Nak beli benih online?

Tuesday, December 31, 2013

Jatuh Cinta Lagi

 Saya mula-mula jatuh cinta pada bunga ini sewaktu saya ke Cameron Highland lama dulu.


 Pada masa itu saya tak terfikir pun yang bunga ini boleh ditanam di tanah rendah.
 Pada pandangan mata saya bunga ini sangat comel, kadang-kadang nampak macam bunga tiruan pun ada.


 Harganya agak mahal walaupun pokoknya kecil tapi berbaloi dengan kecantikannya.
Bunganya semakin pudar mengikut usia, akhirnya jadi putih macam uban manusia...hehehe!



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, December 30, 2013

Harvest Monday - Red Amaranth

 Tuaian kali ini merupakan bayam merah dan sedikit sawi yang saya tanam di hadapan rumah seperti yang saya ceritakan di SINI.


Sikit sahaja tuaiannya, daunnya pun berlubang-lubang sedikit, maklumlah tanaman secara organik. Apapun saya puas hati dengan tuaian saya kali ini.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, December 27, 2013

Hasil Ubat Bisul

 Pokok keledek si ubat bisul yang saya tanam ini dah membikin semak di kawasan hadapan rumah saya. Habis semua pokok berdekatan dipanjatnya mengalahkan pokok anggur. Saya tanam pokoknya dalam pasu lebar. Pada suatu hari saya terpandangkan sesuatu yang menarik dalam pasu tersebut seperti gambar di atas.
 

 Saya pun korek keluar benda tersebut. Nampaknya pokok keledek saya telah berjaya mengeluarkan hasil, walaupun tak banyak.
 

Inilah rupanya setelah dibersihkan, nak buat apa dengan ubi keledek ini yer? Rasanya macam nak buat rebus atau bakar jer.  Ubi keledek ini berkhasiat untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan sesuai dimakan oleh penghidap diabetes.
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, December 26, 2013

Saderi Cina

 Saderi Cina atau lebih dikenali sebagai daun sup memang menjadi kegemaran saya berbanding daun ketumbar yang saya panggil sebagai daun kumbang sebab baunya  macam bau kumbang busuk.


 Saya tanam dalam pasu panjang dan gunakan gajet sangkut ke dinding pembahagi rumah. Sangat memudahkan saya untuk petik daun sup bila-bila rasa nak guna, tak payah nak membongkokkan badan bila nak menuainya.


Saya tak pernah cuba tanam pokok daun sup ini di tengah panas selalunya mesti saya letak di tempat yang redup. Pokok daun sup juga perlukan air yang banyak dan perlu di ambil daunnya selalu untuk menggalakan pertumbuhannya. 

Saya gunakan baja cecair dan sembur pada daun dan batang pokok ini. Hasilnya memang meberansangkan. Ikut pengalaman yang terdahulu, pokok daun sup saya tahan sehingga setahun lebih sebelum ia makin mengecil dan mati.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, December 24, 2013

Comei tak Saya ni?

 Y A N G C O M E I
 Y A N G B E R D U A
 S E D E R H A N A C O M E I
 K U R A N G C O M E I 
K E S I A N T A K C O M E I


Ini semua gambar bunga yang saya jumpa dekat nurseri kegemaran. Saya tak beli tapi ambil gambar sahaja sementara tunggu toke nurseri pulangkan wang baki.

Tengok balik gambar ini teringat pulak hobi lama saya iaitu melukis, macam senang jer nak lukis bunga ni kan. Terlupa pulak, hobi saya bukan melukis bunga tapi melukis potret. Pokok yang pernah saya lukis pun cuma pokok pisang, itupun tiru daripada buku belajar melukis.... hehehe.


************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, December 23, 2013

Bunga Janggut

Ingat orang jer boleh tumbuh janggut? Bunga pun boleh. Dah lama saya perhatikan bunga ini dekat nurseri kegemaran, tauke pun selalu buat promosi pasal bunga ini. Tapi macam biasalah nama sebenar tidak diketahui. Mesti ada pakar yang baca entri ini dan boleh tolong bagitau nama sebenar bunga janggut ini kat saya kan.

Saya pun macam biasalah beli pokok bunga ini. Bukan untuk saya tentulah untuk mak saya yang minat terlebih dekat pokok bunga. Saya pun minat juga, tapi minat tangkap gambar, hidu bau dan lihat-lihat sajalah.


