Biasakan tengok pokok ini. Ada juga yang panggil pokok ini mengkudu Jepun, ada ke pun pokok mengkudu kat Jepun saya pun tak tau. Pokok ini banyak di tanam di taman-taman, tepi lebuhraya dan di kawasan opis saya pun ada ditanam pokok ini sebagai penghias lanskap.
Saya diberitahu oleh seseorang yang maknya cakap daun pokok mengkudu siam ini boleh di masak dan dimakan sebagai sayur, katanya lagi, paling sedap kalau di masak lemak. Saya pun dengan semangat berkobar-kobar terus berazam untuk menanam pokok ini. Tapi dekat mana nak ambil batangnya untuk ditanam? Nak ambil dekat kawasan opis segan pula, nanti pakcik jaga nampak, apa pula katanya. Disebabkan tak mau dipandang serong, saya pun bersabar menanti hari untuk menanam pokok mengkudu siam ini. Kadang-kadang bila lalu di sebelah pokok ini teringin rasanya tangan saya memetik pucuk-pucuknya yang berwarna hijau muda itu. Macamanalah rasanya ya.
Akhirnya saya jumpa pokok ini di nurseri kegemaran saya. Apalagi saya pun terus panggil si Kamal dan suruh dia hantar ke kereta saya. Saya pun bawa balik dan alihkan ke pasu yang lebih besar sebab pokok ini boleh tumbuh tinggi dan rendang.Baru-baru ini mak saya ada datang melawat ke rumah saya, mak saya pun minta keratan batang pokok mengkudu siam ini untuk di tanam disebabkan promosi saya tentang masak lemak daun ini. Tapi yang anehnya, sampai hari ini pun sebenarnya, saya belum pernah lagi masak lemak daun mengkudu siam. Ini semuanya kerana saya sayang nak petik daunnya yang kelihatan lembut dan hijau tu.
assalamualaikum...
ReplyDeletememang pokok mengkudu siam ni banyak tepi2 jalan tu... dulu masa kecik, ada sorang mak cik citer kat saya.. mmg daunnye leh makan.. Pucuknye lah.. so petik2 wat sayur masak asam pedas... mak saya cakap sedap.. saya tak pasti sbb time kecik2 saya tak suka makan sayo.. heheheh
waalaikumsalam,
Deleteooo, bole masak pedas, kene cuba masak gak ni
di manakah nursery kegemaran smrose itu?
ReplyDeletedekat dengan rumah sy le....hehehe, anyway tqvm kerana sudi melawat blog sy
ReplyDeleteSalam, baru jumpe blog ni....saya rebos dan cicah dgn sambal asam jawa....adoyaiii...kalau setakat celor je rasa dia pahit kelat gitu...
ReplyDelete