Nak beli benih online?

  • - Daun Bidara Kering 10g RM1 Boleh pesan sekali dengan biji benih atau produk lain Kos Poslaju RM8 utk Semenanjung WhatsApp 0174559536 Khasiat daun bidara, ...
    2 weeks ago

Friday, June 28, 2013

Cara Mengumpul Benih Ros Jepun



Marilah kita bersama-sama belajar bagaimana caranya mengumpul benih ros jepun yang sama-sama kita sayangi dan kongsi bersama rakan-rakan.

Thursday, June 27, 2013

Sawo Tak Matang


Buah sawo atau ciku ini belum matang lagi. Setiap kali saya balik ke rumah mak abah saya tak pernah dia matang. Kechiwa saya.


Buahnya memang lebat. Kadang-kadang kena makan musang, kadang-kadang pulak kena makan musang berjanggut.


Harap-harap hujung minggu ini saya dapat makan sawo matang. Saya pun memang berkulit warna sawo matang patutlah saya suka makan buah ciku.

Wednesday, June 26, 2013

Pos Terlewat-Buah Naga


Pokok buah naga jiran sebelah rumah mak abah saya ini suka berbuah di luar pagar tuan empunyanya. Suka sangat berbunga dan berbuah masuk ke dalam pagar rumah mak abah saya.


Kalau tak silap saya ini bunga buah naga belum jadi buah lagi. Kalau dah jadi buah nanti mesti jiran tu suruh mak saya ambil sahaja buah itu, begitulah adat berjiran, bukan macam jiran saya, buat kenduri pun tak bagitau, menyusahkan orang nak keluar masuk rumah sahaja.

Hari ini saya terlewat sikit menampilkan 'entry' terkini, ini semuanya kerana semuanya kerana gangguan capaian internet dan juga sebab saya letih sangat. Banyak sangat kerja dan majlis rasmi yang kena hadir.

Tuesday, June 25, 2013

Mari Berkenalan dengan Buah Pisang Muda secara Mesra


Ini pisang emas yang tak dibawa belayar dan belum masak di atas peti. 
Pisang emas muda sedap juga kalau dibuat gulai. Masa kecik-kecik dulu kalau mak saya masak gulai pisang muda, saya pilih kulitnya sahaja sebab saya suka.


Mula-mula saya ingat ini pisang abu, tapi abah saya kata ini pisang rastali. 
Pisang rastali  masak rasanya masam-masam manis. Saya tak suka makan pisang rastali  tapi saya suka namanya yang sedap, lain daripada nama pisang-pisang lain.


Ini pula pisang berangan, tapi ini versi yang tak berapa menjadi. Sikit sahaja sisirnya. Selalunya buahnya lebih  banyak, tandannya pun lebih panjang.


Pisang ini kalau tak kenal memang bukan pekebun sejatilah namanya. Ini pisang tanduk. Besar-besar buahnya. Satu tandan jarang buahnya banyak. Saya paling suka kerepek pisang tanduk, lemak-lemak sahaja rasanya.

Ada banyak lagi variasi pisang dekat kebun abah saya, kalau senang nanti saya perkenalkan lagi.

Semoga segala yang diperkenalkan memberi manafaat kepada rakan-rakan yang belum kenal jenis-jenis buah pisang.

Sehingga bertemu lagi di lain siaran, saya akan cuba perkenalkan pula buah-buah pisang yang sudah masak. 

Monday, June 24, 2013

Pokok Jangguih Pucuk Ketereh


Saya dah tanam pokok gajus, khas untuk pucuknya. Memang saya minat sangat makan ulam daun gajus. Rasanya kelat-kelat lemak tapi yang paling mengancam adalah baunya.

Masa kecik-kecik dulu saya selalu main atas pokok gajus. Makan buahnya yang kelat cicah garam. Bijinya pula dibakar, kemudian ketuk sampai pecah dan dapatlah  kacang gajus bakar yang harum lagi enak.

Tapi ada bahayanya buah dan biji gajus, kalau terkena getahnya boleh melepuh kulit. Kami panggil melecup.


Pokok ini saya pesan adik saya belikan. Jadi tempat transitnya adalah rumah mak abah saya. Sempatlah Mimin 'posing' sikit dengan pokok gajus sebelum saya bawa pulang.


