Saya dah terima berita gembira selepas di timpa musibah. Gembira sangat. Dapat jemputan ke satu majlis penganugerahan. Bukan saya yang dapat anugerah pun tapi sebab yang lain. Sebab tak perlu buat kerja yang saya tak suka kat opis, Kalau ada kawan opis yang baca pasal ini jangan lah marah ye. Sepatutnya saya outstation minggu ini tapi tak jadi, diganti pula dengan majlis tersebut. Sukanya saya.
Kita tengok perkembangan buah anggur dulu. Dah ada rupa anggur kan. Ada lah sikit-sikit rupa anggur yang dibuat jeruk tu kan.
Banyak juga buah yang lekat. Tapi tak tau lah nasibnya pada masa akan datang.
Ada banyak tangkai. Saya cuba kira, satu, dua, tiga..... sampai dua puluh, saya tak teruskan sebab banyak yang terselit-selit bawah daun yang makin merimbun. Malas nak berharap sangat. Tengok rezeki macamana.
Kalau dah tak ada perkembangan tentang anggur, faham-faham sahajalah maksudnya.
Cerita bersiri mengenai pokok anggur ini boleh di baca di sini dan sinun.
Cerita bersiri mengenai pokok anggur ini boleh di baca di sini dan sinun.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
Wah..tumpang gembira dgn awak... anggur nie harap2 nya adalah berita perkembangannya walaupun apa rsnya pun kan...teringin nak tahu..
ReplyDeleteinsyaallah, kalau semuanya ok, ada la ceritanya
Deleteseronoknya anggur menjadi, nanti kalau dah masak buah tu maukkan entry tau
ReplyDeletenanti sy tangkap gambar bebanyak..hehehe
DeleteWow!!
ReplyDeletebesttt.. menjadi nampak..
harap2 leh makan nanti ye.. :P
doakanlah
DeleteAnggur ni berbuah kali pertama ke? Kata org yg biasa tnm anggur, buah yg pertama biasanya rasa masam. Buah2 yg selepasnya baru rasa manis. Saya pn ada tnm anggur purple tp blm berbuah lagi. Yg purple tu mmg dah rasa masam.
ReplyDeleteyer, berbuah kali pertama. masam pun tak per, teruja tgk berbuah, selama ni tgk org jer tanam.
ReplyDeleteeee bestnya..dapat tanam anggur.Benih dapat mana Rose?
ReplyDeleteanak pokok beli kat mardi Cameron RM10
Delete