Ini ros jepun pemberian boss saya. Boss saya baru sahaja dinaikkan pangkat dan kena berpindah ke tempat baru.
Tahniah dan selamat maju jaya boss. Nanti dekat tempat baru rajin-rajinlah baca blog saya dan bersemangat bila buat kerja.
Ini pula ros jepun pemberian mak saya, saya suka sangat dengan warnanya yang merah menyala, tapi dalam gambar ini nampak lain sikit daripada yang sebenar.
Ros jepun kuning ini asalnya saya beli di nurseri kegemaran, tetiba macam nak mati. Saya alihkan pasunya ke tempat lain.
Akhirnya ia subur kembali dan galak mengeluarkan bunga musim panas ini.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
Yang berbunga kuning tu lain pulak daun dia ye? saya pun ada 3 warna - merah, pink dan jingga
ReplyDeletesy rasa yg kuning tu adalah variasi asal bg bunga rose jepun sblm dikacuk
Deleteyang warna kuning tu blum ada dlm koleksi lagi...pasni nk pi cari jgk la
ReplyDeletekuning tu versi lama, mungkin susah nk jumpa
DeleteYang bunga kuning daunnya mirip daun purslane yang bole dimakan daunnya. Purslane pun adik beradik portulaca juga. Banyak koleksi cantik bunga portulaca SMRose.
ReplyDeletesy tak tau namanya purslane, tp dlu pernah la makan, rasanya masam-masam kan
DeleteAs Salam, Rose...saya ada tanam warna pink dgn oren...tp bunganya malu2 nak keluar...daun je lebat....gila daun org ckp..any idea mcm mana nak galakkan pertumbuhan bunga pokok ni? :)
ReplyDeletecantiknya...yang kuning tu saya takde pula, kena cari ni...
ReplyDeleteCantik bunga rose jepun ni... Bole sy beli keratan rose jepun dari puan? Email sy di sitinoorfitriah38@gmail.com
ReplyDelete