Nak beli benih online?

Friday, February 28, 2014

TRAP

 Dua minggu lepas kami telah ke Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Sungkai, Perak. Walaupun kami datang pagi buta dalam pukul 8, matahari memancar sehinggakan anak-anak dara ini silau.

 

 Untuk masuk ke dalam pusat rekreasi ini kami memilih untuk naik kenderaan yang disediakan, walaupun sebenarnya boleh sahaja jalan kaki sambil menikmati pemandangan sekitar.

 


 Tempat pertama yang kami tuju adalah kolam keluarga yang bersaiz agak kecil berbanding kolam utama air panas. Suhu air kat kolam ini lebih tinggi sedikit daripada kolam utama sekitar 50 ke 60 C.

 

 Yang ini pula kolam untuk rendam kaki sahaja, kalau rasa kaki dah lama guna dan cukup tebal bolehlah rendam kaki kat sini. Saya sendiri tak berani. Takut kaki saya masak.

 


 Ini pula kolam utama air panas, airnya tak adalah panas sangat. Sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda, tapi sekejap sahajalah. Nanti diorang merengek sebab panas. 

Selepas itu bolehlah beralih ke kolam air sejuk yang lebih besar. Yang itu memang kegemaran kanak-kanak sebab ada gelungsur. Saya pun turun naik gelungsur lapan kali sebab kebetulan orang tak ramai masa kami datang. Malangnya tak sempat  nak ambil gambar sebab sibuk mandi.



 Ini pula ritual merebus telur. Telur kena beli dekat taman ini yer, tak boleh bawa telur ayam kampung sendiri ker, teluk itik serati ker semua tak boleh. Tapi pekej telur kat sini disediakan sekali dengan kicap. Harga - kompom mahal.




 Jadual masa rebus telur disediakan. Memang boleh pakai. Dah beberapa kali saya buat ritual rebus telur semuanya menjadi seperti yang dikehendaki.




Kami balik sebelum tengahari. Taman ini memang kaya dengan spesies tumbuhan dan yang menariknya kebanyakan pokok yang ada di sini diberi tag nama. Sesuai sangat dengan peminat tanaman macam saya.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Wednesday, February 26, 2014

Ros Jepun Bunga Kesayangan Ku

 Belang putih-merah jambu


 Kuning keju


 merah jambu muda


 Campur-campur


Merah jambu tua  dan putih belang merah jambu dalam pasu gantung

Dah lama tak tayang bunga ros jepun kesayangan saya. Kesian pokok-pokok ini selalu gondol. Ramai sangat peminatnya. Jangan 'order' tau! Bagi dia rehat dan pulih seketika. 



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Tuesday, February 25, 2014

Pokok Kegemaran Kucing-Si Galak Kucing

 Bagi yang tak berapa nak kenal lagi, inilah pokok galak kucing. Lama dah juga dia 'femes' kat FB. (Gambar diambil di kawasan jiran belakang rumah saya).


 Gambar lebih dekat untuk kenal lebih mesra. Pokok ini saya pun baru kenal, sebelum ini ingatkan pokok bayam hutan ker. Mak saya ahli kelab pecinta kucing sedunia pun tak tau tentang pokok ini. Setelah saya kenalkan pokok ini, mak saya pantang jumpa kat mana-mana, mesti dia cabut dan bawak balik.
 
Ada juga kastemer yang nak beli pokok ini. Saya belum cuba ternak lagi, lagipun pokok ini kalau dicabut terus layu dan tak mahu hidup dah. Mungkin saya perlu cari biji benihnya.
 
Pokok ini dikatakan berkhasiat untuk kucing dan juga tuan kucing. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, silah gugel yer.


Saya ada buat sedikit ujikaji ke atas kucing jiran saya (yang mana pun tak tau). Nampaknya kucing dapat menghidu bau akar pokok ini dari jarak 2-3 meter. Kalau tak cabut, kucing tak sedar pun itu pokok kegemaran dia. Maknanya sumber tarikan adalah daripada akar pokok ini.
 
Air liur kucing ini meleleh (sori tak nampak sebab gambar tak elok). Syiok sangat kot.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Monday, February 24, 2014

Harvest Monday - Purple Cabbage a.k.a Red Cabbage

 Ingat lagi entri saya mengenai Kobis Ungu-Ungu Lavender.  ini hasilnya setelah dituai. Kobis organik 'katakan', haruslah buruk dan berlubang sikit. Barulah nampak 'real'.


