Nak beli benih online?

Thursday, January 31, 2013

Mari memilih Anak pokok Anggur

Sekarang ini kalau melawat nurseri memang terasa kemeriahannya, di sana-sini penuh dengan pokok limau dan bunga-bunga hiasan yang comel-comel belaka.Nurseri kegemaran saya pun tak kurang hebatnya, hari-hari penuh pelanggan sampai saya nak mencelah pun susah. Jadi di kesempatan itu, saya pun pergi melawat nurseri-nurseri berdekatan untuk merasai kemeriahan di nurseri lain pula.

Kali ini saya singgah di nurseri seberabg jalan daripada nurseri kegemaran saya. Pokok-pokok dekat sini ada kelas sikit, jadi harganya pun banyak yang mahal-mahal. Saya sebenarnya pernah ke sini sebelum ini untuk membeli pokok mangga yang saya tanam di hadapan rumah saya. Pekerja di nurseri ini juga bertaraf antarabangsa, saya rasa pekerjanya orang Nepal, kalau tidak pun orang Vietnam.


Di nurseri ini saya terjumpa anak-anak anggur yang agak montel berbanding dengan nurseri kegemaran. Harganya walaupun lebih RM2 dari nurseri kegemaran tapi pokoknya kelihatan lebih sihat. Saya tanya kepada taukeh nurseri, warna apa anggurnya nanti, dia terdiam, bila saya kata hijau ke? Dia pun kata hijau la. Nampaknya taukeh-taukeh nurseri ini sama ada tak belajar bidang hortikultur atau pun tak fasih cakap Melayu. 

Lupa pula, kalau nak pilih anak pokok anggur pilihlah yang nampak sihat, yang paling penting tentulah harganya. Kalau beli yang mahal sangat pun tak guna juga kalau tak mau berbuah. Kalau yang murah, kalau tak berbuah pun tak ada la sakit hati sangat. Selalunya harga anak pokok yang belum berbuah jauh lebih murah 5 kali ganda daripada pokok yang sudah berbuah. 


Jangan lupa tengok daunnya, cari yang sihat bermaya. Dulu jiran saya jeles dekat pokok anggur saya sebab daunnya besar-besar, lebih besar daripada tapak tangan saya. Lain kali kalau ada masa dan kesempatan saya akan cuba-cuba ambil gambar pokok anggur jiran saya yang kelihatannya hidup segan mati tak mahu. ( Ha!Ha!Ha! Gelak jahat sikit). Opps! Lupa lagi nak bagitau, petang tadi saya tolong siramkan pokok durian dan nangka bonsai jiran saya (Ikhlas ni).


Tapi, yang paling penting, ini bukan saya yang cakap, ada orang lain cakap. Pilihlah batang pokok anggur yang bersaiz besar. Yang saya pilih ini tak adalah besar sangat tapi lebih besar daripada batang pensil. Dan antara pokok-pokok anggur yang ada dijual di nurseri seberang jalan tersebut, yang inilah mempunyai saiz batang pokok yang paling besar.

Kalau ikut tips yang saya ceritakan dahulu pada pos-pos yang berkaitan dengan anggur, dengan izinNYA akan berbuahlah ia.

Tips daripada saya ini bukanlah tips daripada pakar, minta maaflah kalau ada tersalah di sana-sini, ia cuma cerita-cerita daripada pengalaman saya yang tak seberapa. Tak ada niat lansung nak belagak kecuali dengan jiran saya sahaja. 
He! He! He! 



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, January 29, 2013

Tuaian hari Selasa

Lama betul rasanya bercuti lima hari.  Saya balik ke rumah mak abah saya, pagi-pagi lagi saya dah melawat kebun abah saya, tapi nampaknya tak ada tanaman baru, semuanya serai, serai dan serai. Abah saya kata dia dah malas nak tanam pokok lain sebab ada babi hutan  datang mengacau pokok-pokok yang di tanam. Pokok yang paling disukai mereka tentulah pokok ubi kayu. Habis semuanya diranapkan oleh mereka-mereka itu.