Masa saya sampai kat rumah mak abah saya tu hari dah nak senja, bunga ini pulak diletak diluar. Mak saya pun pergi tengok, lepas tu direnggutnya janggut bunga ni, mak saya ingat sampah melekat kat bunga. Saya pulak terlupa nak bagitau pokok bunga apa yang saya bawa balik sebab saya sibuk bercerita sambil angan-angan pasal pokok petai kawin yang saya bawa balik untuk abah saya.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Sunday, December 22, 2013

Pokok Beri Ajaib untuk diJual




WhatsApp 0174559536

Setiap satu pokok dijual dengan harga RM12 + Kos kendalian poslaju RM10 
Penghantaran hanya dibuat pada hari RABU dan AHAD setiap minggu.

Jika berminat hubungi saya di semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Saturday, December 21, 2013

Pokok Bunga Leptospermum untuk diJual

 Pokok bunga kecil dengan daun-daun kecil seperti jarum. Bunga bertukar warna dari merah jambu dan semakin pudar warnanya mengikut usia. Mempunyai batang yang berkayu dan sangat sesuai dijadikan bonsai.

Ketinggian pokok sekitar 15-20cm



Setiap satu pokok dijual dengan harga RM15 + Kos kendalian poslaju RM10 
Penghantaran hanya dibuat pada hari RABU dan AHAD setiap minggu.

Jika berminat hubungi saya di semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, December 20, 2013

Mulberiku Sayang dibenci Orang

Pokok mulberi saya ini boleh tahan suburnya, pantang dipangkas cepat sahaja mengeluarkan buah baru. Tapi jarang-jaranglah saya dapat merasa.
 

Kadang-kadang memang lebat sungguh buahnya, tapi kesian dia selalu dibenci orang.


Ini salah satu contohnya, tengah elok-elok berbuah ada pulak yang rajin mematahkannya. Sedih tau, tak sempat nak buat jem.
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, December 19, 2013

Mawar Kuning

 Saya sukakan mawar kuning, lebih-lebih lagi yang wangi.

 Dekat tempat saya memang mudah nak dapatkan pokok mawar pelbagai warna  dengan harga yang berpatutan.

Nak menjaga pokok mawar ini saya kurang mahir, yang dalam gambar ni dah arwah pun. Kena tinggal sebab bekerja di luar kawasan.
 
 
Minta maaflah sebab agak sibuk dengan urusan kerja sehingga tak dapat nak 'hapdet' blog hari-hari. Lagipun cuti banyak sangat berbaki, terpaksa mencuti-cutikan diri sebelum tahun baru menjelma.
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

Tuesday, December 17, 2013

Telur Dadar Berulam

Resepi kali ini kita buat telur dadar berulam pula yer. Saya guna ulam raja tapi abah saya kata ulam jawa.

Dah set pun telur dadar berulam. Makan dengan nasi putih panas. Tuang kicap sikit.


Hidang dengan tomato kecut.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

Monday, December 16, 2013

Kenapa Tak Jadi Macam yang Rose Tanam?

Mula-mula sekali saya nak minta maaf pada Kak Fifi (bukan nama sebenar, kalau dia baca dia taulah nama sebenar dia...hehehe) kerana terpaksa memaparkan cerita Kak Fifi kat blog saya ni.
 
Pada suatu hari sedang saya enak menikmati 'durian pancake' kat sebuah restoran ternama (kununnya), tiba-tiba saya terdengar telefon saya berbunyi. Ada panggilan daripada seseorang yang saya kenali iaitu Kak Fifi.
 
Kak FiFi jarang-jarang telefon saya kecuali nak pesan pokok atau biji benih walaupun kami bekerja di tempat yang sama (tapi opis lain). Kali ini Kak Fifi tanya pada saya tentang pokok timun betik yang telah ditanamnya. Kata Kak Fifi buah timun betiknya tidak bertukar warna kepada kuning susu walaupun telah sampai tempoh matangnya (macam yang Rose tanam). Kak Fifi tanya lagi macamana nak tahu buah timun betiknya dah matang.
 
Saya cadangkan Kak Fifi cium bau buah tersebut, kalau ada bau seperti tembikai susu maknanya buah tersebut dah masak. Kak Fifi kata susahlah nak cium sebab buahnya tinggi (saya rasa pelik). Dia kata lagi kenapa timun betik yang ditanamnya tak kelihatan seperti timun betik yang saya paparkan dalam blog ini.
 
