Selain dari tanam salad di dalam bekas hidroponik, saya juga ada menanam kailan.
Sebenarnya saya tanam kailan lebih banyak daripada daun salad, ada lapan lubang sahaja pun dekat bekas hidroponik, 3 lubang untuk salad dan 5 lubang untuk kailan.
Sebenarnya saya tanam kailan lebih banyak daripada daun salad, ada lapan lubang sahaja pun dekat bekas hidroponik, 3 lubang untuk salad dan 5 lubang untuk kailan.
Kalau ikut buku panduan set hidroponik, empat minggu bolehlah tuai kailan yang di tanam, tapi kita sekadar merancang, tuhan yang tentukan segalanya.
Kailan saya lambat sangat pembesarannya. Mungkin kurang cahaya matahari dan mungkin juga kurang medium penyerap nutrien. Kira nasib baik jugalah mahu juga ia hidup.
Kailan saya lambat sangat pembesarannya. Mungkin kurang cahaya matahari dan mungkin juga kurang medium penyerap nutrien. Kira nasib baik jugalah mahu juga ia hidup.
Dalam bekas hidroponik ada di letakkan seekor ikan laga untuk jadi pemakan jentik-jentik.
Malangnya ikan tersebut mati, mungkin kerana tak cukup makan sebab tak ada nyamuk yang bertelur dalam bekas hidroponik ini.
Malangnya ikan tersebut mati, mungkin kerana tak cukup makan sebab tak ada nyamuk yang bertelur dalam bekas hidroponik ini.
Daun kailan saya ini agak bulat bentuknya, tak sama macam dibeli dekat pasar yang lebih panjang dan besar daunnya. Lagi satu bezanya tak ada racun serangga yang disembur pada pokok kailan saya.
Setahu saya sayur kailan ini perlukan racun serangga yang kuat dan banyak sebab daun ini merupakan kegemaran serangga perosak.
Setahu saya sayur kailan ini perlukan racun serangga yang kuat dan banyak sebab daun ini merupakan kegemaran serangga perosak.
rose ade prbom ker ngan blogger stat nie..cuba check awak nyer stat... takkan 1 pageview kot..? sy nnyer pun dah habis gakkk...
ReplyDeletesama la,saya pun kene jugak.....mungkin derang ada masalah kut.
Deletehehehe...btui la, ader prob. kot, rasanya baik la nanti tu
ReplyDeleteRose beli hidroponik ni kat mana??...macam best je....so far,sepanjang rose tanam hidro dan di tanah...mana lagi senang nak well manage dan lagi best..nk tahu pendapat rose. :)
ReplyDeletesy beli set ni masa dekat N9 tapi rasanya penjualnya org Melaka, tanam hidroponik mmg senang 3T, tanam, tinggal dan tuai. Tapi rasa sayurnya berbeza dgn yg tanam kat tanah, yg tanam kt tanah lg sedap.
ReplyDeleteTanam sendiri lagi sedap dan selamat :). Memang serangga perosok suka sangat kailan. Saya dah berapa kali masak nampak caterpillar terapung walaupun dah cuci betul-betul daun sayur. Sama hijau tak perasan.
ReplyDeletehehehe...nasib baik tak terapung dalam sup ker, kuah ker..
ReplyDeletecantik daun ni..akaknye daun dah kena huhuh 4 ekor kucing..dah la bp tgh naik..menjerit akak tengok huhuh depa tu... 4 ekor so 4 - 6 kali nak kena buang..Ya Allah macam2 fesyen keras, macam cirit pun ado.. cara hidrofonik ni lagi selamat kut dari gangguan kucing2 tu..
ReplyDeleteKami di kolej ada buat perbincangan mengenai hal nie baru2 nie...
ReplyDeletesayangnya saya baca tulisan awak nie agak lewat... kalau tak
saya dah masukkan idea awak dalam presentation kami.. tahniah atas
post yg menarik nie..
My blog Summer