Sempena hari pertama bekerja, saya kutip daun kunyit dan daun sup untuk diagih-agihkan kepada rakan-rakan di opis. Lagipun pertumbuhan daun-daun ini dah terlalu banyak untuk kegunaan rumah saya.

Nampaknya daun-daun kunyit saya dah ada yang kekuningan, menunjukkan isi kunyit sudah mula matang. Saya juga ada kutip beberapa isi kunyit untuk buat masak asam rebus dan ayam kunyit. Ini dah nak masuk kali ketiga kunyit yang saya tanam mengeluarkan hasil dan kemudiannya hidup kembali untuk menghasilkan daun-daun kunyit yang baru. Saya sebenarnya lebih banyak menggunakan kunyit serbuk yang dibeli berbanding kunyit hidup. Tapi, daun kunyit memang merupakan kegemaran saya, terutamanya kalau di masukkan dalam rendang.

Pokok daun sup saya pula usianya dah setahun lebih tapi masih setia mengeluarkan daun-daun baru setiap kali di potong. Kalau tak potong pertumbuhannya terganggu. 

Lupa pula nak cerita, masa saya balik ke rumah mak abah saya, kebetulan pula abah saya jumpa cendawan busut, apalagi puaslah saya makan cendawan busut kegemaran saya. Selalunya kalau saya tak sempat balik bila cendawan busut di jumpai, mak saya akan masak cendawan tersebut dan simpan dalam bahagian beku petias. Bila saya balik, saya akan angkut cendawan tersebut balik ke rumah saya, panaskannya semula dan makan dengan nasi putih panas. 
Erm...nyum, nyum!

Thursday, January 24, 2013

Peluru Senjata Kayu

 

Pertama kali ternampak bunga ini di nurseri kegemaran terus saya teringat zaman kanak-kanak saya. Dulu pokok ini hidup liar di belukar berhampiran rumah lama mak abah saya. Senang sangat nak jumpa pokok ini dulu. Sekarang ini dah tak nampak bayang.


Saya tak tahu apa nama pokok ini, tapi masa kecik-kecik dulu saya dan sepupu-sepapat saya panggil pokok ini pokok peluru pistol. Bunganya yang berwarna jingga memang menarik perhatian, tapi ianya tidak berbau. Tapi bunga pada pokok ini bukan tarikan utamanya.


Ini dia yang kami cari-cari pada pokok menjalar dengan bunga jingga ini. Di dalam kelopaknya terdapat buah yang mempunyai tangkai runcing, Kalau saya ambil buah pokok ini dan keluarkannya tentulah taukeh nurseri marah. Tapi kalau siapa yang biasa dengan pokok ini mesti tahu rupa buahnya yang selalu dijadikan peluru pistol atau senapang kayu.

Buah pokok ini tak boleh dimakan, lagipun tak ada apa yang boleh dimakan pada buahnya yang keras berserat. Tak sangka pokok yang dulunya terbiar hidup di belukar, sekarang ini dah naik pangkat dan di jual di nurseri. Saya tak tanya pula berapa harganya sepasu. Mungkin pokok ini ada khasiatnya dalam perubatan tradisional.

Wednesday, January 23, 2013

Terbiodegradasikan

Itulah perkataan yang saya dapat bila saya 'google translate' kan perkataan 'BIODEGRADABLE'.


Ini pasu yang saya beli khas untuk bunga ros jepun yang saya gantung dan juga untuk lain-lain pokok yang saya gantung, contohnya strawberi.


Kenapa saya beli pasu-pasu ini. satu sebab harganya murah, dua sebab ianya ringan dan tiga untuk menjaga alam sekitar (yang ini saya tak pasti sangat).

Apa itu palstik biodegradasi? Kalau bahasa pasarnya, platik ini reput lebih cepat daripada plastik biasa. Berapa cepat reputnya? Bergantung kepada sumber penghasilannya. Dikatakan kebanyakan plastik biodegradasi  terbuat daripada tumbuhan, tapi ada juga yang terbuat daripada bahan asal pembuatan plastik. Apa bahan mentah untuk buat plastik konvensional? Cer teka? Ramai yang tahukan. Saya dah agak dah.

