Nak beli benih online?

  • - Daun Bidara Kering 10g RM1 Boleh pesan sekali dengan biji benih atau produk lain Kos Poslaju RM8 utk Semenanjung WhatsApp 0174559536 Khasiat daun bidara, ...
    2 weeks ago

Friday, August 31, 2012

Pokok Kanser


Jarum tujuh bilah, namanya, ada juga nama-nama lain selain dipanggil pokok kanser. Pokok ini saya ambil benihnya daripada rumah lama mak abah saya. Rasanya usianya adalah dalam 6-7 tahun tahun atau lebih itupun saya tak berapa nak ingat. Tapi saya tanam pokok ini semasa saya duduk di rumah lama. Tanam di dalam pasu yang besar, sungguhlah seksa mengangkatnya masa pindah rasa nak di tinggalkan saja tapi sayang. Akhirnya diangkut juga ke rumah baru dengan segala susah payah.




Daunnya berlendir, dikatakan pokok ini satu spesies dengan pokok kaktus tapi ia tak tahan hidup tanpa air. Kalau nak tanam kena siramlah macam biasa. Senang nak hidup dan membiak. Kalau di tanam didalam pasu pokoknya masih boleh membesar, pokok yang saya tanam tingginya hampir 2 meter, tetapi saya cantas selalu. Pokok yang ditanam di tanah seperti di rumah lama mak abah saya tumbuh membesar tinggi dan rimbun. Di rumah baru mak abah saya tak ada pokok ini, mak saya pula minta batang pokoknya untuk di tanam.


Selalunya orang makan daunnya sebagai ulam, rasanya tawar hampir kepada tiada rasa. Tak sedaplah kalau nak dibandingkan dengan ulaman lain yang ada rasa dan bau. Pokok ini berkhasiat tinggi terutamanya untuk pesakit kanser. Mak saudara saya dulu di kenalpasti menghidapi kanser payudara peringkat awal, jadi dia amalkan makan daun pokok ini, dan penyakitnya beransur kurang hingga ke hari ini. Bagi yang tak ada kanser juga elok makan daun ini untuk tujuan pencegahan. Saya yang tanam pokok ini bertahun-tahun pun sebenarnya jarang makan daunnya.Tapi pokok ini pun ada bahayanya juga, terutamanya durinya yang tajam lagi halus. Kalau terpegang batangnya, duri cepat patah dan melekat dalam jari.



Saya pernah bertemu dengan isteri seorang doktor yang menggoreng daun ini bersalut dengan tepung untuk dimakan mereka sekeluarga. Saya belum cuba kaedah ini lagi. Katanya lagi macam kita buat keropok bayam, rasanya pun hampir sama. Kalau ada masa nanti saya pun teringin nak cuba, kan mencegah itu lebih baik dari berubat.

Thursday, August 30, 2012

Mangsa Hari Raya

Masih berada di bulan Syawal, jadi rasanya tak salah bercerita pasal Hari Raya. Pokok tomato yang saya sayang telah menjadi mangsa Hari Raya, nak cerita banyak-banyak pun tak berguna apatah lagi menyesal. Kita tanam pokok tomato yang lain sajalah nampaknya.


 
Gambar buah tomato sebelum Hari Raya


Gambar tomato semasa Raya sebulan



 Dengan pokoknya sekali mati, kesian.



Laaaagi kesian.


Buah masih dipetik dan disimpan buat kenangan....hehehe

Setelah saya selidiki, kejadian ini memanglah salah saya sendiri, pokok lain saya sediakan air simpanan tetapi pokok tomato saya tak sediakan, lagipun sebelum raya saya ada bubuh baja, terlebih pula tu, tak siram air lah pula, apa lagi mati keringlah jawabnya. 
Saya Redho.

Wednesday, August 29, 2012

Halia terlebih Masa

Inilah dianya hasil tuaian halia yang terlebih masa, dah naik hijau warna halia ini, kalau di biar mungkin pokok baru tumbuh balik. Saya tanam halia ini lebihan dari yang saya guna di dapur, daripada terbiar kering tak digunakan saya semai dalam pasu yang dah sedia ada pokok cekur yang tak pernah saya guna daun mahupun isinya sebab tak biasa masak guna cekur, kalau kunyit tu biasa lah.