Setakat ini saya belum lagi kutip pucuk pokok gajus ini, sayang rasanya. Saya nak tunggu dia besar sikit lagi, kemudian pangkas dahannya supaya rendang dan keluar banyak pucuk.

Saturday, June 22, 2013

Lavender


Bosan pula tengok halaman hadapan rumah . Tak ada warna. Bunga ros jepun gantung saya telah diserang bena putih. Menyampah saya tengok rupanya lalu saya buang dalam tong kompos.

Sebagai ganti saya beli bunga ini, taukeh nurseri kata namanya lavender. Walaupun saya tahu ini bukan bunga lavender sejati, tapi warnanya kira lavender la juga.


Sebelum ini mak saya sudah pernah menanam bunga ini. Saya tengok mak saya punya elok hidup siap membiak lagi. 

Seketika dulu sempatlah bunga ini menjadi 'hits' sebentar di kawasan perumahan mak saya. Adalah dua tiga orang jiran yang datang minta benih dengan mak saya.

Pokok bunga ini ditanam dengan menggunakan keratan batang sahaja. Bunganya pun tahan lama. 

Friday, June 21, 2013

Melur dalam Jambangan


Kebelakangan ini galak sungguh pokok bunga melur saya berbunga.


Tapi kesian pula tengok bunganya yang harum gugur ke tanah pagi-pagi.


Saya pun potong tangkainya sekali dan letak dalam jambangan. Tahan lama sikit dan rumah pun berbau harum.

Thursday, June 20, 2013

Koleksi Ros Jepun



Ini ros jepun pemberian boss saya. Boss saya baru sahaja dinaikkan  pangkat dan kena berpindah ke tempat baru. 

Tahniah dan selamat maju jaya boss. Nanti dekat tempat baru rajin-rajinlah baca blog saya dan bersemangat bila buat kerja.


Ini pula ros jepun pemberian mak saya, saya suka sangat dengan warnanya yang merah menyala, tapi dalam gambar ini nampak lain sikit daripada yang sebenar.


 Ros jepun kuning ini asalnya saya beli di nurseri kegemaran, tetiba macam nak mati.  Saya alihkan pasunya ke tempat lain. 

Akhirnya ia subur kembali dan galak mengeluarkan bunga musim panas ini.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, June 19, 2013

Mengenali Mesra Pokok Pisang


 Ini pokok pisang yang paling senang nak kenal, namanya pokok pisang emas (yang dihadapan sekali dalam gambar). Pisang emas memang terkenal terutamanya dalam pantun. 

Saya pernah terbaca satu info berkaitan pisang, wanita sebaiknya makan sebiji pisang sehari bagi mengelak kanser payudara.

Saya memang dah boleh membezakan pokok pisang sejak dari sekolah rendah berkat selalu mengikut abah saya ke kebunnya. 

Saya pula jenis yang suka bertanya sampai cikgu pernah komplen, semua jenis pokok pisang yang ada saya tanya namanya dan ingat sampai sekarang. 


Ini pula pokok pisang berangan, saya selalu tertanya-tanya kenapa namanya berangan, adakah ada rasa macam buah berangan atau rasanya sedap sangat sehinggakan bila makan terus berangan-angan.

Walauapapun, saya paling suka pisang berangan antara pisang-pisang yang ada ditanam oleh abah saya. Pisang emas pula saya kurang suka sebab manis sangat.


Ini pula pokok pisang abu, buahnya sedap digoreng atau dibuat pengat, makan begitu sahaja pun boleh. Pisang abu ini ada yang jenis berbiji di dalam buahnya, selalunya yang jenis ini tak laku kalau dijual.

Cukuplah pelajaran kita hari ini mengenai pokok pisang. Mungkin dilain siaran saya akan memperkenalkan pisang-pisang lain seperti pisang rastali, pisang kelat, pisang kapas, pisang tanduk, pisang raja udang, pisang awak, pisang cavendish,  pisang j, pisang serendah dan pisang goreng.

Semoga berjumpa lagi di lain siaran.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, June 18, 2013

Hampir Sebulan...


Saya ingat dah tak ada rezeki saya. Lama dah saya tunggu benih pepasan daripada @na - diari kebun~@na, baru semalam dia sampai.

Kalau tengok dari cop pada setem iaitu 20.5.2013, dekat sebulan masa yang diambil untuk kiriman dari @na sampai kepada saya. 

