Kenal tak pokok ni? Inilah pokok maman. Selalunya di buat jeruk dengan nasi. sekarang ini senang nak dapatkan jeruk maman, beli saja di pasar malam, siap berhias dengan cili padi merah dan hijau. Nampak menarik, tapi bukan semua orang suka dengan jeruk maman ini.
Kalau di Negeri Sembilan, maman di masukkan dalam rendang. Jangan marah saya kalau salah yer, saya dapat maklumat ini daripada rancangan TV. Saya tak pernah cuba lagi masak rendang maman. Tapi saya boleh agak tentu rasanya sedap.
Pokok maman ini saya jumpa sewaktu melawat kebun abah saya. pokok ini di biarkan bersendirian, tak ada pokok maman lain di sampingnya. Saya rasa tentu abah saya nak jadikan pokok ini sebagai punca benih maman untuk tanaman seterusnya.
Benih pokok maman ini asalnya daripada Pekan Sehari Temerloh seperti yang saya ceritakan sebelum ini di
SINI
Rasa rendang orang negeri ada letak macam-macam tapi ilmu tu tak sempat turunkan kat saya.
ReplyDeletebole blaja kat internet kan...hehehe
Deleteboleh je letak maman fresh..gulai cili api pun sedap, boleh letak sedikit kerisik kalau menggulai tu.. tapi kak mar makan je ..tak pernah buat he he
DeleteOh ya warna purple bunga ni sungguh cantik
Deleteooo..pengetahuan baru tu, masak lemak maman
DeleteArwah tok saya selalu buat jeruk maman. Sy suka makan dgn jeruk maman digaul kelapa parut makan dgn nasi panas. Sedap.
ReplyDeletetak pernah try camtu, tanya kwn kat opis, dia kata tok dia pum slalu buat camtu
Deletesy suka jeruk maman..di kemaman terengganu ni banyak dijual kat pasar tani..pasar besar..org kata makan maman awet muda..heheh
ReplyDeletenak awet muda jugak, kene makan maman slalu nih
Deleteaskm..adakah nama lain bagi Maman ni adalah Cleome Lavender ? TQ
ReplyDeletelain rasanya, yg tu pokok bungakan selalu jumpa kt cameron highland
Delete