Inilah rupa pokoknya semasa masih segar bugar, bila pokok ini dah bertukar warna kuning barulah saya nampak isi halia yang terkeluar dari tanah macam kesian pula tengoknya lalu saya gali dan basuh bersih. Saya selalu guna halia untuk kukus ayam, kebelakangan ini saya suka pula makan ayam kukus, seminggu sekali saya buat, senang saja caranya masukkan ayam dalam pengukus, gaul garam, hiris halia lima enam potong serta sedikit bawang putih dan kukus hingga masak. Sedia untuk dinikmati. Senang saja kan.

Tuesday, August 28, 2012

Cara masak Nasi menggunakan Microwave


Asal beras tentunya dari padi, padi pulak perlu ditanam. Nasi pula kalau nak dimakan tentulah perlu dimasak. Saya ingin berkongsi cara mudah masak nasi dengan menggunakan microwave yang mengambil masa singkat dan sangat mudah dilakukan.

 Langkah 1: Gunakan bekas seramik (kaca juga tergolong dalam kumpulan seramik) yang mempunyai penutup. Masukkan beras (contohnya seperti dalam gambar-2 cawan beras).

Langkah 2: Basuh beras seperti biasa dengan menggunakan yang air biasalah juga.

Langkah 3: Basuhlah ikut berapa kali yang biasa anda buat. (Gambar adalah rupabentuk beras yang telah dibasuh)

Langkah 4: Masukkan air yang secukupnya seperti yang biasa anda lakukan semasa masak nasi dalam rice cooker. Kalau ikut petua kawan saya yang bapanya ada restoren, letakkan tapak tangan anda atas permukaan nasi dan pastikan air berada diparas atas tangan anda. Saya dah cuba memang sentiasa menjadi.

Langkah 5: Masukkan bekas seramik tadi ke dalam microwave tanpa penutupnya. Setkan suhu tertinggi (high) dan masanya pula 15 minit (untuk 2 cawan beras). Tunggu sehingga cukup 15 minit.

Langkah 6: Buka microwave anda, tutupkan bekas seramik yang berisi nasi separa masak tadi dan setkan semula microwave anda pada suhu tinggi selama tiga minit lagi.

Langkah 7: Tadaaaa! Nasi anda telah pun sempurna masak.

Langkah 8: Sendukkan nasi ke dalam pinggan dan nasi telahpun sedia untuk dinikmati bersama lauk kegemaran anda. 

Keseluruhan proses memasak cuma mengambil masa 18 minit dan nasi boleh dihidang terus daripada bekas yang digunakan untuk memasaknya tadi. Untuk sukatan 1 cawan beras ambil 10 minit tanpa penutup dan kemudian 2 minit dengan penutup.

Entry kali ini memang tak ada kaitan dengan tanam pokok, tapi apalah gunanya hasil daripada pokok yang ditanam kalau tidak kita makan sama ada secara mentah ataupun di masak. 

Saya letakkan langkah demi langkah untuk masak nasi ini setelah di minta oleh rakan-rakan opis saya. Sebagai wanita yang bekerja, saya rasa cara ini amat praktikal dan patut dikongsi untuk kemudahan bersama. 

Antara faedah masak nasi dengan cara ini ialah ianya mudah, cepat, tiada pembaziran kerana nasi yang terlekat pada dinding periuk (rice cooker periuk Aluminium yang tak ada salutan teflon) dan nasi boleh terus dihidang dalam bekas tanpa perlu mengalih ke mangkuk nasi yang lain (tak perlu basuh pinggan mangkuk yang banyak).

Di rumah saya rice cooker tidak lagi digunakan. Ini kerana saya saya telah menonton rencana penyelidikan di tv yang menyatakan bahawa ramai orang Asia mengalami keracunan Aluminium disebabkan penggunaan rice cooker.

 Macamana pula dengan periuk nasi tanpa lekat yang mempunyai salutan teflon? Teflon adalah sejenis polimer (adik beradik plastik), Rencana yang sama juga ada menyatakan satu penyelidikan yang di jalankan di US mendapati penggunaan teflon ada kaitannya dengan penyakit barah.

