Meriah pokok-pokok bunga kertas mak saya dengan pelbagai warna daunnya. Sejak musim panas melanda ini, pokok-pokok ini semakin galak berbunga. Mak saya pun memang rajin membaja pokok-pokoknya.
Memang cantik bagi mata yang memandang. Tapi minat mak saya memang lain daripada saya yang lebih minat kepada pokok-pokok herba dan ulaman.
Tapi sekarang ini memang terpaksa suruh cucu mak saya atau abah saya sahajalah untuk menyiram pokok-pokok bunga ini. Sebabnya mak saya, baru sahaja retak tulang buku lalinya sebab terjatuh waktu kami semua pergi mandi-manda dekat satu pusat rekreasi air baru-baru ini.
Mak saya bukannya jatuh dalam air tapi jatuh atas tanah sebab dia melompat (kata adik lelaki saya) turun bukit kecil yang disangkanya rendah. Sekarang ini kaki mak saya bersimen, kesian dia. Tapi mak saya kata, kakinya sahaja yang sakit, yang lain semuanya ok.
Harap-harapnya mak saya cepat sembuh dan dapat pergi umrah dengan abah saya pada bulan April ini. Amin.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
suka jugak bunga ni..tahan lasak...
ReplyDeleteSuka tangkap gambo bunga ni
Deletesama la mak sy pun lbh suka pokok bunga dari tanam sayuran...semoga mak rose cepat sembuh..:D
ReplyDeleteAmin. TQVM
Deletesaya pon suka bunga kertas ni.....dlm wish list jgk sbb takde space nak ltk dah hehehe......semoga mak rose cpt sembuh...insyaAllah,aamiinn.....mst dia rasa tak selesa kan....susah nak gerak......sakit pulak tu...
ReplyDeleteMasalahnya mak sy asik bergerak sampai dikhuatiri kakinya lambat sembuh
Deletebunga kertas di cuaca panas memang meriah kembangnya....
ReplyDeletesemua emak ros cepat sembuh..
Amin. TQVM
DeleteAs salam. Semoga mak ros segera sembuh dan dapat menunaikan umrah pd april nanti.
ReplyDeleteW'slm. Amin. TQVM
Deletedidoakan makcik cepat sembuh.
ReplyDeleteAmin. Tq awin
DeleteSalam Rose,
ReplyDeletedidoakan semoga Ibu cepat sembuh.Kirim salam ye.
Salam kak puteri. Amin.tq
Deletekene banyak berehat la mak SM, lame jugak nak tunggu sembuh tu.. nasib lah bungge kertas ni bebunga.. tenang hati walau kaki sakit...
ReplyDeleteSbb bunga la nanti dia byk bergerak...hehehe
DeleteBunga banyak, cantik-cantik. Saya minat juga tanam pokok bunga kertas nie, mudah dijaga.
ReplyDelete