Sebenarnya dituai agak lewat, jadi nampak bahagian kerasnya dah kekuningan sedikit. Tapi coraknya kelihatan cantik dimata saya. 

Dikatakan kobis ungu kaya dengan vitamin C, A dan K. Macam kobis biasa juga ia bagus untuk memperbaiki sistem imun kita dan juga untuk tujuan pencegahan penyakit barah.


Kobis ini saya bawa ke opis untuk dikongsi bersama kawan-kawan, biar sama-sama dapat vitamin CAK...hehehe. Sebelum di agih-agihkan, kobis ungu sempat bergambar dengan henpon saya yang 'cover' barunya warna ungu juga.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  



Friday, February 21, 2014

Seronoknya Menuai Cili Besar!

 Sengaja saya pilih yang muda dan sebahagiannya masak.


 Yang muda nak buat masak tauchu dan yang masak saya nak guna sebagai bahan untuk masak lemak telur itik (abah saya ada simpankan 50 biji telur itik tapi tak ada la saya ambil semua).


 Menggiurkan!


 Teringat pula pada kartun " Jangan, Monyet!"


Meriah tak? Jangan ingat ini hasil tanaman saya yer. Ini abah saya yang tanam, guna benih yang sama saya jual kat jualansm.blogspot.com.


Saya tukang tuai sahaja. Masa tu saya tolong abah saya potong serai untuk jualan. 

Sekarang ini abah saya pun tak menang tangan dengan serai-serainya. Hari-hari dapat permintaan daripada peniaga di pasar. Sampaikan abah saya nak pergi pasar  beli ikan pun takut sebab peniaga asyik kejar dia untuk dapatkan serai.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Thursday, February 20, 2014

Kosmo - Tanam Sayur Jimatkan Kos

Sila klik gambar untuk tumbesaran.
 
 
Wau! Kali ini masuk Kosmo pula. Ini semua jasa Izham Alias. TQVM.
 
 
Sila klik SINI untuk bacaan lanjut



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Wednesday, February 19, 2014

Kertas Warna-Warni

 Meriah pokok-pokok bunga kertas mak saya dengan pelbagai warna daunnya. Sejak musim panas melanda ini, pokok-pokok ini semakin galak berbunga. Mak saya pun memang rajin membaja pokok-pokoknya.

 Memang cantik bagi mata yang memandang. Tapi minat mak saya memang lain daripada saya yang lebih minat kepada pokok-pokok herba dan ulaman.


Tapi sekarang ini memang terpaksa suruh cucu mak saya atau abah saya sahajalah untuk menyiram pokok-pokok bunga ini. Sebabnya mak saya, baru sahaja retak tulang buku lalinya sebab terjatuh waktu kami semua pergi mandi-manda dekat satu pusat rekreasi air baru-baru ini.
Mak saya bukannya jatuh dalam air tapi jatuh atas tanah sebab dia melompat (kata adik lelaki saya)  turun bukit kecil yang disangkanya rendah. Sekarang ini kaki mak saya bersimen, kesian dia. Tapi mak saya kata, kakinya sahaja yang sakit, yang lain semuanya ok.
Harap-harapnya mak saya cepat sembuh dan dapat pergi umrah dengan abah saya pada bulan April ini. Amin.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Tuesday, February 18, 2014

Sate Sudu Itik

 Bunga sate atau bunga sudu itik panggilan mak saya. Sedang mekar menghiasi halaman rumah mak abah saya.


Bunga ini datang naik kapal terbang dari negeri di bawah bayu. Pemberian ikhlas daripada kakak yang sangat baik hati iaitu Kak Puteri Purnama daripada blog Disini dalam Lingkaran Ini.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Monday, February 17, 2014

Utusan - Panduan Berkebun di Internet



Semalam saya balik ke rumah daripada rumah mak abah saya. Macam biasa sambil merehat-rehatkan badan saya buka blog saya sendiri untuk lihat komen-komen dan perkembangan terkini blog saya. Saya dapati tiba-tiba sahaja statistik blog  saya meningkat dengan mendadak.

Setelah diperiksa, barulah saya tahu puncanya daripada artikel di atas, walau hanya alamat blog saya yang dicatatkan, itu pun sudah besar maknanya pada saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Wong daripada blog Travelog Hort yang sudi menyelitkan alamat blog saya pada artikel tersebut. Lain kali buat lagi yer Wong...hehehe!