Bagaimana pula dengan radiasi daripada microwave? Sila lah baca kat sini atau mana-mana tempat yang lain. Tapi pada saya kalau kita kendalikan dengan betul dan cermat tidak akan timbul masalah dengan penggunaan microwave seperti yang pernah saya tonton dalam satu siri pendidikan kanak-kanak di tv yang saya dah lupa tajuknya tapi ada lah sikit-sikit kaitan dengan 'it's safe if your mother said???someting??? ... ker atau kalau ada sesiapa yang ingat silalah beritahu saya.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, August 27, 2012

Delima Hati

anak pokok delima sewaktu mula-mula di tanam

Sejak dari kecil saya tinggal di kawasan yang berbilang bangsa. Hati saya sangat iri kalau meihat dihadapan rumah jiran-jiran yang berbangsa cina, mesti ada sepohon atau lebih pokok delima yang berbuah lebat.
 
Buahnya yang kuning kemerahan memang sangat menarik hati malah kelihatan cantik juga sebagai hiasan. Sejak dari itu saya juga bertekad untuk menanam pokok delima tetapi masalahnya dimana nak dapatkan benihnya.
 
Kalau dulu bukan senang nak menjumpai buah delima terjual di tepi-tepi jalan seperti sekarang, kalau ada pun harganya mahal. Bila saya mula dapat merasa isi buah delima, saya amat terpikat pula dengan rasanya.
 
Sejak itu saya jadikan buah delima sebagai buah kegemaran saya. Pantang kalau terjumpa buah delima dengan harga yang berpatutan, pasti akan saya beli dan saya akan nikmatinya secara perlahan-lahan, sebiji demi sebiji isinya yang merah jernih tersebut.
 
Buah delima ada banyak khasiat, dulu kita selalu disogokkan dengan pendapat barat yang menyarankan kita makan organ dalaman seperti hati ayam atau lembu untuk menambah darah yang sebenarnya salah. Sepatutnya kita makan buah delima yang lebih sedap dan berkhasiat tinggi. Buah delima juga sangat baik untuk ibu mengandung yang inginkan anak yang comel dengan mata yang bersinar cantik.
 
Jadi bagi ibu-ibu mengandung eloklah makan buah delima, adik saya yang mengamalkan makan buah delima setiap kali mengandung memang terbukti (dengan izin Allah tentunya) anak-anaknya memang comel (pada pandangan mata sayalah) dan cerdik. Selain daripada itu saya juga dapat tahu yang kulit delima juga ada khasiat untuk menurunkan berat badan, caranya ialah dengan meminum air rebusannya.
 
Gambar-gambar di atas ini adalah gambar bunga pertama pokok delima yang saya tanam tak sampai setahun yang lalu.

Pokok delima yang saya tanam, anak pokoknya saya beli di nurseri kegemaran saya itulah. Bukan setakat saya, emak saya pun teringin jugak nak tanam pokok delima. Adik saya pula diberitahu oleh kawan berbangsa cinanya kalau tanam pokok delima dihadapan rumah dianggap bertuah.
 
Memanglah bertuah sebab ada pokok yang penuh khasiat dihadapan rumah, tak payah nak pergi cari ubat jauh-jauh. Akhirnya saya dah jadi macam pembekal anak pokok delima lah pulak.
 
Emak saya sendiri mengamalkan satu tonik kesihatan yang ada kandungan delima. Nampaknya penyakit gout mak saya semakin kurang walaupun tidak hilang terus.
 
 
Pokok delima yang saya tanam baru sahaja keluar satu putik bunga, dah beberapa hari saya tunggu masih tak kembang-kembang, aga-agaknya bila la dapat makan buah delima, tapi tak tau la rasanya manis ke atau kelat seperti yang diceritakan oleh Ummuaidan.

Sunday, August 26, 2012

Ubat Epal Hijau 2



Ceritanya bermula begini, suatu hari cuti saya balik ke rumah mak abah saya sambil membawa ketam nipah untuk di buat lauk. Mak saya masak, saya pun makan.


