnya sejuk macam ais, tapi saya ragu-ragu tentang kebersihan air ini sebab puncanya datang dari kuarters pekerja di atas bukit sana, mungkin bukan anak sungai semula jadi, mungkin juga longkang, tapi airnya memang nampak jernih.

Saya ada banyak lagi koleksi gambar-gambar yang saya ambil di sini, mungkin akan saya muatkan dalam entry yang akan datang. Tunggu.....

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting ulam Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Tomato Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik jualan17 kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang salam tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Beri Ajaib Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...