Di kawasan tempat tinggal mak abah saya ada kilang plastik, dari saya kecik lagi ia dah wujud. Bahan mentahnya adalah ubi kayu. Mesti kilang tu buat plastik biodegradasi. Tapi masa tu saya kecik lagi, mana nak tau apa-apa. Tak taulah sekarang ini kilangnya ada ke tidak lagi.

Saya rasa contoh plastik biodegradasi yang paling cepat reput adalah beg plastik yang disediakan oleh pasaraya seperti AEON dan Tesco, juga lain-lain pasaraya besar. Kalau simpan lama sikit, plastik ini akan jadi serbuk. Saya dah terkena.Tapi pasu di atas ni tak taulah berapa lama nak reputnya makan tahun jugak tapi taklah sampai beratus tahun macam plastik lain.

Pelik jugak, hari ini tiba-tiba teringin membebel pasal benda ilmiah sikit. Sebenarnya esok dah mula cuti panjang sampai Isnin, jadi mood pun baik sahaja. Membebel sikit-sikit apasalahnya sambil berkongsi ilmu.

Tuesday, January 22, 2013

Cili Import


Inilah pokok cili import, tapi bukan import dari luar negara, cuma import dari rumah mak abah saya sahaja.


Mak saya memang suka menanam cili padi, ada satu deret pasu pokok cili padi di bahagian tepi rumah dan mak saya sentiasa semai pokok yang baru agar tak putus bekalan cili padi.


Ini sebenarnya pokok cili padi kedua yang saya import dari rumah mak abah saya. Yang pertama dulu dah hampir mati kerana diserang bena putih. tapi akhir-akhir ini nampaknya ada tumbuh tunas-tunas baru daripada pokok yang hampir musnah tersebut, saya ingat dah tak ada harapan. Malam tadi baru sahaja saya ambil beberapa biji cili untuk ramuan dalam masakan saya.

Macamana caranya saya import pokok cili ini. Senang sahaja. Saya perhatikan dulu deretan pokok-pokok cili mak saya, selepas mengenalpasti pokok yang paling sihat dan mengeluarkan buah yang cantik, saya akan minta dengan mak saya. Mak saya gerenti akan kata boleh. Saya kemudiannya akan angkut pokok tersebut dengan pasunya sekali ke dalam kereta. Anak mithali betul saya inikan.

Saya lebih suka guna cili padi segar daripada beli di pasar, sebabnya di pasar seganlah nak beli sikit-sikit, nanti tukang jual jeling-jeling pulak. Kalau dah terbeli banyak pulak, yang diguna sikit sahaja. Yang di buang lebih banyak, jika tidak pun akan kering secara semulajadi dalam peti ais. Seperti yang saya bagitau sebelum ini saya kurang makan pedas, cuma sekali-sekala kalau teringin saya akan masak sendiri mengikut kepedasan pada tahap piawaian saya.

Monday, January 21, 2013

Biru atau Ungu

  Kalau tak silap saya daripada dua orang rakan blogger yang sudi meneka, satu pun tak kena.


Warna bunga Hyacinth tu adalah ungu kebiruan atau biru keunguan? Apa-apa pun bunganya memang sangat wangi.


Taukeh nurseri kata letakkan bunga ni dalam rumah untuk bagi rumah wangi.


Memang wangi pun, lebih wangi daripada bunga melur dan baunya ada iras-iras bau bunga melur.


Saya letakkan bunga ini dalam rumah setelah bunga-bunganya mula mekar.


Saya perhatikan yang bunga ini akan mekar selama seminggu, selepas seminggu dah nampak tanda-tanda nak kering. Agaknya saya lupa nak siram air kot. Sekarang saya letak bunga ini dekat singki dapur, supaya senang nak siram. Walaupun dah mula kering, baunya tetap harum mewangi.

Saturday, January 19, 2013

Pokok Bunga Hapa ke Namanya nih?



Namanya Hyacinth, mula-mula saya lupa nama bunganya. Masa dibeli pun main tunjuk-tunjuk saja. Kalau ditanya taukeh nurseri bukan pun tahu dia menyebutnya. Sudah selalu sangat saya tanya, semuanya dia tak tau, dia tahu jual sahaja.