 Petang itu saya tidur, tiba-tiba terbangun sebab sakit perut, rasa nak membuang pun ada, rasa nak muntah pun ada, ingatkan sebab makan banyak sangat ketam. Sakit perut berterusan hingga berpeluh menahan sakit. sapu minyak angin pun tak hilang, makan panadol pun tak hilang, malah bertambah sakitnya hingga ke bahagian belakang. Pelik tak pernah rasa sakit macam itu. Selepas kira-kira sejam barulah sakit tersebut hilang.

Saya pun balik kerumah dan pergi kerja, di sana sakit perut lagi, semakin teruk, tak boleh duduk, tak boleh baring kena berdiri sahaja, dalam sejam sakitnya pun hilang, balik kerja sakit lagi, tengah-tengah malam pun sakit juga, kena berdiri dalam sejam dua, baru boleh tidur balik.

Ahli keluarga saya tak pernah mengalami sakit yang saya rasa. Saya pun pelik. Jadi saya buat anggapan saya terkena gastrik. Saya pun pergi ke farmasi dan beli ubat gastrik, mahal juga harganya. Makan ubat gastrik macam ada kurang sikit sakitnya. Jadi saya fikir memang saya kena gastrik (perasan doktor sekejap).

Ubat gastrik kalau nak makan selalu, harganya macam mahal jer, jadi saya buat keputusan untuk pergi ke Hospital Kerajaan untuk dapatkan ubat gastrik kononnya. Jumpa doktor waktu petang untuk mengelakkan menunggu lama. Tepat tindakan tersebut, tanpa tunggu lama nama saya dipanggil. 

Macam biasa doktor tanya sakit apa, saya jawab sakit perut lama-lama melarat ke belakang. saya sesuka hati bagitau doktor saya rasa saya kena gastrik, nasib baik doktor tak berani marah saya, dia kata mungkin bukan gastrik, dia rasa saya ada batu karang. Dia tanya susah nak kencing ke, saya kata normal sahaja. Dia nak uji air kencing tapi tak boleh sebab saya period. 

Doktor suruh datang minggu depan untuk uji air kencing dan lain-lain ujian, untuk bekalan doktor bagi ubat untuk colic ( Pain in Stomach and Abdomen ) untuk seminggu. Bila makan ubat kurang sikit sakitnya.

Sebelum ini saya ada banyak baca status kawan-kawan dekat facebook yang terkena sakit batu karang, semuanya kena bedah, menakutkan. ada juga yang jumpa bomoh yang boleh keluarkan batu tersebut. Saya pula tak suka jumpa bomoh. Untuk mengelakkan semua benda tersebut, saya berusaha mencari apa-apa ubat atau petua yang boleh dicuba di internet.

Daripada pembacaan saya, antara sebab terkena batu karang ini adalah kerana suka makan organ dalaman, ya, memang kebelakangan ini saya ada makan hati ayam yang saya beli di pasar malam, masa kecik-kecik mak abah saya tak benarkan makan organ-organ dalaman, jadi bila dah dewasa semuanya saya makan (balas dendam). Selain itu saya juga suka minum minuman 3 in 1. Itulah antara penyebab-penyebabnya. Tapi sampai sekarang saya masih minum lagi.

Cari punya cari, saya terjumpa satu petua (terlupa alamat webnya, terima kasih banyak kepada empunya web) dan terus saya cuba.

Caranya ialah dengan minum jus epal hijau empat biji satu hari selama lima hari (4 X 5 = 20 biji). Malam hari kelima dalam petua itu pesakit disaran minum air garam epsom bercampur minyak zaitun untuk melancarkan perjalanan keluar batu karang yang hancur.

Menurut petua tersebut sebiji epal dibuat segelas jus, tapi bagi saya yang bekerja 8-5, nak minum 4 gelas jus epal adalah satu masalah. Jadi mula-mula saya minum jus pekat sebiji epal yang keluar dari juicer tapi itu pun masih leceh, saya cuba minum 2 biji sekali, pagi dan petang. 

