Nak beli benih online?

  • - Daun Bidara Kering 10g RM1 Boleh pesan sekali dengan biji benih atau produk lain Kos Poslaju RM8 utk Semenanjung WhatsApp 0174559536 Khasiat daun bidara, ...
    2 weeks ago

Sunday, April 30, 2017

TAWARAN HEBAT APRIL 2017


Sila WhatsApp 017 4559536 utk memesan
*RM1.50 satu pek untuk pesanan minima 10 pek
*RM2 satu pek untuk pesanan di bawah 10 pek
Kos poslaju RM7 untuk Semenanjung dan RM11 untuk Sabah dan Sarawak

Senarai Benih 
 
  1. F1 Honey Dew Melon (5 biji)
  2. F1 Tembikai Kuning (5 biji)
  3. F1 Labu Manis Orangeman (5 biji)
  4. F1 Labu Manis Raja Emas (5 biji)
  5. F1 Labu Manis Cinderella (5 biji)
  6. F1 Labu Manis Fajar (5 biji)
  7. F1 Labu Manis Lantern (5 biji)
  8. F1 Petola Segi Royal Black (5 biji)
  9. Culantro (ketumbar jawa) Vietnam
  10. Leaf Fennel Vietnam
  11. Marjoram Vietnam
  12. Peria Vietnam (10 biji) 
  13. Perilla Vietnam
  14. Sprouting Radish Vietnam
  15. Terung Putih Kecil Vietnam
  16. Terung Putih Besar Vietnam
  17. Timun Betik Vietnam
  18. Yellow Hot Chilli (6 biji) Vietnam
  19. Betik Kuning (3 biji) Vietnam
  20. Betik Merah (3 biji) Vietnam
  21. Asparagus (10 biji)
  22. Bayam Hijau Daun Bulat
  23. Bayam Hijau Daun Panjang 
  24. Bayam Malabar Hijau 
  25. Bayam Merah 
  26. Bayam Ungu Merah
  27. Bayam Jepun 
  28. Bendi (10 biji)
  29. Bendi Merah
  30. Beetrot 
  31. Brokoli (10 biji)
  32. Carrot 
  33. Capsicum Small California Wonders
  34. Cili Api 
  35. Cili Besar YongPeng (Cili besar pedas)
  36. Cili Besar Ipoh
  37. Cili Jambak (6 biji)
  38. Cili Kulai
  39. Cili Pelangi (6 biji)
  40. Cili Solok (10 biji)
  41. Daun Sup 
  42. Daun Bawang
  43. Green Zucchini (5 biji)
  44. Golden Zucchini (5 biji)
  45. Jagung Manis (10 biji)
  46. Jagung Mutiara (10 biji)
  47. Kacang Botor (10 biji)
  48. Kacang Buncis (10 biji)
  49. Kacang Panjang (10 biji)
  50. Kacang Panjang Ungu (10 biji)
  51. Kailan
  52. Kailan Jepun
  53. Kailan HongKong
  54. Kangkung 
  55. Ketumbar 
  56. Kobis Bulat
  57. Kobis Cina 
  58. Kobis Taiwan
  59. Kobis Bunga
  60. Kobis Ungu/Merah
  61. Kucai 
  62. Kundur (5 biji)
  63. Labu Air (5 biji)
  64. Labu Manis (10 biji)
  65. Lada Pahit(10 biji)
  66. Lobak Putih 
  67. Leek
  68. Maman
  69. Nona
  70. Pak Choy 
  71. Pak Choy Putih
  72. Parsley
  73. Peria Kecil (10 biji)
  74. Petola Bantal (10 biji)
  75. Petola Ular (5 biji)
  76. Roselle (10 biji)
  77. Salad Bulat 
  78. Salad Butterhead
  79. Salad Hijau
  80. Salad Hugo King
  81. Salad Green Star
  82. Salad Manis
  83. Salad Merah Fire Red
  84. Salad Tongsan
  85. Sawi Bunga 
  86. Sawi Bunga Wang Bujang 
  87. Sawi Kerinting
  88. Sawi Pahit
  89. Sawi Putih Green Jade
  90. Sawi Curly Dwarf 
  91. Sawi Hijau 
  92. Sawi Susu/Nai Pak
  93. Sawi Tatsoi
  94. Selasih 
  95. Sengkuang (5 biji)
  96. Sunflower (10 biji)
  97. Sun Melon (10 biji)
  98. Tembikai Merah (5 biji)
  99. Terung Bulat 
  100. Terung Bulat Hijau
  101. Terung Mini
  102. Terung Panjang
  103. Timun (10 biji)
  104. Timun Betik (10 biji)
  105. Timun Jepun (5 biji)
  106. Timun Kuning (10 biji)
  107. Timun Ulam (5 biji)
  108. Tomato Baccarat (10 biji)
  109. Tomato Ceri Full House
  110. Tomato Ruby Star
  111. Ulam Raja (20 benih)
  112. Perilla (30 biji)
  113. Sorghum (10 biji)
  114. Swiss Chard (10 biji)
  115. Bunga Telang Berlapis
  116. Bunga Balung Ayam

SENARAI POKOK (kos poslaju RM10)
Pokok Mulberi - RM12
Pokok Ulam Tenggek Burung/Cabang Tiga-RM12
Pokok Belalai Gajah-RM12
Pokok Anggur-RM15
Pokok Tin-RM80
Pokok Anggur Brazil/Jabuticaba-RM80

KERATAN BATANG
Mulberi 5 btg RM10
Pucuk Manis 3 btg RM5
Sambung Nyawa 3 btg RM5
Puding Belacan 3 btg RM5

Belalai Gajah 3 btg RM5
Bunga Kesidang 3 btg RM5

SENARAI PRODUK & PENJAGAAN TANAMAN
IVmist 12ml - RM25
Bunga Telang Kering/Bunga nasi kerabu - RM5 sepek (~100 kuntum)
Baja Kopi Organik 1kg - RM8, 2kg RM26 termasuk pos Domestik
Neem Oil 60ml - RM8

B1 Rooting Hormone 60ml - RM8
Baja AB (Satu Set 2 botol 60ml) - RM5
Baja Organik FISH MEAL (Satu Set 2 botol 60ml) - RM10
Baja Merahitam (100g) - RM2

Baja Subur 80g - RM3
Perlite 250g - RM5
Peatmoss 500g - RM3
Ubat Siput - RM3
Ubat Semut -RM3
Ubat Kulat - RM3
Serbuk Penggalak Akar - RM3

SILA WS 017 4559536 utk memesan

Monday, April 17, 2017

Daun Bidara Kering


 