Ada dua pokok/bawang sahaja yang dijual di nurseri pada hari saya membeli-belah di sana. Sekarang ini saya jadikan hari sabtu sebagai hari membeli-belah di nurseri sebab kalau membeli-belah dekat pasaraya pada hari sabtu tak disediakan beg palstik, leceh. Bukannya saya tak menyokong kempen kurangkan penggunaan plastik atau kempen kitar semula, tapi memang lecehlah terutamanya kalau lupa membawa beg sendiri.


Sebelum ini saya melawat nurseri pada hari Jumaat tapi terpaksa saya tukar hari lawatan kerana pada hari tersebut 'stok baru' sampai dari Cameron Highland dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya. Pada hari tersebut nurseri punyalah sibuk dengan pelanggan-pelanggan terutamanya peniaga pasar malam dan nurseri-nurseri kecil berhampiran yang membuat pengambilan stok di nurseri kegemaran saya. Agak sukar untuk saya mendapat perhatian daripada taukeh nurseri bila membuat pembelian yang kecil sahaja nilainya berbanding pelanggan yang lain itu. Lupa nak bagitau, kebelakangan ini saya tak nampak Kamal di nurseri, agaknya dah kena hantar balik negara kot.


Agak-agak kawan-kawan dan pembaca-pembaca sekalianlah, apa warna bunga yang akan mekar daripada kudup-kudup bunga itu ya.
Cer teka?

Thursday, January 17, 2013

Mari menuai Strawberi


Inilah hasl tuaian dariapada pokok yang saya ceritakan dahulu di SINI


Saya beli pokok yang sedang berbuah, bukannya daripada biji benih. Saya ingatkan pokok akan mati selepas semua buahnya dituai. Saya tak kisah sebab impian saya cuma nak memiliki pokok strawberi sendiri. Teringat betapa manisnya pengalaman memetik strawberi sendiri di Cameron Highland. Masa itu harga strawberi yang di petik sendiri cuma RM30. Selepas harganya meningkat ke RM40, saya jadi tak berminat mengutipnya sendiri, cukuplah kutip 2-3 peket yang di jual di sana. Tak taulah sekarang ini berapa harganya sekilo.


Sungguh tak saya sangka, pokok strawberi saya masih sihat di gantung pada penyidai baju di bahagian hadapan rumah saya. Malahan pokok tersebut telah mengeluarkan bunga-bunga baru. Harap-harapnya menjadi buah yang boleh dituai lagi pada masa akan datang. 



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, January 16, 2013

Bunga Manis


Bunga ini tentunya manis, sebab kalau diperhatikan ditengah-tengah bunga ada banyak semut (yang bintik-bintik hitam).


Gambar-gambar bunga labu/kundur (saya pun tak pasti) ini lokasinya di kebun abah saya. Bulan depan saya akan pastikan sama ada bunga ini akan jadi buah ke tidak.

Monday, January 14, 2013

Menyorok Rupanya dia!



Selalunya bila saya balik rumah mak abah saya, saya akan melawat dan memerhati pokok-pokok tanaman mak dan abah saya.

Banyak kali saya perhatikan pokok markisa ini berbunga, tapi bunganya semua luruh begitu sahaja.
Suatu petang saya terlihat buah ini menyorok di sebalikdaun-daun, saiznya sebesar bola tenis, jadi semasa ia masih kecil kami semua tak perasan akan kehadirannya.


Anak pokok markisa ini saya beli di Mardi CH, sekali dengan anak pokok anggur. Mulanya saya bercadang  hendak tanam pokok ini di rumah saya. Tapi memandangkan pokok ini menjalar juga seperti pokok anggur dan akan semakin menyemakkan kawasan rumah saya,  jadi saya suruh mak saya  sahajalah tanam.


Tampuk bunganya masih kelihatan, buah markisa yang pertama dan diharapkan bukan yang terakhir.



Nampaknya masih banyak bunga yang keluar dari pokok markisa ini yang bakal menjadi buah. Tak sabar nak tunggu buahnya masak.