Hasilnya, pada hari kedua sakit perut dan belakang saya terus hilang sehingga sekarang. Namun saya teruskan minum jus epal hingga hari ke lima. Minum garam epsom dan minyak zaitun saya tak buat sebab masa saya nak beli garam tersebut, ahli farmasi yang menjual garam itu kata mana ada orang minum garam epsom, orang guna untuk mandian atau buat baja sahaja. Saya pun tak buat langkah yang terakhir itu lagipun sakit saya dah hilang.

Saya rasa dah setahun lebih saya kena penyakit tersebut, saya takut juga kalau ia berulang, kadang-kadang kalau teringat saya cuba minum jus epal hijau pekat sebulan sekali. Semuanya untuk pencegahan. Harap-harap siapa yang ada terkena penyakit macam saya cuba-cubalah petua ini, kalau berjaya sebar-sebarkanlah untuk kebaikan bersama.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

Saturday, August 25, 2012

Ubat Epal Hijau 1





Masih bercuti raya dan tak berjalan kemana-mana. Sebelum Raya ada sediakan satu ruang dibelakang rumah untuk tanam sayuran. Di belakang rumah ada ruang tak sampai satu meter lebar dan semuanya sudah bersimen, jadi saya beli tanah campuran dalam 15 beg dan buat satu ruang untuk tanaman, kira macam raise bed lah. Selepas Raya saya dah taburkan benih sawi daripada pokok sawi yang saya tanam terdahulu, benih bayam merah hijau dan juga benih lobak merah. Main tabur jer, nak tengok tumbuh ke tidak sebab benih-benih selain sawi adalah benih yang dah agak lama. Setakat dua tiga hari ini nampaknya sawi dah tumbuh, ada juga nampak macam anak pokok jenis lain tapi masih tak dapat dipastikan, manalah tau rumput yang tumbuh, sekarang ini musim hujan, semua pokok pun cepat saja tumbuhnya.Malam ini, baru sekejap tadi, menyemai benih lobak putih, bunga taik ayam (ada orang panggil marigold), tomato ceri dan biji epal hijau daripada buah epal yang dibeli. Saja nak cuba, manalah tau ada rezeki tumbuh pokoknya. Harap-harap SEMUA MENJADI.


Gambar-gambar yang saya letak ini bukanlah gambar epal hijau pun,. Ini semua gambar epal yang ada ditanam di Agrotechnology Park Mardi Cameron Highland. Epal hijau ada banyak khasiatnya dan saya sendiri telah menggunakan epal hijau sebagai ubat dan berjaya menghindar satu penyakit yang saya alami. Saya perlu berkongsi khasiat epal hijau ini agar bermanafaat pada oarang yang mengalami masalah yang sama dengan saya. Tunggu, esok saya cuba cerita yer.

Friday, August 24, 2012

Kebun Abah Saya Bahagian Dua

Abah saya tanam banyak pokok serai sebab serai senang nak tumbuh dan membesar dan boleh tahan harganya kalau di jual, takkan nak makan saja serai banyak-banyak ini, tentulah elok dijual, serai yang di tanam adalah dari jenis serai peha ayam, batangnya besar tapi kurang wangi berbanding serai kampung. Sangat sesuai untuk masak tomyam, kalau wangi sangat lebih sesuai buat minyak urut sahaja. Tanam serai banyak-banyak ini ada faedahnya manalah tau boleh terjumpa geliga serai ke atau kalau ada gunting yang tumpul bolelah ditajamkan semula dengan menggunting daun-daun serai yang ada. Di rumah saya ada menanam serai di dalam pasu, nampaknya kurang subur tapi kalau terdesak nak guna serai, bolehlah ambil sebatang dua. Kacang panjang merupakan tanaman yang selalu ditanam di kebun ini, setiap kali saya balik mesti saya ada terjumpa pokok kacang panjang. Ini pula pokok terung bulat, banyak juga saya tengok buahnya, tapi abah saya kata ini adalah antara buah-buah terakhir sebelum pokok ini tamat tempoh dan sedia untuk dilupuskan dan digantikan dengan tanaman yang lain.


Ini adalah tanaman baru yang abah saya cuba-cuba tanam, namanya kundur. Sesuai dibuat halwa dan saya juga selalu jumpa minuman kundur yang rasanya lebih kepada rasa gula merah sebab kundur ini setahu saya tak ada rasa yang kuat, cuma khasiatnya adalah untuk menyejukkan badan.