Daun Bidara Kering 10g RM1
Boleh pesan sekali dengan biji benih atau produk lain
Kos Poslaju RM8 utk Semenanjung
WhatsApp 0174559536
 Kegunaan daun bidara yang saya kopipes dr link ini http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/12/khasiat-bidara.html
 
Kegunaan:
 
 1) Mandi Jenazah Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara.
Penggunaan daun bidara bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah Nabi s.a.w. sendiri. Ummu ‘Athiyyah Rodhiyallohu ‘Anha berkata, “Nabi Shollallohu Alaihi Wa sallam pernah menemui kami sedangkan kami kala itu tengah memandikan puterinya (Zainab), lalu Beliau bersabda: ‘Mandikanlah dia tiga, lima, (atau tujuh) kali, atau lebih dari itu.
Jika kalian memandang perlu, maka pergunakan air dan daun bidara. (Ummu ‘Athiyyah berkata, ‘Dengan ganjil?’ Beliau bersabda, ‘Ya.’) dan buatlah di akhir mandinya itu tumbuhan kafur atau sedikit darinya.” (H.R. al Bukhori 3/99-104, Muslim 3/47-48, Abu Dawud 2/60-61, an Nasa-i 1/266-267, at Tirmidzi 2/130-131, Ibnu Majah 1/445, Ibnul Jarud 258-259, Ahmad 5/84-85, 4076-4078, Syaikh al Albani – Hukum dan Tata Cara Mengurus Jenazah hal 130-131).
 
2) Mandi Junub Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid.
Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anha bahawa Asma binti Syakal Radhiyallahu anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang mandi haidh, maka beliau bersabda (maksudnya): ‘Aisyah secara marfu’, “Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat Muslim no. 332 dari ‘Aisyah)
 
3) Ruqyah Mengubati Gangguan Sihir Daun bidara tidak hanya dimanafaatkan untuk memandikan jenazah, orang yang baru memeluk agama Islam atau mandi junub, ia juga memiliki khasiat penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, di antaranya, cirit-birit, kencing manis dan malaria.
Selain itu daun bidara turut diguna dalam membantu dalam proses penyembuhan penyakit gangguan ghaib. Wahab bin Munabih seorang ulama menyarankan penggunaan tujuh helai daun bidara (daun pohon Sidr) hijau ditumbuk lumat di antara dua batu atau sejenisnya.
Kemudian dilarutkan kedalam air secukup untuk mandi sambil dibaca ayat Kursi, surat al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. (turut boleh dibacakan ayat-ayat al-Qur’an lainnya) kedalamnya. Lalu dipergunakan untuk mandi atau diminum. (lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)
Setelah membacakan ayat-ayat tersebut pada air yang sudah disiapkan, hendaklah di meminumnya sebanyak tiga kali, dan kemudian memandi dengan menggunakan sisa air tersebut. Dengan demikian, insya Allah penyakit (sihir) akan hilang. Dan jika perlu, hal itu boleh diulangi beberapa kali, sehingga penyakit (sihir) itu benar-benar sembuh. Pengubatan tersebut juga amat baik bagi para suami yang tidak dapat berhubung badan disebabkan sihir.
Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan, “Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.” Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.
 
Cara Melakukankan:
1. Ambil 7, 9, 11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
2. Tumbuk dan dilumatkan.
3. Letakkan daun bidara yang telah dilumat ke dalam sebuah bekas.
4. Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
5. Membaca al-Fatihah dan Selawat.
6. Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah bacaan surah al-Fatihah dan berdoa sebelum ‘Ameen’).
7. Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
8. Baki 2/3 digunakan untuk mandi.
 
Cara Mandi dengan Daun Bidara:
1. Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib. 2. Pesakit hendaklah mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
3. Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
4. Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.
 
Cara Dan Kaedah Penggunaan Daun Bidara :
(a). Ambil daun bidara pada bilangan ganjil, paling sedikit 7 helai daun, letak di penggilingan/lesung/cobek dan tumbuklah hingga lumat (dicampur sedikir air)
(b). Setelah lumat, campurkan dalam segelas air untuk diminum
(c). Atau dicampur dan digaul kedalam bekas/baldi air untuk dibuat mandi jangan lupa sebelum dibuat mandi atau minun bacakan dulu ayat-ayat ruqyah. Jika dibuat untuk mandi lebih afdhal air daun bidara ditakung dalam tub mandi agar pesakit dapat berendam didalamnya selama 10 minit atau jika tidak ada, maka pada bilasan pertama gunakan air daun bidara untuk di gosok-gosok ketubuh dan dibiarkan selama 5 minit lalu biilasan kedua menggunakan air biasa dan sabun mandi.
 
4) Daun Bidara Sebagai Makanan atau Minuman
Buah bidara yang dipetik segar amat sedap dimakan atau diperah untuk dijadi minuman penyegar atau dikeringkan untuk dijadikan jeruk atau manisan. Di Asia Tenggara, buah muda dipetik dan dimakan dengan mencecah garam.
Ada yang merebus untuk dijadikan sirap Di Indonesia, daun mudanya makan sebagai sayuran atau ulaman Di India, Pokok bidara merupakan salah satu dari beberapa jenis tumbuhan yang digunakan untuk memelihara serangga lak; ranting-ranting yang dibungkus dengan air liur serangga dipungut untuk diproses menjadi lackuer.
Kulit kayu dan buahnya menghasilkan bahan pewarna. Kayunya berwarna kemerahan, bertekstur halus, keras, dan tahan lama, dan digunakan sebagai kayu perhiasan, alat rumah tangga, dan alat-alat lain.
Buah, biji, daun, kulit kayu, dan akarnya berkhasiat ubat, terutama untuk membantu pencernaan dan sebagai penampal luka. Di Jawa, misalnya, kulit kayunya digunakan untuk menyembuhkan gangguan pencernaan, sedangkan di Malaysia serbuk kulit kayunya dimanafaatkan untuk ubat sakit perut.
 
