Nak beli benih online?

Saturday, December 15, 2012

Tepi Jalan Tunggu Bas










Saya terjumpa bunga-bunga ini sewaktu menunggu bas berhampiran rumah saya. Saya tak naik bas tapi tunggu anak-anak saudara saya menaiki bas setelah melawat saya di musim cuti sekolah ini. Saya pernah jumpa bunga ini dijual di nurseri tapi yang ini saya pasti ia hidup liar sebab kedudukannya di tepi longkang dan sesetengahnya hidup dalam longkang.

Friday, December 14, 2012

Yang ku Idam-idamkan

Tadi sedang saya menemuduga seseorang tiba-tiba saya dapat panggilan telefon. Kawan saya suruh semak baki akaun bank. Wow! Ada pertambahan baki, saya dapat bonus kecik. Seronoknya.  Selesaikan kerja-kerja yang sepatutnya terus saya pergi ke nurseri kegemaran.


Saya terjumpa pokok ini yang telah lama saya idam-idamkan untuk menghiasi penyidai pakaian saya. Ya saya guna penyidai pakaian untuk letak tanaman gantung saya. Kawan opis saya kata ini adalah idea yang baik, dia pun nak tiru.


Pokok strawberi yang saya beli ini memang sudah siap berbuah, malah ada buahnya yang sudah busuk pun.


Saya beli dua pasu, biar dia ada kawan. Hargapun boleh tahan.


Selalunya saya geram tengok pokok strawberi ini dekat Cameron Highland, tapi diorang tak jual pokok strawberi. Biji benih diorang jual la. Tak sangka pulak saya dekat nursei kegemaran ada di jual pokok ini. Seperti yang kawan saya cakap, semua  pun ada dijual kat nurseri tu kecuali mak ngan bapak jer tak ade.

Selain dari itu saya juga ada membeli sepasang pasu plastik, sepasang bekas pemegang pasu  dan juga sepohon anak delima kiriman kawan opis saya.

Thursday, December 13, 2012

Di Penghujungnya

Musim durian di rumah mak abah saya dah hampir sampai ke penghujungnya. Tapi dekat tempat saya tinggal masih banyak lagi durian yang di jual di tepi-tepi jalan. Gambar yang saya letakkan di sini bukanlah gambar pokok durian di rumah mak abah saya tetapi daripada satu kawasan yang di namakan Trong/Terung di negeri Perak.


Gambar di ambil sewaktu saya pergi makan makanan laut dekat Kuala Terong. Sihat-sihat saja rupa pokok-pokok durian dekat sini. Buah pun lebat.


Buah-buah durian dekat sini diikat dengan tali macam yang pernah saya di lihat di lereng-lereng Bukit Bendera waktu saya bersekolah di Pulau Pinang dulu. Teringat zaman remaja dulu.


Cantik pulak saya tengok tali-tali tu, mungkin pokok durian ini dari baka baik sebab pokok yang lain tak diikat pun buah-buahnya dengan tali.


Ini buah durian yang saya beli dekat pasar malam dekat-dekat rumah saya. Kurang berkualiti. Tapi bolehlah kalau teringin sangat. Tak taulah asalnya dari mana.

Wednesday, December 12, 2012

Tuaian Hari Rabu


Tuaian hari rabu berupa buah roselle, pucuk ubi kerinting dan juga cili hijau. Ada blogger kata hari Rabu tak elok cakap banyak-banyak,  jadi nikmati sajalah gambar ini yer.


Tuesday, December 11, 2012

Cili Ungu - Jingga

Tanaman terkini di halaman rumah saya ialah sejenis cili. Walaupun selama ini saya kecoh bagitau yang saya tak suka makan pedas tapi pokok cili juga menjadi pilihan untuk saya tanam. Pokok cili yang lama dah kerinting daunnya di serang bena putih. Sudah puas di rawat tapi buahnya dah makin kurang malahan saiznya semakin hari semakin kecil.