Saya sempat bawa balik sebiji kundur yang kecil untuk dibuat sayur, tapi belum berkesempatan untuk masak lagi kerana masih ada suasana hari raya di sini jadi tak berapa sesuai untuk makan sayur kundur (saya bergurau saja). Ada lagi tanaman lain yang ditanam oleh abah saya dikebunnya tapi secara kecil-kecilan sahaja. Abah saya bukanlah peniaga sayur, berkebun ini dibuat secara sambilan sejak dari muda lagi. Sekarang saya pula berminat untuk berkebun dan saya dah tahu apa yang patut saya buat bila dah pencen nanti (kalau panjang umur). Abah saya cakap berkebun ini adalah salah satu cara untuk bersenam untuk menyihatkan badan secara mudah dan murah malah dapat memberi hasil yang memuaskan sekiranya dilakukan dengan tekun dan usaha.

Thursday, August 23, 2012

Kebun Abah Saya Bahagian Satu

Masa balik berhari raya sempat buat lawatan ke kebun abah saya yang jauhnya tak sampai 200 meter dari rumah mak abah saya. Ini adalah bahagian hadapan kebun abah saya, ada dua bahagian, satu yang baru dimana tanaman utamanya adalah serai dan bahagian yang satu lagi saya tak ambil gambar sebab semak sikit dan tanaman utama di sana adalah pokok pisang.



Antara yang ditanam oleh abah saya termasuklah betik, betik sedap dimakan masak atau semasa mengkal boleh dibuat sayur campur dengan pucuk ubi, masa kecik dulu saya selalu jugak makan betik mengkal cicah gula kicap. Sedap.



Ini pula adalah pokok ubi kerinting, kalau di tanam terus ke tanah, pokoknya jadi besar dan daunnya pun lebih lebar. kalau tak silap mak saya ada bagitau, hanya pucuk ubi kerintingsaja boleh dimakan, ubinya kalau dimakan boleh menyebabkan mabuk (pening?).



Inilah dianya pokok cemperai yang abah saya tanam, kesian tengok pokok ini, dah lama abah saya tanam tapi besar itu la juga, mungkin ambil masa lama untuk membesar dan rendang, sabar-sabar nanti adalah hasilnya tu.



Ini pula pokok-pokok cemperai yang lain, janganlah mati hendaknya, semoga membesar dan sihat.



Ada lagi gambar yang saya ambil di kebun abah saya, nanti akan saya siarkan dalam post yang lain. Di samping itu saya ada berita gembira untuk diri saya sendiri dan saya sangat teruja bila melihat pokok delima saya mengeluarkan bunganya yang pertama.

Wednesday, August 22, 2012

Si Wangi Pandan




Pokok pandan saya disemai olah mak saya sebelum saya tanam di rumah saya, benihnya daripada rumah mak abah saya. Kalau kawasan rumah saya luas teringin saya nak buat pagar keliling rumah daripada pokok pandan sebab saya sangat suka kan bau pandan. Saya mula terpikat dengan kewangian pandan selepas saya menaiki satu teksi yang baunya sangat menyenangkan dan saya nampak pemandu teksi tersebut meletakkan serumpun daun pandan dalam teksinya, walaupun daun pandan tersebut sudah kering baunya tetap menyenangkan dan wangi. Daun pandan di rumah saya selalu saya potong untuk dijadikan pewangi rumah selain dapat menghalau lipas yang sangat banyak di rumah yang dah tua ini. Selepas dipotong kecil-kecil tapi tak lah sehalus bunga rampai sebab saya potong dengan menggunakan gunting dapur sahaja. Saya akan masukkan dalam kain net, ikat dan gantungkan di tempat tertentu. Kalau nak lagi muadh dapatkan sahaja daun pandan yang digubah. Bunga pandan ini ada dijual di pasar berdekatan rumah saya, sangat sesuai dijadikan pewangi di dalam kereta, saya dah cuba nak buat bunga macam ini tapi tak kemas, jadi lebih baik saya beli saja, lagipun harganya murah. daripada pembacaan saya selain dijadikan pewangi masakan, daun pandan muda juga ada khasiatnya tersendiri, caranya ialah menggilingkan daun tersebut dan dicampurkan dengan air, ianya di sapu pada kulit kepala dan rambut untuk rawatan kelemumur.