PENGGUNAAN TRADISIONAL: AKAR
1) Akar Z. mauritiana adalah pahit, menyejukkan, melegakan kesakitan (Anodyne) dan tonik, kulitnya masam atau pahit pada rasa (astringent).
2) Menghalang dengan menyumbat atau seolah-olah dengan menyumbat sesatu (constipating) dan tonik, manakala
3) Daunnya pahit, menyejukkan, astringen, mampu membuang atau memusnahkan cacing parasit (anthelminthic), mengeluarkan peluh (diaphoretic) dan mencegah atau mengurangkan demam (antipyretic).
4) Sama ada dari dua otot besar dada (pectoral), Cenderung memeriksa pendarahan dengan kontrak atau tisu saluran darah (styptic), merangsangkan (aphrodisiac).
5) Memberikan kekuatan dan kecergasan (invigorating), membuang kekotoran dari (depurative), pembuka selera dan tonik.
6) Akar, kulit kayu, daun dan biji digunakan oleh masyarakat berlainan di Afrika untuk merawat gangguan gastrousus. Ciri-ciri astringen dari bahagian-bahagian ini menjadikan ia sesuai untuk rawatan cirit-birit, disentri dan ulser di dalam mulut.
7) Akar nya amat purgatives. Jus dari akar diberi dalam dos 2 sudu teh setiap hari sebagai ubat senak perut dan ulser peptik, di Nepal. Jus dari kulit adalah ubat untuk cirit-birit dan disenteri. Jus dari daun sebaliknya diberikan untuk gangguan hati dan cirit-birit.
8) Akar juga digunakan untuk merawat gangguan sistem saraf pusat dicirikan oleh kehilangan kesedaran dan sawan (epilepsi) dan bijinya dianggap sebagai sedatif. Akar bidara dipercayai dapat menggalak haid.
9) Di Nepal, jus akarnya diberi untuk gangguan haid.
10) Akar bidara diberi untuk merawat penyakit berjangkit seperti kusta dan sejenis batuk kering disebabkan dari bengkak kelenjar limfa (scrofula).
11) Pes dibuat dari akar digunakan untuk menampal bahagian sakit belakang yang menjejaskan bahagian lumbar; boleh disebabkan oleh ketegangan otot atau artritis atau kekurangan vaskular atau cakera intervertebralnya pecah (lumbago).
 
DAUN
1) Daun dgunakan untuk merawat gonorea dan kepialu di kalangan kanak-kanak. Cecair yang diperbuat dari perahan rendaman daun dalam air diguna untuk merawat luka dan ulser.
2) Daun dianggap boleh mengeluarkan peluh (diaphoretic) dan menghalang demam (antipyretic) dan digunakan untuk merawat demam. Mengunyah daun membantu menghentikan pendarahan gusi.
3) Jus dari daun dititis ke mata untuk merawat konjunktivitis.
4) Kayu kering digunakan untuk mengasap rambut sebagai langkah menghapuskan kutu.
 
BUAH
1) Buahnya manis, menyejukkan, mampu melegakan kesakitan (Anodyne), pencahar (purgative), mampu atau cenderung melekat; mempunyai sifat pelekat (mucilaginous).
2) Buahnya dianggap tonik, menyejukkan dan melegakan kesakitan (Anodyne); untuk mendapat kesan ini pulpa diberi untuk demam. BIJI 1) Biji digunakan untuk merawat sakit perut semasa mengandung.
2) Bijinya kuat dan tajam (acrid), manis, astringen, mendorong mental keletihan dan tonic.
3) Abu dari biji bakar dicampur dengan minyak kelapa, disapu pada bahagian parut terbakar untuk menghilangkan parut.
 
PENGGUNAAN SEBAGAI UBATAN:
• Buah digunakan sebagai tampalan ketempat luka dan ulser; digunakan dalam merawat penyakit paru-paru dan demam; dan dicampur dengan garam dan lada cili, yang diambil untuk indigestion (gangguan fungsi pencernaan dicirikan oleh ketidak selesaan, pedih ulu hati atau mual) dan biliousness (Kecemasan gastrik disebabkan dari gangguan ulu hati atau hempedu).
• Buah masak kering adalah baik sebagai julap ringan.
• Bijinya melalikan (sedative), kadang-kadang diambil bersama dadih (buttermilk) , untuk menghentikan loya, muntah, dan sakit perut semasa kehamilan. Ia mengelak cirit-birit, dan diguna sebagai tampalan pada luka.
• Biji dicampur minyak, diguna sebagai sapuan untuk sakit sendi (rheumatic).
• Daun digunakan sebagai bahan balutan ubatan. Ia membantu dalam masalah hati, asma dan demam. Digunakan bersama-sama dengan catechu (Ekstrak dari heartwood Acacia catechu digunakan untuk pencelupan dan samak dan memelihara jaring (fishnets) dan layar; dahulunya digunakan secara perubatan), ditadbir apabila astringen diperlukan, seperti pada luka.
• Kulit yang pahit direbus diambil untuk menghentikan cirit-birit dan disenteri (jangkitan usus yang ditandakan oleh cirit-birit yang teruk) dan melegakan gingivitis (Keradangan gusi). Pes yang dibuat dari kayu digunakan pada kudis.
• Akar amat julab (purgative). Rebusan akar diberikan sebagai menurunkan suhu panas badan (febrifuge), taenicide (ubat membunuh cacing pita), dan emmenagogue (ejen penggalak pelepasan haid), dan serbuk dari akar ditabur keatas tempat luka. Jus dari kulit akar dikatakan untuk mengurangkan gout dan sakit sendi. Dos Kuat dari kulit kayu atau akar boleh menjadi toksik. Rendaman bunga berfungsi sebagai losyen mata.
 