Kenapa ya? Sebab tak guna nama penuh ke? Atau sebab diorang ingat ada barang larangan dalam sampul ini? Atau sebab sampul warna merah kot?


Tengok, punya banyak cop yang ada. tapi satu sahaja yang tak ada, alamat @na, macamana saya nak balas budi @na? Apapun, Terima Kasih @na. Saya suka semuanya. 

Sekarang ini tengah tunggu lagi satu kiriman daripada Sali. Bilalah pula agaknya nak sampai.

Monday, June 17, 2013

καρότον karōton


Orang tanam karot, saya pun nak tanam. Orang tanam sepuluh, sepuluh menjadi. Saya tanam entah berapa saya tak kira, satu sahaja yang hidup hingga sekarang. Yang lain Innalillah!


Nampak macam ada isi. tapi saya jamin kemetot sahaja sebab saya guna pasu biasa yang pendek, tak dapat membesarlah karot saya. Nak ambil isinya pun saya rasa hendak tak hendak.

p/s: tajuk atas itu adalah nama karot dalam bahasa Greek (kata wiki la, kalau dia tipu, saya pun terpaksa tipu la nampaknya).

Friday, June 14, 2013

Ros Jepun Selapis 'Pink' Lembut


Saya terjumpa bunga ros jepun ini di nurseri kegemaran, sebelum ini tak pernah jumpa. Kira ini pertemuan pertama antara saya dan dia.


Tapi saya tak beli dia sebab saya lebih suka ros jepun bentuk berlapis atau 'carnation'. Saya tangkap gambarnya sahaja. 
Tak payah bayar semuanya percuma.


************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, June 13, 2013

Ati-Ati Lagi


Satu lagi jenis ati-ati yang ada di rumah saya. Ati-ati bayam daun lebar.


Saya rasa dah muak dengan pokok ati-ati. 

Gambar ini diambil selepas saya pangkas semua pokok ati-ati saya. Rasanya pokok ati-ati ini akan pulang ke rumah mak abah saya hujung bulan ini. Selamat tinggal ati-ati.

Wednesday, June 12, 2013

Masak Lemak Ketam dan Daun Mengkudu Siam


Inilah masakan yang saya masak gunakan kelapa pemberian mak saya. Nama masakannya sila baca tajuk ye.

Rasa daun mengkudu siam memang tak pahit dan tak mengganggu lansung rasa kuah lemak ketam ini. Malah pada saya makin sedap. 

Tapi kuahnya akan bertukar warna kehijauan dan tak kekuningan macam gulai lemak biasa.


Pedulikanlah insang ketam itu, saya memang suka simpan insang ketam sekali dalam masakan saya. 

Saya nak cerita sikit macamana saya proses kelapa itu sehingga jadi santan. Mula-mula saya pecahkan kelapa kepada dua bahagian menggunakan belakang parang. 

Selepas itu saya keluar isi kelapa dengan gunakan pisau dan kemudian proseskan isinya dalam pengisar sehingga terhasilah santan segar dari ladang. 

Mula-mula saya bercadang nak gunakan 'juicer' tapi kemudian saya batalkan niat saya itu.


Inilah daun mengkudu siam bagi sesiapa yang tak kenal lagi.

Tuesday, June 11, 2013

Buah Tangan daripada Bunda


Saya rasa semua orang kenal  buah ini.

 Inilah Cocos Nucifera atau nama manjanya buah kelapa.


Buah tangan daripada mak saya, siap dah kupas buang kulit lagi. Inilah hasil daripada kebun kelapa mak saya yang pernah saya ceritakan DI SINI

Kata orang harga buah kelapa dah semakin mahal. Saya pun tak pernah beli buah kelapa, kalau beli santan segar pernahlah.

Esok saya akan tunjukkan apa masakan yang saya masak menggunakan kelapa pemberian mak saya ini. Tungguuuuu...........


Monday, June 10, 2013

Bintang Pecah Lima


Bunga hoya ini saya beli untuk mak saya, sebelum ini saya janji nak belikan pokok akar dani, tetapi tiba-tiba sahaja dah habis stok kat nurseri bukan kegemaran.

Tauke nurseri kata pokok ini tahan lama, bunganya lama juga dah berkembangan di rumah saya (belum hantar kepada empunyanya lagi).