Ini dia koleksi pokok cili terbaru di rumah saya walaupun orang lain dah lama tanam. Pokok cili ungu yang tengah sibuk berbuah.


Daunnya berwarna ungu dan buahnya juga berwarna ungu ketika masih muda.


Bila dah matang warna buahnya perlahan-lahan bertukar ke warna jingga. Ya, saya belum pernah makan cili ini lagi. Di rumah saya sambal belacan yang terakhir saya buat adalah kira-kira sebulan dahulu. Saya sangat-sangat jarang buat sambal kecuali teringin sangat.

 Selalunya saya guna cili api kalau nak buat masak lemak. Ya, saya juga sangat jarang masak masakan bersantan (macam la ada orang tanya soalan-soalan yang saya jawab tu).


Pokok cili jenis ini tak tahan cuaca panas jadi saya letak di kawasan teduh di hadapan rumah saya. Akarnya juga lebih banyak berbanding cili biasa. Harap-harap umurnya panjang dan menghasilkan buah yang banyak sampai saya jemu menggunakannya dalam masakan.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, December 10, 2012

Tomato nan Sebatang

Ada sebatang sahaja pohon tomato yang masih hidup di rumah saya. Itupun hanya tomato ceri. Kecil-kecil sahaja buahnya. Sebelum ini gambar-gambar buahnya yang lain dah muncul pun kat blog ini. Tapi apalah salahnya muncul sekali lagi.


Ini gambar buahnya yang belum berapa masak, tapi ada sahaja tangan yang teringin nak memetiknya. Sabar tunggu dia masak dulu, baru boleh petik.


Dah masak pun, yang biru tu tali rafia. Ikat sahaja dengan apa yang ada, asalkan jangan patah dahannya. Sekarang dah boleh petik. Boleh di makan begitu sahaja atau di buat sebagai salah satu ramuan salad.


Inilah pokoknya, buah tak begitu lebat. Kurus sahaja pokoknya. Daun dah ada yang kuning, nampaknya dah diserang bena putih.


Rasanya agak manis walaupun tak berapa kena cahaya matahari. Yang di beli rasanya agak masam.


Pandangan dari bawah. Buah ini masih rangup rasanya walaupun warna dah merah menyala. 

Friday, December 7, 2012

Dedaun PD


Tak habis cerita pasal Port Dickson lagi. Silalah nikmati gambar-gambar dedaun di PD yang sempat saya tangkap sebulan yang lalu.










Kadang-kadang saya tak boleh tengok dedaun yang muda dan hijau gebu, rasa nak buat ulam semuanya.

Thursday, December 6, 2012

Teringin nak Beli


Berkenan sungguh saya dengan menda ni. Comel sungguh.  Lokasi penggambaran tentulah di nurseri kegemaran.



Tengok tanda harga dia kat petak merah-RM7000. Kalau beli nak letak kat mana yer? (opps! cukup duit ker tu??)


Waah! Yang ini pun menarik hati juga. Tengok harga, separuh daripada yang tadi. Kalau beli, kereta nak letak kat mana? Depan rumah jiran...hahahaha!

Wednesday, December 5, 2012

Pujaan Hati Meletop!


Bunganya seakan-akan bunga markisa tapi buahnya berkulit nipis tak setebal kulit markisa, saiznya pula jauh lebih kecil. Inilah buah letup-letup yang menjadi pujaan hati saya waktu kecik-kecik dulu. Sebenarnya sampai sekarang pun ia masih menjadi pujaan hati saya.


Dekat rumah saya selalu juga pokok letup-letup ini hidup tapi malangnya selalu di musnahkan oleh jiran-jiran saya yang menganggap pokok iini sebagai rumpai. Kadang-kadang saya biarkan ia menjalar dekat pokok-pokok tanaman saya. Baru sahaja nak berbuah, ada sahaja tangan terlebih rajin tolong musnahkan pokok kesayangan saya ini. Gambar yang saya ambil ini adalah di kawasan rumah mak abah saya. Tak ada pula buah yang masak untuk di potretkan. 