FUNGSI KEGUNAAN
Produk Pokok kayu bidara keras, kuat, bertekstur halus, tahan lasak, tahan lama, dan berwarna kemerahan. Ia digunakan untuk menegakkan telaga, dijadikan kaki katil, rangka perahu, peralatan pertanian, pembuatan peralatan dan lain-lain barangan pelarik-bertukar.
Dahan digunakan sebagai rangka kerja dalam pembinaan rumah dan kayu membuat arang yang baik dengan kandungan haba hampir 4.900 kkal per kg.
Di samping itu, spesies ini digunakan sebagai kayu api dalam banyak bidang. Di Afrika tropika, ranting-ranting dan dahan yang fleksibel diguna sebagai bahan cauan balutan, kekuda bumbung rumah dan sebagai kon untuk pengikat jerami pondok, dan dipintal bersama untuk membentuk dinding kandang berduri untuk mengurung ternakan.
Buah bidara boleh dimakan mentah atau di jerukan atau digunakan dalam minuman. Ia berkhasiat dan kaya dengan vitamin C.
Kedudukannya kedua dari jambu dan lebih tinggi daripada limau atau epal. Di India, buah-buah masak dimakan mentah atau dimasak dalam masakan dan buah-buah separuh masak dihalwakan melalui proses penjerukan, atau direndam dalam larutan garam. Buah masak juga disalai melalui proses pengeringan-matahari, dijadikan gula-gula, masam-manis, sebagai metega dan diserbukan sebagai persediaan diluar-musim. Ia mengandungi 20 hingga 30% gula, sehingga 2.5% protein dan 12.8% karbohidrat. Minuman yang menyegarkan dapat disediakan dengan merendam buah-buah di dalam air.
Makanan: Buah dimakan segar atau dikeringkan dan boleh dibuat secara masakan makanan bertepung, mentega, atau pes seperti cheese, digunakan sebagai perasa. Juga digunakan dalam membuat gula-gula dan jeruk.
Buahnya adalah sumber terbaik karotena, vitamin A dan C, dan minyak lemak. Di Indonesia, daun muda dimasak sebagai sayuran. Makanan Ternakan (Fodder): Di beberapa bahagian negeri India dan Afrika Utara, daun Z. mauritiana digunakan sebagai makanan ternakan berkhasiat untuk biri-biri, kambing, unta dan lembu. Analisis juzuk bahan kimia berdasarkan berat kering menunjukkan daun mengandungi 15.4% protein mentah, 15.8% serat mentah, 6.7% jumlah mineral dan 16.8% kanji.
Bahan api: Z. mauritiana menghasilkan kayu api yang sangat baik (sapwood mempunyai 4900 kcals / kg) dan arang yang baik. Dahan-dahan yang berjuntai kebawah mudah di cantas dijadikan kayu-api. Minyak lemak – asid methyl ester dari biji buah bidara (Z. Mauritiana) memenuhi semua keperluan biodiesel utama di Amerika Syarikat (ASTM D 6751-02, ASTM PS 121-99), Jerman (DIN V 51606) dan Kesatuan Eropah (EN 14214). Purata minyak mampu hasil adalah 4.95 kg minyak / pokok atau 1371 kg minyak / hektar, pokok bidara boleh ditanam dikawasan gersang atau separa gersang kerana ia adalah pokok rintangan kemarau.
Pemeliharaan lebah: Di India dan Queensland, bunga menyumbang sebagai sebahagian dari sumber penghasilan nectar untuk lebah kecil madu. Madu dari debunga ini berwarna cerah dan tidak terlalu istimewa. Tanin atau pencorak-warna (dyestuff): Batang, termasuk kulit akar, telah digunakan dalam penyamakan; apabila ditumbuk hancur di dalam air, ia menghasilkan pewarna coklat dan kelabu atau kemerahan.
Alkohol: Mentah, spirit yang memabukkan kadang-kadang disuling dari pulpa buah yang diperam.
Racun: Di Ethiopia Z. mauritiana digunakan untuk menjadi ikan hilang tumpuan.
Perubatan: Daun, buah dan kulit kayu digunakan secara perubatan. Akar ditumbuk dicampur air minuman dan diberikan kepada ayam ternakan yang dijangkiti cirit-birit dan kepada manusia kerana masalah cernaan.
 
Produk-produk lain: Di India, Z. mauritiana pokok pemakanan bagi serangga lac, Kerria lacca, yang ditemui pada daun dan dibuat bahan resin berwarna oren-merah. Resin yang dbersih menghasil kualiti shellak yang tinggi, yang digunakan dalam kerja-kerja seni halus me-lakuer dan untuk menghasilkan lilin pengedap dan varnis.
Daun turut dikumpul untuk diberi makan kepada ulat sutera tasar; sutera tasar, sangat berharga, ia adalah hanya satu-satu sutera yang diperbuat dan dieksploitasikan secara perdagangan di kawasan tropika. SEBATIAN FENOLIK DARI BUAH DAN KOMPOSISI MINYAK HABBATUS ZIZIPHUS MAURITIANA L.
Struktur dalaman benih jujube biasa
 