Kalau yang di atas tadi gambar bunga hoya yang belum kembang, yang ini pula sudah mekar mengharum. Ada bau juga rupanya bunga hoya ini walaupun tak harum sangat. Nampak tak bentuk bintang pecah lima pada bunganya?


Bila saya lalu dekat bunga hoya ini saya tercium baunya dan ternampak ada cecair keluar daripada bunganya. Saya ingatkan air tapi keluar manisan daripada bunganya. 

Macamana saya tahu? Saya ambil cecair itu dan rasanya manis macam manisan pada bunga jarum.

Saturday, June 8, 2013

Tenggek Burung di Kebun Abah Saya


Saja-saja nak tunjuk pokok ulam tenggek burung atau cabang tiga yang tumbuh secara liar di kebun abah saya.


Pokoknya agak besar tapi abah saya tebang dan tinggalkan tunggulnya untuk pucuk-pucuk muda tumbuh.


Setiap kali balik memang saya geram sahaja tengok pucuk-pucuk tenggek burung yang muda ini. 

Kalau dibeli agak mahal juga, secekak kecil harganya seringgit. Tapi bila dah banyak macam ini tak termakan pula.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, June 7, 2013

Jom Minum Jus Epal Hijau + Karot Jingga


Bosan dah minum jus epal hijau? Kita campur dengan karot, semuanya beli tak tanam pun, Pokok karot saya isinya tak cukup besar untuk buat jus.


Kalau tambah karot dalam jus epal hijau rasanya jadi lebih manis, khasiatnya pun bertambah. Khasiat epal hijau saya dah cerita, apakata kita baca pula khasiat karot DI SINI.

Kalau campur jus karot dalam jus oren pun sedap, saya suka.

Thursday, June 6, 2013

Mari Menanam Pokok Labu Manis


Saya suka makan sayur pucuk labu. Lepat labu pun saya suka juga. Saya pun tanam pokok labu. 

Kalau tak dapat makan labu pun, sekurang-kurangnya dapat makan pucuk labu.


Benih labu ini daripada mak saya. Kebelakangan ini mak saya rajin betul mengumpulkan biji benih untuk saya. Saya pun suka. 

Sebahagiannya saya tanam. Sebahagian lagi saya simpan dalam peti ais, untuk kegunaan masa hadapan.

Wednesday, June 5, 2013

Comel Sangat Terpaksa Beli


Seperti biasa saya akan ke nurseri kegemaran sambil mencuci mata dan mengosongkan dompet. Kalau tak pergi ke sana takut taukeh nurseri rindu pula dekat duit saya.

Sewaktu di sana saya terpandang si comel-lote ini. Walaupun penampilannya kelihatan seperti lumut tapi tetap comel sangat di mata saya.


Jadi saya terpaksa beli dia walaupun rasa macam tak berbaloi dengan harganya.


Kenapa tak berbaloi? Sebab kecil sangat saiznya.Saya tanya taukeh nurseri sama ada pokok ini tahan lama atau tidak. Katanya tahan lama. 

Kita tengoklah nanti, berapa lama dia boleh tahan dengan kecomelannya itu.

Tuesday, June 4, 2013

Alpukat


Bukan nak cerita pasal pukat tangkul atau pukat jerut cuma nak cerita pasal buah avocado. Sudah lama saya menyimpan impian nak tanam pokok avocado. 

Gambar di atas menunjukkan cara menyemai benih avocado.


Macamana saya boleh teringin sangat nak tanam pokok avocado? 

Pada suatu masa dahulu (bukan cerita dongeng ya), di tempat kerja mak saya ada sepohon avocado dan mak saya pernah bawa pulang buahnya. Masa itu barulah saya tahu yang avocado boleh ditanam di Malaysia.

Pada masa kini pula, setiap kali saya pergi kerja, saya akan melalui sebuah rumah yang ada empat atau lima pokok avocado di luar pagar rumahnya, hari-hari saya tengok pokok itu dari mula berbunga sampailah dah berbuah. 

Tapi saya malu nak ambil gambarnya, takut nanti tuan rumah nampak dan nanti diingatnya saya ni 'papparazi' or 'mammarazi'.


Inilah buah avocadonya. Saya beli di pasaraya.


Saya suka minum jus alpukat di kedai  Nasi Padang.


Tapi kalau di rumah, saya suka makan isi avocado yang di siram dengan  madu.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting ulam Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Tomato Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik jualan17 kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang salam tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Beri Ajaib Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...