Itulah perkataan yang saya dapat bila saya 'google translate' kan perkataan 'BIODEGRADABLE'.
Ini pasu yang saya beli khas untuk bunga ros jepun yang saya gantung dan juga untuk lain-lain pokok yang saya gantung, contohnya strawberi.
Kenapa saya beli pasu-pasu ini. satu sebab harganya murah, dua sebab ianya ringan dan tiga untuk menjaga alam sekitar (yang ini saya tak pasti sangat).
Apa itu palstik biodegradasi? Kalau bahasa pasarnya, platik ini reput lebih cepat daripada plastik biasa. Berapa cepat reputnya? Bergantung kepada sumber penghasilannya. Dikatakan kebanyakan plastik biodegradasi terbuat daripada tumbuhan, tapi ada juga yang terbuat daripada bahan asal pembuatan plastik. Apa bahan mentah untuk buat plastik konvensional? Cer teka? Ramai yang tahukan. Saya dah agak dah.
Di kawasan tempat tinggal mak abah saya ada kilang plastik, dari saya kecik lagi ia dah wujud. Bahan mentahnya adalah ubi kayu. Mesti kilang tu buat plastik biodegradasi. Tapi masa tu saya kecik lagi, mana nak tau apa-apa. Tak taulah sekarang ini kilangnya ada ke tidak lagi.
Saya rasa contoh plastik biodegradasi yang paling cepat reput adalah beg plastik yang disediakan oleh pasaraya seperti AEON dan Tesco, juga lain-lain pasaraya besar. Kalau simpan lama sikit, plastik ini akan jadi serbuk. Saya dah terkena.Tapi pasu di atas ni tak taulah berapa lama nak reputnya makan tahun jugak tapi taklah sampai beratus tahun macam plastik lain.
Pelik jugak, hari ini tiba-tiba teringin membebel pasal benda ilmiah sikit. Sebenarnya esok dah mula cuti panjang sampai Isnin, jadi mood pun baik sahaja. Membebel sikit-sikit apasalahnya sambil berkongsi ilmu.
Saya suka benda2 ilmiah macam ni :)
ReplyDeletesy kenkadang suka
Deletehehe.....membebel ttg ilmiah apa salahnya sekali sekala.....saya ada beli pasu macam tu,rege mahal juga pada saya. beli kat giant...kalo beli kat nurseri mungkin murah lagi kut.
ReplyDeletemurah jer RM1.80-RM2.00 jer satu
Deleteye ke...ni yang nak tanya beli kat mana ni......kat nurseri feberet tu jugak ke?....x leh jadi ni.....nk g la.
DeleteRasanya pasu ni mmg murah. Kat mydin pun lingkungan tu juga.
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteBaru Mak Aji tahu ada pasu yang terbiodegradasikan! Lain kali nak cari yang macam ni jugak kalau ada.