Nak beli benih online?

Sunday, October 28, 2012

Daun Kunyit

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36


Saya tanam pokok kunyit saya di dalam pasu di bahagian belakang rumah saya.  Dulu belakang rumah saya ini tak ada orang tinggal, baru-baru ini ada pula orang pindah masuk. Mula-mula dia pindah dulu, runsing juga saya. Hari-hari menjerit marah anaknya. 

Asalnya mak saya yang semaikan kunyit ini, kemudian saya pindahkan ke pasu. Ini adalah pusingan kedua bagi pokok kunyit ini, pokok yang sebelum ini dah layu, maknanya kunyit dalam tanah dah matang, tapi saya tak ambil. Saya biarkan hidup semula sebab saya suka daun kunyit. Kalau setakat goreng ikan, saya guna kunyit serbuk sahaja.


Pokok kunyit ini membesar dua kali ganda daripada pokok asalnya. Saya suka masukkan daun kunyit banyak-banyak dalam rendang. Kalau masak ikan herba pun saya suka letak banyak daun kunyit berbanding daun lain.

Selain daripada pokok ini, saya juga ada tanam pokok kunyit dalam pasu gantung (nampak sikit pasu gantung dalam gambar ini). Tapi pokoknya kecil-kecil sebab saya tanam dari benih kunyit kecil-kecil yang di beli di Tesco (last stock). Mungkin yang dalam pasu gantung ini, saya akan tuai isi kunyit. Bila? Tunggu sampai daun-daunnya dah tak tumbuh lagi dan mula layu.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

11 comments:

  1. tanam gak kunyit dulu..sampai 2, 3 tempat..pokok & daun besau2..namun kerana malas nak tuai isi, nak tumbuh ms guna akhirnya pokok2 kecundang..hehe..ingat daun nak tark dlm rendang namun tak kesampaian..tp kunyit hidup cepat subur dlm musim hjan kan..perasan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul la tu, adik beradik kunyit cam halia ngan cekur pun bertambah-tambah sihatnya

      Delete
  2. dulu saya tanam dalam pasu,, jd cantik sgt daun dia,,, tp sejak pindah rumah,, lepastu pindahkan ke tanah,,, kene serang dek beluncas,, sakit hati sgt bila tgk daun jd kuning pastu siap berlubang2,,, hu,,hu ,, lepas nie,, nak tanam balik dlm pasulah,,, jelous tgk gambar ats,, daun debab debab,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok kunyit sy yg dlm pasu gantung pun berlubang2, angkara si belalang yg byk sejak hujan ni

      Delete
  3. assalamualaikum...
    subur nampaknya daun kunyit tu.. besar.. mmg berbaloi tanam pokok kunyit, walaupun hanya sepasu... sbb daun kunyit kalau wat2 masak lemak ke nak pakainye cuma 1 helai je kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kalau nk letak byk pun apasalahnya...hehehe

      Delete
  4. Salam smRose,

    Mak Aji pun baru alih dari tanah ke pasu sebab kawasan tanah tu kurang subur, kat pasu senang sikit nak kawal. Mak Aji suka bunga kunyit dibuat ulam, memang sedap makan ngan sambal atau cicah budu!

    ReplyDelete
  5. salam, nak tanya macamana nak matikan pokok kayu yg besar, pokok yang tumbuh liar (bukan yg ditanam Majlis Perbandaran). sebab pokok dah tinggi dan berhampiran pula dengan rumah. Musim angin jadi tak lena tidor. Ada panduan? Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya (tak jamin menjadik yer...hehehe), yg biasa abah sy buat, memula ditakik kulit pokok sekeliling pokok (ukuran tinggi lilitan lebih kuran 25cm). Kemudian sapu racun yg agak kuat pada bahagian pokokkyg dah terdedah tu. Tunggu dan pokok akan mati2 perlahan2.

      Delete
  6. saya pun suka letak hirisan daun kunyit banyak2 dalam rendang.. ;)

    ReplyDelete
  7. Bestnya tengok pokok kunyit nie.. jeles ai,
    esok baru nak cari kunyit, nak tanam ni...
    Malam ni buat assignment cara tanam ..ehehe

    ReplyDelete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Kebun Abah Anggur Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik jualan17 mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...