Nak beli benih online?

Sunday, June 29, 2014

Jualan Pakej Ramadhan 10 peket Biji Benih RM20 termasuk Poslaju



Tawaran Hebat!!!

Pakej Ramadhan: 10 peket benih hanya RM20 termasuk poslaju.

Tiada pilihan biji benih. 
Biji benih dalam pakej ini adalah 1. Roselle, 2. Kacang Panjang Renek, 3. Kangkung, 4. Ulam Raja, 5. Labu Manis, 6. Jagung, 7. Sawi Bunga, 8. Lobak Putih, 9. Bayam Merah dan 10. Bendi

Sila email semuamenjadi@gmail.com untuk mendapatkan tawaran yang sangat berbaloi ini.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Monday, June 23, 2014

Gajet Timbang


Punyalah susah nak beli alat penimbang yang macam kat pasar tu. Kena ada lesen bagai. Akhir sekali terpaksa la saya beli penimbang yang sebegini. Kalau nak pergi berjalan luar negara pun boleh guna untuk timbang beg supaya tak lebih muatan.
 
Penimbang ini sebenarnya saya guna untuk menimbang parcel yang saya hantar. Takut terlebih berat. Saiz kotak pun kadang-kadang kena jaga, kalau terlebih alamatnya kos pos meningkat tiga kali ganda daripada yang asal. Semuanya saya belajar daripada pengalaman sendiri. Dah terkena barulah tahu...hehehe. 
 
Saya ini manalah pernah hadiri kursus meniaga online ker, semuanya buat atas dasar seronok-seronok sahaja. Tak sangkalah sekarang ini dah macam serius jer. Siap ada protégé lagi....hahaha!!!



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


Tuesday, June 17, 2014

Keratan Batang Mulberi untuk DiJUAL

 
 
5 keratan RM10. Poslaju RM6. Total RM16.
 
Sekiranya berminat Sila email semuamenjadi@gmail.com atau pm saya FB Semua Menjadi
 
Keseluruhan pokok mempunyai khasiat, buah tinggi vitamin C boleh dimakan segar. Jem dan jus, daun kaya klorofil. Ulam, masak lemak, goreng belacan. Batang ramuan sup untuk kesihatan mata. Akar untuk cirit-birit, sakit sendi dll.
 
 
 
************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


Monday, June 16, 2014

Tips Penanaman dan Penjagaan pokok Mulberi

Pokok mulberi dikatakan banyak kegunaan dan khasiatnya. Bukan setakat buahnya boleh dimakan segar, malahan pucuknya juga boleh dibuat sayur.

Selain itu daunnya boleh dikeringkan untuk dibuat teh. Kulit batang dan akarnya juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri bagi merawat dan mencegah penyakit tertentu.

Berikut adalah antara tips penanaman dan penjagaan pokok mulberi:

  1. Cara yang paling mudah untuk menanam pokok mulberi adalah daripada keratan batangnya.
  2. Seeloknya keratan mulberi terus disemai sebaik sahaja di potong daripada pokok induknya. Ini kerana keratan batang mulberi mudah kering dan rosak sekiranya dibiarkan terlalu lama.
  3. Pangkal batang mulberi boleh disalut dengan serbuk penggalak akar dan buatkan lubang sedalam 3 cm dan letakkan batang seterusnya timbuskan lubang dengan Tanah.
  4. Letakkan pasu semaian di tempat redup. Setelah keluar tunas dan daun barulah dialihkan ke tempat panas.
  5. Pokok mulberi perlukan cahaya matahari penuh untuk membesar dan berbuah.