Bidara adalah buah tropika yang tumbuh dari spesies pokok, Ziziphus mauritiana Lamk. pericarp (Dinding matang dan pengubahsuaian pelbagai ovari tumbuhan) buah ini dimakan sama ada semasa segar atau kering manakala bijinya pada kebiasaannya dibuang sebagai sisa. Kajian kini dijalankan untuk menilai aktiviti antioksida dan kandungan fenolik dari buah ini, dan untuk menilai sama ada terdapat sebarang nilai fitokimia tambahan yang boleh diekstrak daripada sisa biji ini.
Bahagian buah yang boleh dimakan telah diekstrak dengan menggunakan metanol akueus 60% melalui sonication dan kemudian dianalisakan (assayed) untuk kandungan jumlah fenol, aktiviti antioksida, dan sebatian fenolik individu melalui HPLC-DAD. Minyak dari biji diekstrak dengan n-heksana telah dianalisakan untuk komposisi asid lemak, sterol (Mana-mana kumpulan alkohol steroid semulajadi yang berasal dari tumbuh-tumbuhan atau haiwan; ia adalah bahan berlilin tidak larut), dan kandungan tocopherols (vitamin larut lemak yang penting untuk pembiakan normal; antioksida terpenting yang meneutralkan radikal bebas dalam badan) melalui GC-MS. Quercetin 2-(3,4-dihydroxyphenyl)-3,5,7-trihydroxy-4H-chromen-4-one Jumlah kandungan fenolik buah segar adalah 12.8 mg / g sebagai setaraf asid Gallic, dengan aktiviti antioksida 0.5 μmol / g sebagai setaraf quercetin(Quercetin /ˈkwɜrsɨtɨn/, flavonol, adalah flavonoid asal-tumbuhan yang ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran, daun dan bijirin. Ia digunakan sebagai ramuan supplements, minuman atau makanan) melalui Folin-Ciocalteu dan cerakin DPPH masing-masing. asid Hydroxybenzoic, vanillin, ortho- and para-coumaric acid, epicatechin, quercetin, dan naringenin kebarangkalian pasti dengan memadankan masa pengekalan dan spektrum UV dengan piawai rujukan komersial. Analisa GC-MS dari ekstrak buah-buahan TMS menunjukkan kehadiran sebatian berikut: propanoic, hexanoic, heptanoic, octanoic, nonanoic, decanoic, dodecanoic, n-pentadecanoic, hexadecanoic, benzoic, dan asid trihydroxybenzoic. Di samping itu, D-fructose, galactofuranoside, asid gluconic, dan β-sitosterol juga telah dikesan. Dalam minyak biji bidara, asid lemak seperti, hexanoic, octanoic, 7-octadecenoic, 9,12-octadecendoic, eicosanoic, 11-eicosenoic, dan asid docosanoic dengan acid 7-octadecenoic, telah didapati untuk dijadikan 55% daripada jumlah asid lemak. Squalene, γ-tokoferol dan stigmasterol telah dikenal pasti sebagai juzuk kecil dalam pecahan Unsaponifiable dari minyak biji. Kajian terkini menunjukkan bahawa buah bidara adalah sumber terbaik fitokimia yang sihat. JUZUK KIMIA saponins I, II, III; jujube side A, B; p-coumarylates dari asid alphitolic; acid betulinic; leucocyanidin; mauritines A – F; amphibines A – F; frangufoline; leucopelargonidin; asid ceanothic; carotene; thiamine; riboflavin; niacin; vitamin C; asid citric acid; asid malic; asid oxalic; asid oleic; asid linoleic; protopine; berberine Buah Bidara - Buah segar Nilai khasiat per 100 g (3.5 oz) Tenaga 24.76 kJ (5.92 kcal) Karbohidrat 17 g - Gula 5.4-10.5 g - Sirat Diet 0.60 g Lemak 0.07 g Protein 0.8 g Air 81.6-83.0 g Thiamine (vit. B1) 0.02-0.024 mg (-2%) Riboflavin (vit. B2) 0.02-0.038 mg (-3%) Niacin (vit. B3) 0.7-0.873 mg (-5%) Kalsium 25.6 mg (3%) Besi 0.76-1.8 mg (-13%) Phosphorus 26.8 mg (4%) Peratusan adalah relative cadangan AS untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient database Data Pra-Klinikal Farmakologi Aktiviti antioksida Pengajian mendapati bahawa dengan pra-rawatan tikus dengan ekstrak akueus dari daun bidara dapat mengurangkan kesan toksik alkohol pada hati. Ini dipercayai disebabkan dari aktiviti antioksida yang hadir dalam daun seperti dibuktikan dengan pengurangan yang ketara keatas tahap ALT, AST, ALP dan TP dalam masa yang sama terdapat peningkatan pada catalase, glutation preoxidase, glutation reductase dan superoxide dismutase. Terdapat juga pengurangan perubahan morfologi pada hati seperti yang diperhatikan dalam pemeriksaan histopathological. Kesan ini dianggap menjadi kerana kehadiran tanin, saponin dan sebatian pheonlic di dalam ekstrak Pengajian juga mendapati bahawa buah bidara (Z. Mauritiana) turut mempunyai aktiviti antioksida disebabkan dengan kehadiran sebatian fenolik dan flavonoid. Aktiviti antidiabetic Ekstrak akuas dari daun Z. mauritiana didapati mempunyai aktiviti hipoglisemia (Darah yang luar biasa rendah disebabkan daripada insulin berlebihan) yang ketara apabila diberikan kepada tikus Wistar yang disebabkan kencing manis dengan beban glukosa dan diberi suntikan Alloxan. Kesannya setanding dengan glibenclamide. Ekstrak dari biji ini turut didapati mempunyai aktiviti hipoglisemia. Aktiviti antikanser Ekstrak biji dari bidara diuji terhadap pelbagai garis sel kanser (HL-60, Molt-4, HeLa dan garis sel normal HGF dan Ehrich ascites carcinoma), menunjukkan tanda perencatan percambahan sel HL-60. Terdapat induksi apoptosis (Sejenis sel mati di mana sel itu menggunakan jentera selular khusus untuk membunuh dirinya; mekanisme sel bunuh diri yang membolehkan metazoans untuk mengawal bilangan sel dan menghapuskan sel-sel yang mengancam kelangsungan hidup haiwan), peningkatan menonjol populasi GO dan pecambahan DNA pada sel HL-60. Rawatan keatas Ehrich Ascites carcinoma dengan pelbagai kepekatan ekstrak menunjukkan pengurangan dalam bilangan tumor dan ketumbuhan bilangan sel tumor dan kandungan hemoglobin yang lebih baik, kiraan RBC dan bermakna masa jangka hayat, perencatan tumor dan peratusan jangka hayat. Terdapat juga peningkatan pada status antioksida dalam haiwan dirawat ekstrak seperti yang dibuktikan melalui penurunan dalam tahap peroksidaan lipid dan peningkatan paras glutation, katalase dan superoxide dismutase. Aktiviti Immunomodulatory (Istilah Perubatan; Ditakrifkan Sebagai Rawatan "Penyakit Dengan Mendorong, Meningkatkan, Atau Menekan Suatu Gerak Balas Imun) Mishra et al mengkaji kesan immunomodulatory ekstrak biji bidara keatas kedua-dua tindak balas imun humoral dan sel-pengantara. Keputusan menunjukkan urutan tindak-balas sel-pengantara, tindakbalas humoral imun dan Th-1 pengantara cytokine IFN-gamma dan penurunan dalam Th-2 pengantara cytokine IL-4. kajian Penggunaan Ethnomedicinal, Aktiviti Farmakologi Dan Juzuk Fitokimia Bidara Ziziphus mauritiana (keluarga: Rhamnaceae) adalah buah tahan kemarau yang lasak, tumbuh liar atau ditanam. Ia berguna sebagai makanan, pemakanan, nutrien, perubatan, bahan