Kak Fifi kata nanti dia hantar gambar timun betik tersebut melalui e-mel, maklumlah saya ini guna telefon cap itik jer jadi tak ada aplikasi canggih yang sewaktu dengannya.
 

Inilah gambar-gambar 'timun betik' yang Kak Fifi hantar.
 
Sebaik sahaja saya buka email dan lihat gambar-gambar ini saya ketawa terbahak-bahak. Alahai Kak Fifi, patutlah warnanya tak bertukar. Ini bukannya timun betik tapi petola sarang atau petola bantal.
 
Memanglah warnanya tak akan bertukar kuning susu tapi akhirnya akan bertukar menjadi coklat. Bila saya bagitau Kak Fifi macam tu terus Kak Fifi bengang sebab tak sempat nak buat sayur buah petola ini. 
Pada ketika ini buah petola dalam keadaan berserat tentu tak sedap dibuat sayur. Tak apalah Kak Fifi, kita simpan hingga dapat sabutnya dan gunakan untuk basuh pinggan yer.
 
Kesian Kak Fifi, rupa-rupaya salah tanam biji benih. Tak apa kita cuba lagi yer Kak Fifi. Jangan risau pokok timun betik senang nak tumbuh dan berbuah. Kalau tanam biji benih yang betul (kalau tak ada, meh jumpa saya, saya bagi free jer).
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

Monday, December 9, 2013

Hah! Tanaman Makhluk Halus?

 Ini pokok senduduk putih.

Baru-baru ini ada pegawai pejabat kesihatan datang melawat kawasan rumah saya, macam biasalah nak periksa kehadiran. Kehadiran apa lagi tentulah kehadiran anak-anak nyamuk aedes iaitu jentik-jentik. Kadang-kadang naik rimas saya tau!
Pegawai tersebut terpandangkan pokok senduduk putih saya yang tengah galak berbunga, katanya ini pokok makhluk halus. Terkejut saya, maklumlah tak terbaca lagi pasal benda itu.
 Bukanlah saya takut tapi  saya setakat tahu yang pokok senduduk ini banyak khasiatnya untuk perubatan sahaja.
Setelah saya membaca di sana-sini, apa yang dikatakan oleh pegawai itu ada penyokongnya. Dikatakan pokok senduduk putih ini agak 'rare', dan sekiranya berjumpa lihat-lihat di sekeliling akarnya, kot-kot terjumpa batu geliga. Bolehlah jadi ahli sihir....hehehe, kalau saya jumpa saya buat batu cincin jer.




Dekat tempat saya pokok senduduk putih bukan lagi 'rare', senang sangat nak jumpa. Antara khasiat pokok senduduk putih adalah dikatakan, daunnya yang dilumatkan boleh menghentikan pendarahan pada luka. Selain daripada itu pucuknya juga boleh dibuat ulam sama ada mentah ataupun direbus.
Toke nurseri juga menambah, dengan meminum air rebusan daun senduduk putih boleh mengubati penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.
Buahnya juga boleh dimakan dan dikatakan menpunyai nilai antioksidan yang tinggi. Selain daripada itu pokok senduduk putih juga terkenal sebagai ubat untuk penyakit keputihan  bagi wanita.
Dan bagi pekebun-pekebun tegar yang biasa terkena gigitan pacat dan bisa ulat bulu bolehlah menggunakan daun senduduk putih sebagai penawarnya



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Sunday, December 8, 2013

Yang Ku Sayang

Inilah pokok yang paling saya sayang kat rumah saya ni. Dah besar pun dia. Nak menjaganya tak sesusah mana. Cuma bagi air yang cukup sahaja. Pokok jenis 'liar' ini tak perlu dibaja banyak sangat. Nanti dia terkejut. Kalau boleh baja dengan bahan-bahan semulajadi, contohnya air basuh beras dan juga air ikan.

Saya tangkap gambar pokok tenggek burung ini dalam rumah sebab masa itu saya nak pindahkan dari belakang rumah ke halaman depan. Nak bagi dia duduk bawah pokok mangga. Redup sikit. Maklumlah kalau panas sangat nanti pahit pula pucuknya.

Saya telefon mak saya semalam, ada berita baik. Katanya pokok-pokok tenggek burung yang disediakan untuk dijual nampaknya membesar dengan sihat. Bagi pelanggan-pelanggan yang dalam senarai menunggu mungkin akan dapat pokok tenggek burung masing-masing tahun hadapan, maksud saya bulan hadapan.

