Baru-baru ni saya bekesempatan mendengar ceramah berkaitan inovasi, macam-macam jenis inovasi diketengahkan termasuklah dalam bidang pertanian terutamanya hidroponik. Dari dulu lagi saya amat berminat dengan hidroponik ini tapi tak tahu di mana utk dapatkan alatan hidroponik.
Kebetulan penceramah ada bawa set hidroponik utuk dijual, saya pun apa lagi, tanpa membuang masa cepat-cepat pegi beli, harga yang ditawarkan amat berpatutan, saya beli satu set saja.
Semasa sesi ceramah ada ditunjukkan tanaman yang ditanam dan juga balang yg berisi ikan laga yg cantik dengan pokok keladi. Saya sudah berangan-angan nak buat macam tu juga dan letak satu kat opis. Mesti kawan-kawan jeles dgn kecantikan ikan laga saya.
Tapi setelah hampir sebulan balik dari mendengar ceramah, barulah saya sempat nak buat. Susah nak membeli ikan laga sbb kedai jual ikan laga tak ada parking kereta, lepas tu kat tepi jalan yang sesak pula tu.
Saya buat dua balang, satu letak atas meja dekat rumah dan satu lagi diletak atas almari kasut kat luar rumah, yg itu cadangnya nak dibawa ke opis.
Masa dengar ceramah, saya ada bagi cadangan dekat boss agar buat projek hidroponik kat opis, tapi boss saya tak minat tapi katanya kalau saya ada buat balang ikan laga tu, dia nak satu. Tapi sori la boss, rasanya tak dapat. Kalau boss berminat hari tu, nescaya saya buatkan satu untuk boss.
Hidroponik nie mahal kan utk set katakan kita nak tanam vege..pastuh maintenance lagi dan kena pakai bhn yg special kalau tak salah utk letak dlm air, kan Rose?..i actually minat nak tanam cendawan sbb cendawan my fav. tp susah nak dpt kat sini..
ReplyDeleteSekarang ni dah murah, sy beli satu set cuma RM35, konsep dia 3T, Tanam, Tinggal, Tuai. Lengkap benih(2 jenis),baja. Tapi saya punya dah sampai masa tuai pokoknya masih kecik, mungkin tk cukup cahaya matahari agaknya.
Deletesalam kenal...cantik ikan laga tu...mengingatkan saya cerita lucu pasal ikan ni...
ReplyDeletesalam kenal juga, apa ceritanya tu? cer cerita...hehehe
ReplyDelete