binaan dan bahan api. Z. mauritiana mempunyai ciri-ciri perubatan besar, disebabkan dari kumpulan metabolit sekunder pelbagai seperti alkaloid, flavonoid, terpenoid, saponin, pektin, asid triterpenoic dan lipid. Jujubosides (Saponin) diasingkan daripada Ziziphus dilaporkan mempunyai haemolytic (Berhubungan dengan, melibatkan atau menyebabkan hemolisis), melalikan (sedative), melegakan keresahan (anxiolytic) dan sifat menghalang kemanisan. Manakala, alkaloid cyclopeptide didapati memiliki sedatif, antimikrob, hipoglisemik, antiplasmodial, anti-berjangkit, antidiabetic, diuretik, analgesik, anticonvulsant dan aktiviti anti-radang. Di sebalik fakta bahawa Z. mauritiana mempunyai ciri-ciri perubatan, ia sama ada tidak dianggap sebagai tumbuhan ubatan yang penting maupun tidak digunakan dalam kegunaan perubatan terapeutik aliran utama. Perbincangan ini menyediakan maklumat kajian mengenai kegunaan ethanopharmacological, aktiviti farmakologi dan juzuk fitokimia Z. mauritiana, dengan tujuan menarik tumpuan saintifik keatas tumbuhan ini yang tidak digunakan sepenuhnya sebagai tumbuhan ubatan, SARINGAN PHYTOKIMIA DARI METABOLITIES MENENGAH KULIT BIDARA (ZIZIPHUS MAURITIANA LAM.) PENGENALAN Bidang perubatan adalah spektrum yang luas di mana perbezaan dibentangkan seperti jurusan allopathic, ayurveda, Unani dan lain-lain rawatan. Kini, hampir 80% kira-kira penduduk mempercayai rawatan perubatan seperti Unani, Ayurveda atau ubat-ubatan tradisional lain, yang menyediakan rawatan daripada bahan-bahan tumbuhan semulajadi, yang tidak menunjuk apa-apa kesan sampingan keatas tubuh badan manusia [WHO; 1993]. Dengan itu, adalah benar-benar tumbuh-tumbuhan mempunyai peranan penting keatas jangka hayat dan kesihatan manusia. Metabolit primer dan sekunder menunjukkan peranan penting aktiviti metabolik tumbuhan yang mana ia menghasilkan pelbagai jenis tenaga dan produk berguna. Hasil produk tumbuhan digunakan oleh haiwan dan manusia sebagai sumber pemakanan. Perkembangan tumbuhan telah menjadi salah satu sumber termurah makann haiwan yang mempunyai protein mentah 14-25% [Abdu SB. et.al.; 2007, Simbaya J; 2002]. Dianggarkan akan terdapat kekurangan vitamin dan mineral dipadang-padang rumput haiwan ternakan [Keay RWJ; 1989]. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan perubatan ditemui di seluruh dunia, tetapi kegunaannya masih tidak diketahui oleh semua orang. Tumbuhan mempunyai dua jenis metabolit, salah satu darinya adalah primer manakala satu lagi menengah. Metabolit primer secara langsung terlibat dalam aktiviti tumbuhan, manakala sekunder tidak terlibat. Pokok bidara (Ziziphus) adalah diantara tumbuhan yang ditemui di seluruh dunia dan mempunyai aktiviti perubatan. Ziziphus mauritiana Lam. adalah diantara tumbuhan yang tumbuh di kawasan kering. Ia memiliki morfologi berubah yang berbeza dimana ia dibahagikan kepada spesies yang berbeza. Pada umumnya ia digunakan sebagai makanan haiwan ternakan seperti lembu, unta dan kambing untuk mendapat kuasa rintangan terhadap pelbagai jenis patogen [Morton J., 1987]. Ziziphus mauritiana Lam. dari keluarga Ziziphus dan kepada kerajaan; Magnoliophyta order; roasles, bahagian; Magnoliophyta, kelas; Magnoliopsida, keluarga; rhamnaceae, genus; Ziziphus, spesies; mauritiana. Ia adalah jenis pokok berkembang pesat yang hampir malar hijau, tetapi berdaun luruh semasa musim kering. Ketinggiannya boleh mencapai dari 30 cm diameter pada paras dada kepada 12 meter [Singh JP 1973]. Daun mauritiana Lam. telah juga digunakan dalam rawatan penyakit hati, asma dan demam [Morton; 1987]. Pelbagai jenis kandungan berharga seperti karbohidrat, kanji, protein, gula, mucilages dan vitamin terdapat dengan banyaknya dalam spesis ziziphus [Clifford SC Kertas Pencirian; 2002]. Buahnya berguna untuk merawat kulit melecur, hyperdipsia, muntah, sembelit, perut kembung, dispepsia, loya, kusta, dahaga, keletihan, pruritis, luka dan ulser. Bijinya juga berguna untuk rawatan encephalopathy, ophtalmopathy, batuk, dan asma, melecur akibat api, cirit-birit, muntah-muntah, melegakan kelesuan am dan insomnia. Kulit pokok Ziziphus mauritiana Lam. berguna untuk disentri, cirit-birit, gingivitis, bisul dan ulser [LD Kapoor; 2005, Nadkarni KM; 2002, Khare CP; 2004, Bhattacharjee SK; 2004, Sheth A.; 2005]. Kulit pokok Ziziphus mauritiana Lam. Turut memiliki bahan-bahan yang boleh digunakan dalam rawatan kanser. Kanser adalah masalah utama di seluruh dunia KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Kulitnya pokok bidara telah dijadikan serbuk dan melalui tapisan sejuk menggunakan petroleum eter, kloroform, metanol, dan air suling selama 48 jam. Keputusan pemeriksaan fitokimia dari ekstrak kulit Ziziphus mauritiana Lam. Terdapat dalam Jadual 1. Jenis metabolit sekunder seperti alkaloid, flavonoid, glikosida, fenol, lignins, saponin, sterol dan tannin telah dibentangkan. Kulit pokok Ziziphus mauritiana Lam. amat berkesan berbanding bahagian lain kerana kebanyakan bahagian metabolit sekunder hadir di dalamnya [Jadual 1]. Flavonoid mempunyai keupayaan tersedia ada untuk mengubah tindak balas badan kepada tindakan alahan, virus, dan karsinogen. Ia memperlihatkan aktiviti anti-alahan, anti-mikrob dan anti-kanser yang mana ia boleh digunakan untuk penyakit yang berbeza, yang biasanya ditemui dalam kulit. Tannins secara Am nya mempunyai aktiviti antimikrob dan antioksida [Rievere et. al, 2009]. Laporan semasa menunjukkan bahawa tannin mungkin mempunyai nilai potensi seperti agen sitotoksik dan antineoplastic [Aguinaldo et. al, 2005]. Saponin mempunyai ciri-ciri antikulat [Aboada dan Efuwape, 2001; Mohanta et. al, 2007]. Kandungan ini menunjukkan berbagai jenis aktiviti terhadap pelbagai jenis patogen yang berbeza. Maka oleh itu, ia boleh digunakan dalam rawatan penyakit. Saponin digunakan dalam hiperkolesterolemia, hiperglisemia, antioksida, antikanser, anti-radang dan kehilangan berat badan dan sebagainya mengikut bidang perubatan. Ia adalah agen bioaktif antibakteria tumbuhan [Mandal et. al. 2005: Manjunatha, 2006]. Steroid tumbuhan mempunyai aktiviti cardiotonic, memiliki ciri-ciri membunuh serangga dan antimikrob. Pada kebiasaannya ia digunakan dalam ubat-ubatan herba dan produk kosmetik (Callow, 1936). Sebatian fenolik mempunyai nilai anti-oksidatif, antidiabetic, anticarcinogenic, antimutagenic dan anti-radang (Seni dan Hollman; 2005, Scalbert et al. 2005). POTENSI