Harap dapat bersabar yer!

Nak tahu khasiat ulam tenggek burung? Sila baca di SINI.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?


Friday, December 6, 2013

Apakah Agaknya Nama Bunga Cantik ini Yer?

 s a p a l a h n a m a b u n g a n i a g a k n y a y a n a m p a k m a c a m b u n g a m a r k i s a t a p i 
d a u n n y a t a k m a c a m d a u n m a r k i s a w a r n a b u n g a n y a p u n n a m p a k l a i n
t o k e n u r s e r i k a t a b u n g a i n i b a r u s a m p a i d a r i k u a l a l u m p u r
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

Thursday, December 5, 2013

Sudah Lama Ku Angan-Angan

Kenal tak pokok apa ni? Inilah pokok petai, lama dah saya cari. Ini bukan sebarang petai, kata toke nursery ini petai 'kawin'. Pokoknya rendah dan bakal berbuah dalam masa tiga tahun. Toke nurseri cakap macam tu sebab dia pun ada tanam. Katanya pokoknya berbuah lebat dan dia tak payah beli petai dekat pasar lagi.
 
Walaupun harganya mahal sedikit, saya tetap beli. Saya cadang nak suruh abah saya tanam di kebunnya. Kalau dulu saya cemburu tengok rumah-rumah orang di Negeri Sembilan ada pokok petai yang rendah dihadapan rumah masing-masing. Sekarang saya pun boleh, tapi saya tak tanam depan rumah la.
 
Toke nurseri bagitahu petai ini adalah dari jenis petai padi. Tak kisahlah petai jenis apa, asalkan petai. Tapi setahu saya petai padi ini memang ramai peminatnya.
 
Kalaulah saya tanam banyak pokok petai ini mesti saya boleh buat industri petai beku pula kan. Lepas itu eksport kat luar negara.
Amboi! Kalau angan-angan tak ingat dekat orang lain dah.
 
Sebenarnya sudah ada negara yang eksport petai beku.Tapi rasanya pasaraya dekat Malaysia tak jual pun.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

Wednesday, December 4, 2013

Bayam Merah Sawi Campuran

Bayam adalah antara sayuran yang paling senang tumbuh membesar bila ditanam. Ini adalah hasil daripada lebihan benih yang saya jual dah bercampur dengan benih-benih lain sewaktu pembungkjusan dijalankan. Saya tabur sahaja atas tanah dalam bekas polisterin. Tak sampai dua hari dah ada benih yang bercambah.
 
 
 Ada orang kata tanam dalam bekas polisterin tak elok. Tapi dah tertanam nak buat macamana. Elok pula segar dan sihat.  Tapi saya kecewa sebab semalam ada orang letak plastik sampah atas tanaman saya. Nasib baik saya cepat nampak, kalau tidak Inalillah pokok-pokok tu.
 


Tengoklah  bekas polisterin tu dah koyak/robek sebab kena langgar rasanya.
 Kalau tak silap, saya sendiri yang langgar waktu nak 'parking' kereta. Hehehe.. .



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, December 3, 2013

Projek Ros Jepun

Ros jepun bunga yang paling saya suka. Sebab ia cantik dan senang sangat nak tumbuh. Ini koleksi warna terkini yang ada pada saya.

Opps! Ini bukan kubur kucing yer, ini projek baru yang saya jalankan di rumah mak abah saya. Saya kesian tengok ros jepun yang ditanam oleh mak saya. Kurus-kurus dan tidak bermaya semuanya. Jadi saya rancang untuk tanam ros jepun di luar pagar rumah mak abah saya yang kosong dan hanya ditumbuhi rumput rampai.

Angan-angan dihati nak buat petak yang besar sangat, tapi bila saya cuba cangkul rumput yang tumbuh saya terus patah semangat. Rumputnya tebal sangat, lagipun saya manalah biasa pegang cangkul, kalau bertanam pun cuma dalam pasu, tak payah guna cangkul pun. Tolong abah berkebun? Jangan harap, tukang perati je.

Setelah saya isikan tanah dalam petak yang saya bina dengan Mimin, kemudian saya cucukkan batang ros jepun yang saya impot dari rumah saya.
Saya pesan dekat Mimin supaya dia hari-hari siram pokok ros jepun tersebut. Dia kata "IYA Lah!".
 
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...