Tuesday, August 21, 2012

Monday, August 20, 2012

Cili api Kurang Pedas

Saya memang tak tahan pedas, jadi cili padi yang saya tanam pun perlulah kurang pedas. Anak pokoknya saya dapat dari rumah mak abah saya. Cili api ini berbuah lebat, lebih besar sedikit dari cili api kampung dan pendek daripada cili thailand yang biasa kita beli di pasar. Pokok ini amat mudah diserang bena putih. Gambar ini adalah sebelum pokok ini diserang bena, sekarang ini ia masih berbuah tapi dah kurang berbanding sewaktu tidak diserang dahulu. Saya gunakan cili ini untuk masak lemak, masak asam dan lain-lain lagi.




Sunday, August 19, 2012

Pucuk Daun Kari


Semasa saya beli rumah ini tahun lepas, rumah ni dah pun berusia 26 tahun (dah lama saaangat), dan saya adalah tuannya yang ketiga. 

Saya beli sebab dekat dengan tempat kerja. Cuma 7 minit perjalanan ke tempat kerja termasuk masa menunngu lampu isyarat. Kalau nak jalan kaki pun boleh. 

Dibelakang rumah ini ada banyak pokok kari dan di tepi bahagian hadapan rumah saya pun ada pokok kari yang besar kepunyaan jiran saya. Pasu dalam gambar diatas tu pula adalah pokok daun kari yang saya bawa dari rumah lama saya. 

Ada cerita pasal pokok kari ini. Dulu saya tak minat bertani, pasu besar ini saya tak ingat saya tanam pokok apa, tapi saya tak jaga sehingga pasu ini tinggal kosong. Jiran sebelah rumah saya berbangsa cina (lelaki)tolong tanam pokok kari dalam pasu dan dari-hari dia tolong siram. Jiran saya ini kurang fasih berbahasa Melayu, dia dah meninggal sehari sebelum Hari Raya dua tahun lepas .


Saya selalu pangkas pokok daun kari sebab pokoknya membesar cepat dan mengganggu pokok-pokok lain. satu hari semasa saya tengah potong batang pokok kari, seorang pekerja pembuangan sampah menegur saya dan tanya kenapa saya buang daun kari, dia kata elok kalau makan pucuk kari, sesuai untk mengelak penyakit kencing manis. sebelum itu pun saya ada membaca pekara yang sama.

Selepas itu saya pun cuba-cubalah makan ulam pucuk daun kari dengan nasi, saya dapati saya suka dengan rasanya. Walaupun keluarga saya tidak mewariskan penyakit kencing manis, tapi saya tetap kena hati-hati, beringat-ingat sebelum kena, lagipun saya memang sukan makan benda manis-manis.

Friday, August 17, 2012

Pucuk Ubi Kerinting

Saya peminat tegar pucuk ubi, inilah sayur kegemaran saya dalam semua jenis sayur. Saya suka pucuk ubi masak lemak putih, pucuk ubi rebus cicah kuah kacang dan pucuk ubi tumis air.
 
Kalau boleh hari-hari nak makan pucuk ubi, tapi mak saya kata tak elok makan hari-hari. Pernah ada satu cerita yang diceritakan, ada seorang orang asli berjumpa dengan seorang doktor, dia sakit kepala dan pening-pening, doktor pun tanya, apa yang dia makan hari-hari, dia kata dia makan pucuk ubi, doktor suruh dia makan pucuk ubi seminggu 2-3 kali sudahlah, hari lain makan sayur-sayur dan makanan yang lain.
 
Selepas itu masalah sakit kepala pun selesai. Sebenarnya saya rasa, kita perlu makan makanan yang berbeza-beza dan seimbang barulah sihat walafiat.
 