Pokok markisa di rumah saya usianya lebih muda daripada pokok markisa di rumah mak abah saya. Bila pula nak berbuah agaknya.

Sunday, January 13, 2013

Semua Menjadi di Facebook


Walaupun agak lewat, tapi rasanya biar ada daripada tak ada. Hari ini saya telah mendaftarkan Semua Menjadi di Facebook.

Meh pakat ramai-ramai jadi kawan saya di FB.

Friday, January 11, 2013

Anak Tenggek Burung

Saya memang minat sangat makan ulam-ulaman. Semasa saya bekerja di Johor dulu senang sangat nak mencari ulaman di pasar setiap pagi. Tapi di tempat tinggal saya sekarang ini agak sukar mencarinya, kalau ada pun cuma di pasar malam tertentu.

Salah satu ulaman yang saya suka adalah ulam tenggek burung ataupun ada yang memanggilnya ulam cabang tiga. Saya sukakan rasanya yang lemak-lemak dan baunya yang tersendiri.

Di kawasan rumah baru mak abah saya banyak terdapat pokok tenggek burung ini, tapi mak dengan abah saya tak berminat dengannnya. Saya dah cuba pelbagai cara untuk menanam pokok tenggek burung ini di rumah saya tapi gagal.

Akhirnya saya minta bantuan abah saya untuk mencari anak pokok ini. Abah saya pun berusaha mencari anak pokok ini di kebunnya dan satu lagi batang pokok yang telah mengeluarkan tumas dan akar untuk memenuhi permintaan  saya.


Dalam pasu kecil hitam itu saya bawa pulang anak pokok tenggek burung.


Cuma satu sahaja yang kekal hidup hingga sekarang. Batang pokok yang sudah bertunas tersebut akhirnya kering  dan layu begitu sahaja.

 Rezeki yang ini pun saya sudah cukup bersyukur. Saya harap pokok ini membesar dengan sihat dan saya boleh ambil daun mudanya bila-bila masa saya suka. Jadi saya tak payah buang masa dan wang di pasar malam hanya untuk membeli seikat ulam tenggek burung yang saya gemari.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, January 10, 2013

Tuaian Pagi Khamis


Tuaian hari ini sikit sahaja. Ianya khas untuk saya gunakan dalam sejenis masakan.


Dari kiri saya perkenalkan (walaupun semua orang dah kenal), dua batang daun sup, cili api kecik tapi tak berapa pedas dan kegemaran saya si cili hijau kerinting.

Dah lama saya tak letak resepikan. Kali ini saya nak letak resepi Masak Kicap Cara smRose.

Bahan-bahannya:
  1. 1/2 ekor ayam saiz sederhana dipotong 8 (ikut suka)- daging lembu pun boleh
  2. Kicap lemak masin secukupnya
  3. Sos tiram 1 sudu besar
  4. Halia 1cm (hiris)
  5. Bawang Besar sebiji (hiris)
  6. Bawang putih 2 ulas (hiris)
  7. Lada hitam 1 sudu besar (tumbuk-saya suka lebihkan)
  8. Cili Api 7 biji (ikut suka)
  9. Cili Hijau 7 biji
  10. Daun sup
  11. Minyak untuk menumis dan garam

Caranya:


  1. Tumis halia, bawang besar, bawang putih dan cili padi yg dipotong 2.
  2.  Kemudian masukkan ayam (boleh juga di goreng dulu).
  3. Setelah itu masukkan sos tiram dan kicap.
  4. Kalau nak kuah lebih boleh masukkan air.
  5. Setelah ayam empuk, masukkan serbuk lada hitam dan gaul rata.
  6. Kemudian masukkan cili hijau yang dipotong.
  7. Kacau sebentar, setelah masak, hidangkan dan akhir sekali tabur daun sup yang di potong kasar.
  8. Sedia di makan dengan nasi putih panas masak dalam microwave.

Wednesday, January 9, 2013

Janggut Ali bukan Tongkat Ali

Mak saya kata nama tumbuhan ini adalah Janggut Ali, agaknya sebab rupanya macam janggut tapi warnanya hijau kekelabuan, lebih kepada warna lumut.