ANTIKANSER AKUEUS ETANOL DARI EKSTRAK BIJI ZIZIPHUS MAURITIANA TERHADAP GARIS KANSER DAN KARSINOMA EHRLICH ASCITES Ziziphus mauritiana (Lamk.) adalah pokok berbuah yang dikatakan (folkloric )mempunyai pelbagai implikasi terhadap banyak unsur dan penyakit. Dalam kajian ini, dicungkilkan potensi, antikanser dari ekstrak biji Ziziphus mauritiana In-vitro terhadap garisan sel yang berbeza (HL-60, Molt-4, HeLa, dan barisan sel normal HGF) dijalankan melalui cerakin MTT sebagaimana seperti dalam vivo terhadap Ehrich ascites carcinoma keatas tikus albino Swiss. Ekstrak tersebut dengan ketara didapati menghalang proliferasi sel HL-60. Ikatan dari sel HL-60Annexin dan PI yang dirawat menunjukkan kehadiran sel mati (apoptosis induction) kerana ekstrak secara dos bergantungan. Analisis kitaran sel mendedahkan peningkatan penting pada sub Go population pada kepekatan 20 μg / ml dan ke atas. Electrophoresis gel agarosa mengesahkan pemecahan DNA dalam sel-sel HL-60 selepas 3 jam pengeraman dengan ekstrak. Ekstrak ini juga menunjukkan potensi kuat antikanser In-vivo. Rawatan Ehrlich ascites carcinoma terhadap tikus albino Swiss dengan dos berbeza-beza (100-800 mg / kg b.wt.) dari ekstrak tumbuhan, dengan ketara mengurangkan jumlah tumor dan kiraan sel tumor yang berdaya maju dan memperbaiki kandungan hemoglobin, kiraan RBC, kebarangkalian jangka hayat, perencatan tumor , dan peratusan jangka hayat. Peningkatkan status antioksida pada haiwan dirawat dengan ekstrak, adalah bukti daripada penurunan tahap pengoksidaan lipid dan peningkatan tahap glutathione, catalase, dan superoxide dismutase 1.Introduksi Sebatian yang diperolehi dari tumbuhan sentiasa menjadi sumber penting ubatan untuk pelbagai penyakit dan telah mendapat perhatian sewajarnya dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ini kerana kepelbagaian ciri-ciri farmakologi termasuk kesan sitotoksik dan kanser chemopreventive. Dalam beberapa tahun yang lalu, agen chemopreventive dari semulajadi telah menjadi sasaran sebagai punca dari buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai kunci kepentingan utama disebabkan kandungan sebatian bioaktif yang tinggi. Kanser adalah punca kedua utama kematian di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, lebih daripada 10 juta kes baru kanser didiagnosis setiap tahun, dan trend statistik menunjukkan bahawa jumlah ini akan berganda menjelang tahun 2020 ]. Kanser merupakan pertumbuhan tidak terkawal dengan penyebaran sel-sel tidak normal, yang dikait dengan dysregulation apoptosis, kematian sel diprogram. Kebanyakan ubat semasa antikanser diperolehi daripada sumber tumbuh-tumbuhan, yang bertindak melalui laluan yang berbeza dimana akhirnya terkumpul ke pengaktifan apoptosis dalam sel-sel kanser yang membawa kepada cytotoxicity sel. SARINGAN PRELIMINARY PHYTOKIMIA BUAH UBATAN DARI TUMBUHAN ZIZIPHUS MAURITIANA LAM. PENGENALAN Tumbuhan adalah sebahagian daripada kehidupan. Tanpanya tiada kehidupan. Ramai orang percaya pada ubat-ubatan ayurveda atau Unani atau ubat tradisional lain, kerana ia tidak menunjuk sebarang kesan sampingan berbanding dengan ubat dari allopathic (ubatan moden). Apabila tumbuhan mempunyai ciri-ciri dan sifat antibiotik ia dipanggil tumbuhan perubatan. Kira-kira 80% daripada penduduk dunia menggunakan ubat-ubatan tradisional, yang kebanyakannya berdasarkan bahan tumbuhan [WHO; 1993]. Bahan-bahan ini adalah primer dan metabolit sekunder Ziziphus mauritiana Lam. juga dikenali sebagai pokok jujube [Morton; 1987, Michel 2002]. Semua bahagian tumbuhan ini adalah sangat berkesan terhadap pelbagai jenis penyakit. Daunnya adalah berguna dalam rawatan cirit-birit, luka, abses, bengkak dan gonorrhoea [Michel; 2002]. Daun Mauritiana juga digunakan dalam rawatan penyakit hati, asma dan demam [Morton; 1987]. Karbohidrat, kanji, protein, gula, mucilages dan vitamin banyaknya ditemui dalam spesis ziziphus [Clifford SC Kertas-Pencirian; 2002]. Ziziphus mauritiana Lam. buah-buahan yang boleh digunakan dalam rawatan hati [Dahiru, D. et.al. 2005 Waktu berbuah Ziziphus mauritiana Lam. adalah pada akhir bulan Februari hingga Mac, berwarna merah penuh berair seperti litchi. Buah ini telah digunakan sebagai Anodyne, sedatif, tonik antikanser, penyembuh luka mujarab. Ia juga telah digunakan terhadap asma [J. Morton; 1987, EWM Verheij dan M. Calabura; 1991]. Buahnya [A. R. Ndhala; 2006] Daunnya [D. Dahiru dan Obidoa O. 2007] dan Bijinya [A. Bhatia dan T. Mishra; 2009] pengekstrakan nya melihatkan aktiviti antioksida manakala kulitnya [E. Pisha et. al. 1995] melaporkan sebagai cytotoxicity terhadap garis sel kanser yang berbeza. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Buah tumbuhan yang masak matang dijadikan serbuk lalui melalui proses tapisan sejuk dengan petroleum eter, kloroform, metanol, etanol 95% dan air suling selama 48 jam. Keputusan pemeriksaan saringan fitokimia keatas ekstrak buah-buah Ziziphus mauritiana Lam. dibentangkan dalam Jadual 1. Jenis berbeza metabolit sekunder seperti glikosida flavonoid, fenol, lignin, saponins, sterol dan tanin hadir manakala alkaloid tidak hadir dalam Ziziphus mauritiana Lam. [Jadual 1] Buah Bidara (ziziphus mauritiana lam). Tannins mempunyai aktiviti antimikrob dan antioksidan am [Rievere et. al, 2009]. Laporan semasa menunjukkan bahawa tannin mungkin mempunyai nilai potensi seperti agen sitotoksik dan antineoplastic [Aguinaldo et. al, 2005]. Saponin mempunyai sifat antikulat [Aboada dan Efuwape, 2001; Mohanta et.al, 2007]. Kandungan ini menunjuk aktiviri jenis berlainan terhadap patogen yang berbeza. Oleh itu, ia boleh digunakan dalam rawatan penyakit.Saponin digunakan dalam hiperkolesterolemia, hiperglisemia, antioksidan, antikanser, anti-radang dan berat kehilangan dan sebagainya mengikut bidang perubatan. Ia adalah agen bioaktif antibakteria tumbuhan [Mandal et. al. 2005: Manjunatha, 2006]. KESIMPULAN Menurut kajian penyelidikan keatas buah-buah Ziziphus mauritiana Lam. Boleh disimpulkan bahawa jenis metabolit sekunder yang hadir mempunyai fungsi berkesan keatas jenis penyakit yang berbeza. Ia menunjukkan fungsi yang sangat berkesan terhadap patogen. Oleh itu, buah bidara boleh digunakan dalam rawatan penyakit hati mengikut fungsinya dan juga boleh digunakan dalam rawatan kanser. Buah-buah bidara harus digunakan dalam penyediaan dadah perubatan rawatan jenis kanser yang berbeza, aktiviti antimikrob dan antikulat.