 
 
Ada banyak jenis pucuk ubi kat Malaysia, pucuk ubi batang merah, pucuk ubi kayu, pucuk ubi batang putih dan lain-lain lagi termasuklah pucuk ubi kerinting. Antara banyak-banyak jenis pucuk ubi, saya paling suka pucuk ubi kerinting kerana daunnya lebih lembut dan kurang rasa pahitnya. masa memasaknya pun tak begitu panjang berbanding pucuk ubi jenis lain.
 
saya ada menanam pokok ubi kerinting ini, tapi tak banyak sangat, selalunya kalau nak makan pucuk ubi, saya akan beli di pasar malam atau ambil di rumah mak abah saya masa saya balik ke sana. Satu lagi kelebihan pucuk ubi yang saya suka ialah ia boleh di simpan lama dalam peti ais berbanding sayur-sayur lain.
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Buah Kemunting Taiping

Selalu juga saya dengar nama buah kemunting terutamanya daripada kawan-kawan yg berasal dari pantai timur, saya tak dapat membayangkan rupa buah kemunting ini dan bagaimana rasanya. Kalau pekan Kemunting dekat Taiping itu saya tau lah. Sewaktu lawatan saya ke nurseri, saya terjumpa pokok ini.
 
 
Saya agak-agak saja tentu ini pokok kemunting. Saya tanya pada pekerja Bangladesh itu, tapi dia cuma tau yang pokok itu adalah pokok yang berbuah, dekat bangladesh pokok ini tak tumbuh kot, itu yang dia tak tau namanya. Saya pun nekad untuk membeli pokok tersebut walaupun tak tau pokok apa sebenarnya. Selepas beli barulah saya cari dalam internet dan jumpa pokok yang hampir sama rupanya dengan pokok yang saya beli.
 
 
Saya pun tanpa ragu-ragu lalu tanam pokok ini ke dalam pasu yang lebih besar dan tunggu buahnya masak. Buah yang masak berwarna keunguan seperti kulit mangis, teksturnya lembut dan rasanya manis. Tapi kalau silap makan, macam terasa tersekat di tekak.
 
 
Daripada pembacaan saya, buah ini juga digelar Blackberry Malaysia, memang ada rupa sikit-sikit pun tapi rasanya lain. Saya ada juga membaca yang buah ini dijadikan dessert di Thailand dengan dimakan sekali bersama santan, agaknya macam serawa lah kot. Pokok yang saya tanam ini lambat membesar mungkin kerana saya letak dalam pasu, kalau tanam terus di tanah mungkin pokok ini akan jadi lebih besar dan sihat lalu membesar bagai johan.
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, August 16, 2012

Beli Tanah

Semalam sempat meluangkan masa pergi membuat lawatan sambil membeli-belah di nurseri berhampiran dan yang paling selalu saya kunjungi sehinggakan pekerja Bangladesh di situ telah mengenali saya dan berani memberi harga murah pokok-pokok yang saya beli tanpa pengetahuan taukeh nurseri tersebut. Pada mulanya saya bercadang untuk membeli tanah campuran sahaja untuk di tambah pada pasu-pasu tanaman. Tiba-tiba saya terpandang satu pokok bunga yang telah lama saya cari.Sebenarnya saya sudah lama terpikat dengan keharuman bunga ini, kalau tak silap saya namanya Kemuning, sekiranya saya silap tolong betulkan yer. Saya pernah menjumpai pokok yang hampir serupa di tepi jalan berhampiran dengan sebuah restoran mamak, bau harum bunganya menusuk sehingga memenuhi ruag kedai.


Pokok bunga ini belum lagi saya ubah ke dalam pasu, masih dalam plastik lagi. Setahu saya pokok ini boleh membesar dan tinggi, tak taulah di kawasan mana saya akan letak bunga ini. Nantilah saya fikir-fikirkan.

Saya juga pernah melihat pokok ini dijadikan poko bonsai. Mungkin saya boleh memangkas pokok ini selalu agar ia tidak terlalu tinggi dan muat diletak dalam kawasan rumah saya yang sempit ini.
Saya ada terbaca info yang mengatakan terdapat khasiat daun kemuning ini bila dicampur dengan air, dikisar lalu dijadikan jus, dan diminum airnya sahaja untuk rawatan batu karang.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting ulam Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Tomato Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik jualan17 kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang salam tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Beri Ajaib Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...