Info yang diambil dari http://puspatani.blogspot.com/2011/02/mulberi-adalah-termasuk-genus-tumbuhan.html

PENANAMAN
  • Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya menggunakan anak benih atau keratan batang.
  • Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas pada peringkat mula tanam, pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat (ambil masa antara 8-10 bulan untuk matang).
  • Tinggi pokok Mulberi biasanya antara 5-6 kaki.
  • Jarak penanaman pokok Mulberi boleh dibuat antara 6 kaki x 6 kaki atau 8 kaki x 8 kaki.
PENJAGAAN
  • Pemangkasan dibuat setiap 3-4 bulan sekali (seperti prunning pokok bunga raya) untuk galakkan pengeluaran pucuk (biasanya setiap batang akan hasilkan 8-10 pucuk selepas memangkas)
  • Pembajaan pokok boleh dilakukan sebulan sekali pada tahun pertama dengan menggunakan baja NPK 15:15:15 TE dan untuk tahun kedua, pembajaan yang sama boleh dilakukan setiap 2-3 bulan/sekali. boleh juga guna bahan tinja/kompos untuk tujuan tingkatkan kesuburan tanah.
  • pokok mulberi jarang kena penyakit.

Khasiat Mulberi dari http://mulberrymalaysia.blogspot.com/

   Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.


2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.



3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.



4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.



5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.



6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.



7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.



8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .



9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.



10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.



11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.



12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.



13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.



14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.



15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.



Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Wednesday, June 11, 2014

Pokok Ulam Mata Itik



 Masa budak-budak dulu selalu jumpa pokok ini dalam belukar ingatkan pokok jambu air. Rupa-rupanya pokok ulam mata itik. Rasanya lemak-lemak dan tak pahit memang sedap di buat ulam. Bila pokok matang ia mengeluarkan buah yang berwarna merah. Saya pernah cuba makan dan rasanya manis-manis kelat.
 
Pernah juga terjumpa di sebuah nursery pokok setinggi 2 meter yang dijual dengan harga RM60 (agak murah sebenarnya) untuk dijadikan pokok hiasan.

Antara khasiat pokok ini adalah untuk merawat cirit birit, batuk, sakit dada dan demam panas. Daunnya juga boleh dijadikan teh yang berkhasiat.




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Tuesday, June 10, 2014

COSTUS WOODSONII Red Button Ginger


Sebentar tadi sempat mendengar cerita daripada seorang makcik, cucunya yang menghidap asthma rajin makan kudup/tanduk pada bunga costus ini. Sekarang ini cucunya dah pulih sepenuhnya daripada penyakit asthma.
 
Seorang pakcik pula bagitau untuk memilih kudup costus yang baik adalah yang belum dimasuki semut, sebab katanya manisan dalam kudup yang merupakan antara intipati penawar telah hilang diambil semut2 tersebut. Sekadar berkongsi petua daripada orang-orang lama untuk kebaikan kita bersama.
 
Saya pun ada tanam pokok ini di rumah sebab dia cantik tak tau pulak baik untuk pesakit asthma.
 
Rupa-rupanya anak pokok ini boleh didapati tumbuh dari bunganya. Nak biarkan bunga di pokok saya keluarkan anak pokok macam yang saya lihat tadi.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Friday, June 6, 2014

Bayam Malabar Hijau Sayur Raja Sayur Bangla

Dulu-dulu saya suka beli dan masak sayur ini. Saya perhatikan ramai juga mamat bangla yang beli sayur ini selain sayur labu air. Dengan sebab itu ada peniaga pasar yang menamakan sayur ini sayur bangla. Nama sebenarnya adalah Bayam Malabar Hijau.
 
Sayur bayam Malabar ini agak terkenal sebenarnya kerana telah dibuat kajian tentang khasiatnya yang dapat memulih organ dalam yang rosak contohnya buah pinggang dan pankreas terutamanya pada pesakit diabetes atau kencing manis.
 
Sayur ini juga amat mudah ditanam terutamanya daripada keratan batangnya. Cucuk sahaja keratan batangnya sama ada dalam pasu atau atau terus ke permukaan tanah. Selain itu ia boleh juga ditanam melalui biji benih.
 
Saya sendiri suka masak air sahaja sayur ini. Mungkin boleh cuba masak goreng belacan, masak lemak dan juga mungkin boleh buat keropok bayam Malabar. Yang penting khasiatnya dapat dimanafaatkan sekeluarga.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...