Kepada yang teringin (tak paksa tau) nak tengok artikel tersebut sila ke alamat seperti di bawah:


http://utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140214/ek_04/Panduan-berkebun-di-internet



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

 

Friday, February 14, 2014

Dari Bunga Menjadi Benih

 Cantik juga bunga ini kalau kumpulkan buat jambangan boleh jadi hiasan meja makan. Sambil-sambil makan boleh ambil pucuknya cicah sambal makan dengan nasi. Sedap, lemak-lemak kelat, berkhasiat tinggi. Hanya yang pernah merasa sahaja tahu khasiatnya.


 Cuaca panas sekarang ini menyebabkan bunga ini cepat kering lalu menghasilkan benih yang berwarna hitam kebiruan dan kelihatan berkilat.
 
Saya cuba kutip dan kumpul, manalah tau kalau-kalau boleh hidup jadi pokok yang boleh dituai hasilnya nanti.
 


Apapun saya rasa bunganya memang cantik dan pokoknya banyak tumbuh di kawasan  tempat tinggal mak dan abah saya. Yang ini belum berkembang, sebab saya melawat kawasan pada waktu pagi.
 
Tak pasti pula saya sama ada bunganya mengeluarkan bau wangi atau tidak.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Wednesday, February 12, 2014

Petunia, teringin tapi...








************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Tuesday, February 11, 2014

Pokok inti Bunga

 Pernah jumpa tak pokok ini? Namanya macam biasa, saya tak tahu sebab dulu saya tak belajar bidang botani ke atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Saya belajar bidang kejuruteraan tapi bukan Kejuruteraan Pertanian.


 Mak saya suka buat gubahan. Waktu kecik dulu mak saya selalu suruh saya cari bunga ini.Mak saya nak guna sebagai inti (bahagian tengah) bunga gubahan yang dibuatnya.


Tak sangka bila dah dewasa ni jumpa balik pokok ini berdekatan rumah mak abah saya. Menyentuh memori silam, terkenang zaman kecik-kecik dulu, pusing-pusing kampung naik basikal lepas tu kena kejar anjing...hahaha.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Monday, February 10, 2014

Orang Melayu kata Tangan Sejuk, Omputih kata Jari Hijau


Hari ini saya nak kongsikan gambar-gambar tanaman daripada rakan Semua Menjadi :- Datin Liz Mran. Inilah yang orang katakan tangan sejuk tu, semua yang ditanam menjadi. Tahniah. Saya dah minta kebenaran tuan punya untuk paparkan gambar-gambar ini di blog dan juga FB. Sebahagian benih dan keratan di beli dari Semua Menjadi.

Siapa tak kenal ini memang rugi, pokok dan juga buah mulberi, kegemaran cucu jiran sebelah.






Terung panjang, buat pajeri atau goreng cili sedap bangat!



 Nasin atau pucuk manis, buat masak lemak putih campur keledek, Datin Liz kata makan pula dengan ikan sepat masin goreng, terangkat!


 Cili api rasanya, gemuknya daun dia.



 Bendi, nampak macam buahnya besar dari pokok.


 Yang tengah-tengah itu saya kenal, okinawan' spinach atau sambung nyawa ungu. Boleh buat ulam, boleh juga buat sayur yang dimasak.


 Ulam raja, pokok yang pang senang tumbuh, rasa pun sedap.


Ini yang paling istimewa, pokok pucuk ubi kerinting. Paling istimewa sebab saya paling suka makan sayur pucuk ubi kerinting, lembut dan cepat empuk bila dimasak berbanding pucuk ubi biasa. Rupa pun cantik, kalau takmau makan boleh buat hiasan di keliling rumah.


p/s: Kalau ada lagi rakan Semua Menjadi yang sudi nak berkongsi gambar tanaman boleh ler hantar kat email semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Saturday, February 8, 2014

Pokok Bunga Orkid Kampung untuk diJual

 Ini rupa bunganya, tapi pokok yang bakal dijual masih belum berbunga, mungkin boleh mendapat kejutan dengan bunga yang berwarna lain.




Pokok Bunga orkid kampung TELAH HABIS STOK




Sepasu/serumpun  pokok RM15 + kos kendalian poslaju RM10.

Sekiranya berminat sila hubungi semuamenjadi@gmail.com.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  


 

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...