Racun siput yang baru sahaja saya cuba gunakan, sebelum ini saya beli racun siput dalam pek kecil berharga RM3 (lebih kurang 20g).
Ini bentuknya, lebih kurus dan panjang daripada jenis sebelum ini. Yang terdahulu memang sangat berkesan, setiap pagi mesti saya terjumpa siput-siput yang bergelimpangan koma dan terus meninggalkan dunia ini.Inilah hasilnya setelah menggunakan racun siput, sebelum ini saya ada mencuba gunakan garam kasar dan kulit telur. Siput-siput babi yang besar telah lama mati disebabkan oleh garam kasar, tapi siput-siput kecil ini tetap membiak dengan banyaknya di bawah pasu-pasu saya.Selepas menggunakan racun siput barulah pokok-pokok saya dapat hidup dengan subur tanpa daun-daun yang rongak atau tak berdaun lansung.