Tuesday, August 28, 2012

Cara masak Nasi menggunakan Microwave


Asal beras tentunya dari padi, padi pulak perlu ditanam. Nasi pula kalau nak dimakan tentulah perlu dimasak. Saya ingin berkongsi cara mudah masak nasi dengan menggunakan microwave yang mengambil masa singkat dan sangat mudah dilakukan.

 Langkah 1: Gunakan bekas seramik (kaca juga tergolong dalam kumpulan seramik) yang mempunyai penutup. Masukkan beras (contohnya seperti dalam gambar-2 cawan beras).

Langkah 2: Basuh beras seperti biasa dengan menggunakan yang air biasalah juga.

Langkah 3: Basuhlah ikut berapa kali yang biasa anda buat. (Gambar adalah rupabentuk beras yang telah dibasuh)

Langkah 4: Masukkan air yang secukupnya seperti yang biasa anda lakukan semasa masak nasi dalam rice cooker. Kalau ikut petua kawan saya yang bapanya ada restoren, letakkan tapak tangan anda atas permukaan nasi dan pastikan air berada diparas atas tangan anda. Saya dah cuba memang sentiasa menjadi.

Langkah 5: Masukkan bekas seramik tadi ke dalam microwave tanpa penutupnya. Setkan suhu tertinggi (high) dan masanya pula 15 minit (untuk 2 cawan beras). Tunggu sehingga cukup 15 minit.

Langkah 6: Buka microwave anda, tutupkan bekas seramik yang berisi nasi separa masak tadi dan setkan semula microwave anda pada suhu tinggi selama tiga minit lagi.

Langkah 7: Tadaaaa! Nasi anda telah pun sempurna masak.

Langkah 8: Sendukkan nasi ke dalam pinggan dan nasi telahpun sedia untuk dinikmati bersama lauk kegemaran anda. 

Keseluruhan proses memasak cuma mengambil masa 18 minit dan nasi boleh dihidang terus daripada bekas yang digunakan untuk memasaknya tadi. Untuk sukatan 1 cawan beras ambil 10 minit tanpa penutup dan kemudian 2 minit dengan penutup.

Entry kali ini memang tak ada kaitan dengan tanam pokok, tapi apalah gunanya hasil daripada pokok yang ditanam kalau tidak kita makan sama ada secara mentah ataupun di masak. 

Saya letakkan langkah demi langkah untuk masak nasi ini setelah di minta oleh rakan-rakan opis saya. Sebagai wanita yang bekerja, saya rasa cara ini amat praktikal dan patut dikongsi untuk kemudahan bersama. 

Antara faedah masak nasi dengan cara ini ialah ianya mudah, cepat, tiada pembaziran kerana nasi yang terlekat pada dinding periuk (rice cooker periuk Aluminium yang tak ada salutan teflon) dan nasi boleh terus dihidang dalam bekas tanpa perlu mengalih ke mangkuk nasi yang lain (tak perlu basuh pinggan mangkuk yang banyak).

Di rumah saya rice cooker tidak lagi digunakan. Ini kerana saya saya telah menonton rencana penyelidikan di tv yang menyatakan bahawa ramai orang Asia mengalami keracunan Aluminium disebabkan penggunaan rice cooker.

 Macamana pula dengan periuk nasi tanpa lekat yang mempunyai salutan teflon? Teflon adalah sejenis polimer (adik beradik plastik), Rencana yang sama juga ada menyatakan satu penyelidikan yang di jalankan di US mendapati penggunaan teflon ada kaitannya dengan penyakit barah.

Bagaimana pula dengan radiasi daripada microwave? Sila lah baca kat sini atau mana-mana tempat yang lain. Tapi pada saya kalau kita kendalikan dengan betul dan cermat tidak akan timbul masalah dengan penggunaan microwave seperti yang pernah saya tonton dalam satu siri pendidikan kanak-kanak di tv yang saya dah lupa tajuknya tapi ada lah sikit-sikit kaitan dengan 'it's safe if your mother said???someting??? ... ker atau kalau ada sesiapa yang ingat silalah beritahu saya.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

11 comments:

  1. rose..next time u try masak nasi cara indian..bubuh beras dlm air yg byk, tanak sampai masak & buang air lepas beras masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu juga dengar pasal tu, restoran mamak slalu masak nasik camtu, rasanya pun sedap, tapi kalau buat kat rumah cam banyak keje kene buat plak...hehehe

      Delete
  2. Salam. Macam mana kalau microwave tu boleh automatik tahu time dan temperature yang diperlukan apabila memasak. Contohnya microwave bar-code scanner

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna cara manual bukan yg automatik kerana slalunya cara yang automatik harus menggunakan bekas khas(drp plastik) untuk masak nasi

      Delete
  3. Salam smRose,

    Mak Aji biasa masak yg awal tu mangkuk x bertutup, high selama 17 minit (nasi lebih 2 pot) dan selepas tu medium high, mangkuk bertutup selama 3 minit. Pun pernah masak nasi lemak dgn cara yg sama kat ofis (satu tingkat bau nasi lemak!!).

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul la tu mak aji, kalau lebih berasnya, lebih lah masanya kan, kalau mak aji pernah masak nasik lemak, sy plak buat pulut kuning pakai microwave, nanti2lah sy muatkan dalam blog ni.

      Delete
    2. Salam smRose,

      pulut kuning ya, nak kena belajar ni! Kakak Mak Aji pernah masak nasi dagang juga dgn microwave, menjadi elok katanya!

      Delete
  4. Beriani , nasi putih .cepat dan mudah -

    ReplyDelete
  5. bagus nya... ada x resipi2 lain guna microwave..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni letak dua jer, masak nasi & masak pulut kuning, klik sini yer http://semuamenjadi.blogspot.com/2013/08/cara-masak-pulut-kuning-microwave-ldl.html

      Delete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Tuaian Kebun Abah Cameron Highland Jiran Nurseri Delima LAIN Mak Ros Jepun Jualan mak abah Anggur cabang tiga tenggek burung Biji benih nurseri kegemaran Mulberry Resepi Kebun Kebun Mak Pucuk Ubi cili api Kelapa bunga ros jepun daun sup kemunting timun betik ulam Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri gajet Bunga Raya Cili Kekabu Air Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja bunga telang melur roselle timun ladang Bayam Malabar Merah Epal Hijau Kucing LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Strawberi Tomato abah cendawan cili hijau herba herba liar hiroponik mengkudu siam pisang serai Boss Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Port Dickson Red Indian Guava Strawberry ati-ati bayam merah benih daun epal bidara gajus kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mempelam mulberi pudina sambung nyawa shepherd pie telinga kera Azalea Bendi Betik Cili Merah Hyacinth Isnin Jus Kelantan Orkid Pasu Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Stevia Taugeh Temerloh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot ciku daun kaduk daun kari daun limau purut hidroponik hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus karot kobis ungu kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat pucuk ubi kerinting rendang sireh tamar ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Belalang Kunyit Beri Ajaib Birthday Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Jagung Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Penat Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat asam batu avocado baja cecair batu karang belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut cicak kobin cili besar cili ungu comel daun bawang daun keledek daun kunyit durian galak kucing gelang pasir gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kambing kangkung kelu kenduri keratan batang ketam khasiat kiwi kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad salam santai sedih serawa sirap roselle sungai teh pudina tembikai kuning terung terung berembang tulasi ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...