Saturday, April 15, 2017

Kete Kecik Sayangkan saya

Rasa nak gelak pun ada tp lebih kepada rasa nak nangis yg banyaknya.

Pagi pagi tadi saya drive kete kecik saya ke kampung dengan tujuan nak bagi kete tu kt adik saya pakai. Saya dah bosan berebut parking dgn jiran jiran kat rumah saya ni. Saya pakai 2 kete. Bukan saja2 tapi dgn sebab tertentu.

Baik saya ceritakan sejarah kete kecik saya ni. Ia  merupakan kete saya yang kedua. Kete petama dah tkde dan kete ketiga saya masih pakai. So sy ada 2 kete, satu kecik dan satu lagi sy panggil kete gemuk(jgn bgtau kete gemuk, sebenarnya sy lebih syg kt kete kecik, nanti kete gemuk kecik ati). 

Kete kecik ni pernah 'hilang' dari saya selama hampir 2 tahun. Sy berdoa tiap kali hujan lebat agar kete kecik dikembalikan pada saya. Dan doa saya dimakbulkan. Suatu hari saya check 'another inbox' kt fb saya dan sy dpt msg dr seseorang yg td sy kenali secara peribadi tentang kete kecik yg ada ditangannya. Akhirnya kete kecik kembali pada saya dgn radionya yg hilang dan ada sedikit perubahan tp masih dlm keadaan yg baik dan utuh.

Dengan sbb itulah sy terpaksa pkai 2 kete. Selalunya saya bawa kete kecik pergi opis waktu pagi. Petang pulak sy bawak kete gemuk. Bg adilkan. Kang merajuk, kong lak baterinya.

Banyak pulak cerita sejarah kete kecik. So saya nak cerita pasal apa yang berlaku harini.

Alhamdulillah saya sampai ke kg dgn selamat. Sempat shopping cendawan kukur (percuma betik), belikan susu ensure utk mak sy. Belikan nasik arab untuk abah. Beli baja dan juga stok benih. Pastu sempat pulak gi melawat banglo contoh, kengkunun nak beli la kan tp adik sy kata kawasan tu tk best... hmmmm.

Pastu sy mintak adik sy hantar sy balik rumah naik moto. Adik saya pun setuju jer. Kengkonon best la, dah lama tak jln2 naik moto, lgpun lebih jimat.

Kami pun mulakan perjalanan. Sy ckp kt adik sy kat mana mkn best. Adik sy pun bgtau ada satu tempat best. Perjalanan pun lancar jer. Rasa sekejap jer dah sampai kat tempat mkn yg adik sy bgtau tu. Tempat tu dah dekat dgn rumah saya.

Kami pun turun moto. Sy pun mintak beg tgn saya dr adik. Sekali ada betik dan cendawan jer dlm bakul moto. Handbag tinggal. Hohoho!

Terpaksalah patah balik ke kg, sbb hp, tab, duit semua ada kt handbag termasuklah brg2 penting lain. 

Adik sy bawak moto punyalah laju. Bontot saya dah kebas. Lagi sikit nk sampai kg, ujan lebat pulak. Terpaksa berhenti kat satu kedai makan. Kami pun mkn la, nasib adik sy ada duit. Klo tidak melopong.

Dah habis mkn kami teruskan perjalanan. Sampai jer depan rumah mak abah, sy tgk handbag sy ada terletal elok atas kerusi marmar depan rumah, nasib la tak kna cilok. Adik sy ckp ambik cepat2 dan terus naik moto balik.

Kami teruskan semula perjalanan, berenti sekejap utk isi minyak. Tetiba adik sy ckp kita ikut highway pulak. Sy ok jer. Nampak pulak org jual buah pulasan dan abiu. Saya pun borong. Nak mkn tgh jln la konon.

Kami pun masuk highway, hujan turun pulak. Berhenti bawah jejantas sambil mkn buah pulasan. Ringan skit beg plastik tu. Kemudian kami teruskan perjalanan lg. Tiba2 sy teringat rumah sy. Kunci rumah, kunci rumah kao dimana.... hahaha!

Sy pun ckp kt adik sy berenti kejap, nk cek handbeg ada tak kunci rumah. Sekali mmglah tkde. Kunci opis, kunci kedua kete kecik ada la. Muka adik sy dah kelat dah. Sy hanya mampu ketawa pasrah.

Sy suh adik hantar jer sy ke area umah sy dan sy akan sewa hotel semalam. Esok sy bawak kete gemuk semula ke kg dan ambil kunci rumah yg tertinggal.

Pastu baru sy teringat, kunci kete gemuk dlm rumah... huhuhu.

Terpaksa la patah balik lg sekali balik kg. Sy terpikir ni mesti ada something wrong somewhere. Kami terjumpa jln tikus tepi highway utk patah balik ke kg. Jaraknya lebih kurang kali pertama saya sedar handbag sy tkde.

Sampai jer kat umah terjumpa abah saya yg cool. Dia kata naper tk balik lg. Sy pun ceritalah kt abah sy. Abah sy dgn coolnya kata, "abah pun selalu lupa camtu, drive elok2 yer balik tu". Cool gila (masa kecik2, mak sy ckp, sy nk kawin dgn abah sy... hahaha).

Masa tu sy terpikir sebenarnya kete kecik ni tanak bepisah dgn saya kot. Dia nk duduk dgn saya. Ada kawan yg mintak nk beli kete kecik ni dgn harga yg agak baik tp sy tkmo jual. Berat jer rasa ati.

Saya pun drive la kete kecik sampai rumah sy semula dgn selamatnya. Dan menaip kisah ni sblm sy terlupa.

Sia2 jer pg2 buta tadi sy pkai jeans, baju running man dan sport shoes. Dlm bonet pulak sy sediakan helmet dan windbreaker le tour de langkawi khas utk naik moto.

Last2 naik balik kete kecik sambil bayar tol.

Insyaallah minggu depan sy cuba lg utk hantar kete kecik ke kg semula. Moga hasrat sy dipermudahkan kali ini. Aamiin.




Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting ulam Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Tomato Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik jualan17 kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang salam tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Beri Ajaib Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...