Yang ini saya beli di nurseri, ada juga yang saya ambil dari mak saya tapi warnanya kelabu macam pokok mati.


Tumbuhan ini tak perlukan tanah sebagai medium pertumbuhan.


Kalau tak silap saya ia menyerap nutrien dari udara di sekelilingnya.


 Tumbuhan ini kadang-kadang saya sangkutkan pada pokok mangga saya dan kadang-kadang juga saya sangkut pada penyidai baju. Saya bercadang bak beli lagi tumbuhan ini buat penyeri laman.




Monday, January 7, 2013

Bekenan tapi....


Bunga-bunga ini memang cantik pada pandangan mata saya tapi malangnya usianya takkan lama.


 Setelah berbunga sekali, ia akan terus mati macam bunga kuning yang saya beli sebelum ini.



Apa yang boleh saya buat cuma ambil gambar dan jadikan kenangan, lokasi tentunya nurseri kegemaran.


Saya rasa nurseri kegemaran dah tak boleh dijadikan kegemaran lagi atas beberapa sebab. Sebab pertama, taukeh asyik memantau pegerakan saya dalam nurseri tapi saya rasa saya tak pernah ambil apa-apa barang percuma kecuali gambar, yang lain semua saya bayar. Atau mungkin si Kamal bagi saya diskaun banyak sangat sampai taukeh tak dapat untung.

Sebab kedua, banyak lagi nurseri lain kat kawasan saya, jadi saya mesti mengagih-agihkan duit saya secara adil dekat nurseri-nurseri lain juga. Kesian diorang. Sebenarnya saya ada juga perasaan menyampah bila si Kamal mengada lebih-lebih. Hehehe...geli mak!

Friday, January 4, 2013

Cili nan Sebiji


Inilah satu-satunya cili yang di hasilkan oleh sepokok cili yang saya tanam daripada biji benih yang berasal dari cili yang saya potong di dapur.

Tiada buah yang lain lagi. Dan selama saya menanam cili besar, saya tak merasa makan cili merah yang betul-betul merah keseluruhannya. Selalunya saya cuma menuai cili hijau.

Bertuah sungguh saya kali ini!

Thursday, January 3, 2013

Bunga Jingga si Delima

 Walaupun pokok delima depan rumah saya ini mula mengeluarkan bunganya yang pertama kira-kira tiga bulan lepas seperti yang saya ceritakan di SINI.

Buah delimanya tak muncul-muncul juga. 

Pokok delima ini rajin sangat berbunga tapi hampa, tiada buah yang menjadi. Semua bunga yang ada gugur ke bumi tanpa sempat menjadi buah, mungkin juga kerana musim hujan memudahkan lagi bunga-bunga delima saya gugur. Lagi pun kedudukan pokok ni beerdekatan dengan cucur atap rumah saya, tempat tumpuan air hujan mencurah turun, agaknya itulah sebab musabab buahnya tak menjadi.


Tapi, akhirnya penantian saya tak sia-sia.  Pokok delima saya telahpun menghasilkan buahnya yang pertama dan kedua. Namun bunga-bunga delima yang berwarna jingga kelihatan banyak di dahan-dahannya, berkemungkinan ada buah yang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.


Ini dia buah delima yang pertama, saiznya dah sebesar penumbuk bayi.Daun yang kelihatan di sebelah itu adalah daun mangga saya yang tak berbuah lagi, lama dah saya tunggu, rasanya dah setahun lebih usianya.


Sebenarnya kedudukan buah delima ini agak tinggi, jadi saya terpaksa tarik dahannya untuk diambil gambarnya. Inilah rupa buah delima saya bila di lihat dr bawah pokok. Tak tau lah apa kata jiran-jiran saya bila tengok saya sibuk sana-sini menangkap gambar tanaman dengan memakai baju kerja. Harap-harap diorang tak baca blog saya. Nanti kecik hati pula.

Saya doakan buah delima saya ini sempat membesar dan masak di pokoknya dan rasanya manis seperti yang diinginkan selama ini. Amin.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Kebun Abah Anggur Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik jualan17 mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...