Maaflah gambar untuk entry hari ini kurang elok sedikit.Ada kucing yang sibuk nak bergambar sekali, tak mahu pegi jauh.
Sudah lama saya berangan nak tanam pokok epal bidara. Pertama kali saya tengok pokok ini di rancangan Agrotek TV1. Pokok ini saya beli di nurseri kegemaran. kata taukeh, pokok ini baru sampai dari Thailand.
Pokok yang saya beli ini, saya suruh Kamal pilihkan yang paling sihat. Semua pokok yang ada di nurseri dah ada buah. Kalau mata tak rabun, nampaklah buah yang saya ingin tunjukkan dalam gambar di atas.
Saya pernah tengok pokok epal bidara ini membesar seperti pokok rambutan. Saya tengok kalau dah besar sangat, ia lansung tak berbuah. Buah epal bidara ini tidaklah sedap sangat. Buahnya berlendir. Tapi dah minat saya nak tanam pokok yang pelik-pelik.
Saya tak tanam pokok ini di rumah saya sebab dah tak ada kawasan. Tentulah saya bawa ke rumah mak abah saya untuk di tanam.
Kalau saya dah beli banglo nanti (hahaha!...angan-angan), saya beli lah pokok epal bidara yang lain pula.
No comments:
Post a Comment