Saya sangat sukakan buah letup-letup yang rasanya masam-masam manis. Kalau saya terjumpa pokok ini di mana-mana, saya akan pergi kutip buahnya yang masak sebanyak mungkin. Lepas itu makan satu-satu dengan penuh perasaan. Malahan saya pernah cuba makan pucuk daun letup-letup ini tapi rasanya tak sedap. Menurut pembacaan saya pokok letup-letup ini banyak khasiatnya.  Ia boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada badan, merawat luka dan juga boleh melegakan batuk.


Waktu kecik-kecik dulu (belum sekolah lagi), saya ada kenangan masam-masam manis berkaitan dengan buah letup-letup. 
Ceritanya begini, pada suatu pagi yang cerah, saya terjumpa banyak buah letup-letup yang masak. Saya pun kutip semuanya dan duduk di depan rumah mak abah saya. Saya pun makan buah letup-letup sambil memerhati orang yang lalu-lalang. Yang peliknya semua orang yang lalu tersebut akan pandang saya dengan rupa yang lain macam. Saya pun rasa pelik tapi saya buat tak tau dan terus menikmati buah letup-letup sehingga habis. Lepas itu saya pun masuk rumah. Kemudian baru saya teringat sebenarnya waktu saya makan buah letup-letup itu adalah bulan Ramadhan, patutlah semua orang pandang saya, rupa-rupanya saya telah makan di khalayak ramai waktu bulan puasa, nasib baik masih belum mumaiyiz jadi tak lah kena tangkap sebab tak puasa.

Tuesday, December 4, 2012

Opps! Timun Ladang Rupanya

Ingat lagi entry saya mengenai Timun Tikus?   Pokok yang sangat subur kelihatan seperti pokok labu. 

Betul sangkaan saya, sebenarnya abah saya tanam benih timun betik ataupun timun ladang bukannya benih timun tikus seperti jangkaan saya.


Pokok yang cantik menghijau dulu, daun-daunnya dah kekuningan, di sana-sini banyak buah timun ladang yang terbaring di atas tanah, ada sebahagiannya yang berlubang di mamah serangga.


Ini antara buahnya yang sudah matang tapi belum sesuai dimakan lagi. Tapi buahnya kecil dan kontot sahaja.


Buah timun ladang ini kalau dah masak, banya menusuk jiwa. Lebih wangi daripada bau tembikai susu. Tapi jangan terpedaya, rasanya tidak seenak tembikai susu. Selalunya rasa timun ladang ini tawar. Terkenal sewaktu bulan Ramadhan, sesuai dijadikan pencuci mulut dan disediakan dalam bentuk serawa iaitu campuran santan dan gula, selalunya ditambah ais dan campurkan dengan potongan buah timun ladang. 


Dua orang model cuti sekolah sedang memegang dua biji timun ladang atau timun betik yang berlainan saiz. Keduanya belum pernah makan serawa timun ladang sehingga ke hari ini termasuklah saya sendiri.

Friday, November 30, 2012

Cempaka Tanjung Kuning Berseri



Saya sangat sukakan bunga yang berwarna kuning. Jadi saya beli bunga cempaka tanjung ini. Seperti namanya, baunya pun tersangatlah wanginya. Nama saintifik bagi bunga ini adalah Gardenia tubifera kula, ia adalah adik beradik dalam keluarga Gardenia Pfordii.


Bunga ini pun warna kuning juga tapi saya tak tahu namanya. Baunya pun tak wangi. tapi tetap cantik, saya pun beli bunga ini. Lepas bunga yang ada ini kering dan luruh, sampai sekarang pokok ini tidak berbunga lagi. Kesian.

Wednesday, November 28, 2012

Maman Temerloh


Kenal tak pokok ni? Inilah pokok maman. Selalunya di buat jeruk dengan nasi. sekarang ini senang nak dapatkan jeruk maman, beli saja di pasar malam, siap berhias dengan cili padi merah dan hijau. Nampak menarik, tapi bukan semua orang suka dengan jeruk maman ini.

