Terung telunjuk kalau dah berwarna macam ini manalah boleh dimakan lagi. Sudah matang sangat.
Ini terung telunjuk di kebun abah saya. Tak ada siapa yang nak makan. akhirnya terbiar di pokok. tapi cantik juga kalau buat hiasan.
Agaknya abah saya sengaja biarkan tua di pokok, boleh buat biji benih.

Inilah pokok terung telunjuk yang saya tanam di dalam pasu di bahagian belakang rumah saya. Benihnya tentulah dari kebun abah saya. Sudah lama saya teringin nak tanam pokok terung jenis ini. Pokok ini tahan lasak berbanding pokok terung panjang atau terung bulat. Hayatnya pun lebih panjang berbanding kedua jenis terung tadi.
Kenapa orang panggil dia ni terung telunjuk yer? Agaknya sebab dia kecik sahaja macam jari telunjuk. Apa-apa pun rasa terung telunjuk ini memang sedap terutamanya kalau direbus campur daun kunyit lepas tu cicah sambal belacan. Makan pula dengan nasi panas berlaukkan ikan sepat masin. Fuhh! memang mengancam. Tapi bila kali terakhir saya dapat makan macam itu yer, macam dah lama sangat. Adalah setahun dua kot. Kebelakangan ini asik makan lauk-lauk moden saja.
Terung telunjuk muda warnanya hijau dengan bintik-bintik putih tapi kalau dah matang warnanya jadi jingga. Kalau nak makan tentulah waktu ianya berwarna hijau. Kalau dah warna macam kat gambar ini sesuai untuk buat benih. Saya sengaja biarkan ia matang di pokok, manalah tau lain kali kalau teringin nak tanam terung telunjuk lagi.