Kenal tak pokok apa ni? Inilah pokok petai, lama dah saya cari. Ini bukan sebarang petai, kata toke nursery ini petai 'kawin'. Pokoknya rendah dan bakal berbuah dalam masa tiga tahun. Toke nurseri cakap macam tu sebab dia pun ada tanam. Katanya pokoknya berbuah lebat dan dia tak payah beli petai dekat pasar lagi.
Walaupun harganya mahal sedikit, saya tetap beli. Saya cadang nak suruh abah saya tanam di kebunnya. Kalau dulu saya cemburu tengok rumah-rumah orang di Negeri Sembilan ada pokok petai yang rendah dihadapan rumah masing-masing. Sekarang saya pun boleh, tapi saya tak tanam depan rumah la.
Toke nurseri bagitahu petai ini adalah dari jenis petai padi. Tak kisahlah petai jenis apa, asalkan petai. Tapi setahu saya petai padi ini memang ramai peminatnya.
Kalaulah saya tanam banyak pokok petai ini mesti saya boleh buat industri petai beku pula kan. Lepas itu eksport kat luar negara.
Amboi! Kalau angan-angan tak ingat dekat orang lain dah.
Sebenarnya sudah ada negara yang eksport petai beku.Tapi rasanya pasaraya dekat Malaysia tak jual pun.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
Salam SmRose, Tudia.. tokey petai sudah mari.. rupaya ada juga dwarf petai.. ingat kacang jer ada. Spesis pun ada macam2.. petai padi bagai..
ReplyDeleteHarga petai di Labuan mmg cukup mahal 3-4 papan yg kecik2 pun 5-8 ringgit.. frozen pun ada sepeket 200gram RM10.. Memang boleh buat bisnes SmRose.
petai frozen tu dr mana yer...hehehe, teringin nak tau (nanti beli yg ada cop Semua Menjadi jer tau.(angan2 lagi))
Deletewaaaaaaaaaaa... nampak best tuh... tak sbr nk tunggu hasilnyer... betul ke idak kata toke nuseri tuh
ReplyDeletetah-tah toke tu kelentong jer kan, nampaknya kena baca blog sy selama 4 tahun lg kalau nak tyau hasilnya, itupun kalau sy rajin lg la nak mnulis...hehehe
DeleteSalam cik... Petainye dah menjadi ke
DeleteSalam SmRose..memang best laa kalau keluar rumah ja boleh petik petai..tak payah susah-susah pakai galah..
ReplyDeletemmg besh, boleh terbayang dah ni camna situasinya pada masa tu
Deletelepas ni boleh jual anak pokok petai pulak Rose.....agak2 boleh tanam dlm pasu tak? hehehehe ;)
ReplyDeleteaha! mmg nak jual pun, tanam dalam pasu tidak digalakkan...hehehe, nanti pasu pecah
DeleteAssalammualaikum dik Rose,
ReplyDeletetak pernah tengok lah petai padi, kongsikan gambar kalau ada k.
Ada tengok petai hutan, bau dia macam petai biasa, tapi lembut sikit dan butir buahnya halus2 macam butir padi..kalau yg.jenis hutan ni banyak tempat akak. Tahniah Rose banyak perancanan utk.masa depan.
waalaikumsalam,
Deletepetai padi tu sama jer macam petai biasa kak, cuma 'papan'nya lebih pendek dan 'mata'nya rapat2 dan kecik drp petai bukan petai padi tapi dia bukan petai belalang (yg mungkin akak panggil petai hutan tu)
penah dengar pasal petai kawin ni,,tapi belum ketemu benihnya,,kat mana jual ni?
ReplyDeletesaya ada jual, nak beli ker? Sila hubungi semuamenjadi@gmail.com yer
Deletesaya mencari benih petai kawin ni...ada contac no tak...
ReplyDeleteSaya nak beli benih petai yang boleh tanam depan rumah..ada?
ReplyDeleteSaya ingin dapatkan beninya,Terima kasih.
ReplyDelete