Kalau di Negeri Sembilan, maman di masukkan dalam rendang. Jangan marah saya kalau salah yer, saya dapat maklumat ini daripada rancangan TV. Saya tak pernah cuba lagi masak rendang maman. Tapi saya boleh agak tentu rasanya sedap.

Pokok maman ini saya jumpa sewaktu melawat kebun abah saya. pokok ini di biarkan bersendirian, tak ada pokok maman lain di sampingnya. Saya rasa tentu abah saya nak jadikan pokok ini sebagai punca benih maman untuk tanaman seterusnya.

Benih pokok maman ini asalnya daripada Pekan Sehari Temerloh seperti yang saya ceritakan sebelum ini di SINI 

Monday, November 26, 2012

Khasiat Pokok Semalu

Entry ini di buat khas atas saranan pemilik blog-blog berikut:

SUKA-SUKA
PENCINTA ALAM 
dan KEBUN BAHAGIA

Semalam saya dah cerita pasal pokok semalu, jadi hari ini saya akan senaraikan khasiat pokok semalu yang saya jumpa setelah mencari-cari di alam maya ini.


Pertama:

Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid. 

Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.Masukkan dalam sebuah periuk yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.
Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi.
Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah 'makan air' pada kaki dan tangan.
Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut,


Sumber daripada Pangkin Nenek

Kedua:

Pokok Semalu mampu untuk menghapuskan lemak/kolestrol di dalam darah dengan bertindak sebagai agen anti kolestrol.

Sumber daripada uttervin4u

Ketiga:

Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak. Biarkan sejuk sedikit sehinggalah agak-agak boleh dimasukkan tangan atau kaki di dalam air rebusan itu (masukkan air itu ke dalam besen atau baldi terlebih dahulu).


Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat 'makan air' atau istilah saintifiknya Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki. 

Sumber daripada Greenfingers

Keempat: 

Pokok semalu mempunyai keupayaan untuk melawaskan kencing dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing.


Sumber daripada Forrest Dweller

Itulah serba sedikit yang saya jumpa mengenai khasiat pokok semalu, saya sendiri belum pernah cuba, apakata kita cuba, jom!


Sunday, November 25, 2012

Pokok Semalu

Kalau nak buat kanak-kanak kagunm dengan tumbuhan, tunjukkan mereka pokok semalu. Lagi-lagi kanak-kanak yang duduk di bandar, bukan senang nak jumpa pokok semalu.


Apa yang buat mereka kagum? Tentunya daun pokok semalu, bila disentuh, ia menguncup (sebab malulah agaknya).


Bunga semalu pun cantik juga, warnanya merah jambu. tapi yang bahayanya tentang pokok semalu tentulah durinya. Masa kecik-kecik dulu memang selalu sangat kena duri semalu, luka-luka kaki terutamanya ketika main nyorok-nyorok.


Ini satu lagi spesies pokok semalu, selalunya saya jumpa pokok jenis ini kat tepi sungai, tak banyak duri. Tapi buahnya cantik. Boleh buat perhiasan agaknya.


Tapi bunganya tetap sama, warna merah jambu atau boleh tukar nama jadi warna bunga semalu. Pokok semalu ini rupanya banyak khasiat terutamanya untuk kaum wanita.

Friday, November 23, 2012

Tengok-tengok

Dekat-dekat hujung tahun punyalah sibuk. Tak sempat nak membelai tanam-tanaman, malahan nak menyiram pun tak sempat, harapkan hujan semata. Nak mengarang di blog pun dah tak berapa nak sempat, jadi silalah tengok-tengok gambar bunga raya moden yang saya ambil di nurseri kegemaran dengan bantuan Kamal.


Yang ini harganya mahal sikit daripada yang lain sebab rupanya pelik sikit.


Yang jenis ini harganya biasa-biasa sahaja, lagipun dah banyak orang tanam merata-rata.


Yang jenis ini banyak saya jumpa kat CH.


Yang ini pun sama macam di atas.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Kebun Abah Anggur Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik jualan17 mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...