Nak beli benih online?

  • - Daun Bidara Kering 10g RM1 Boleh pesan sekali dengan biji benih atau produk lain Kos Poslaju RM8 utk Semenanjung WhatsApp 0174559536 Khasiat daun bidara, ...
    2 weeks ago

Sunday, November 4, 2012

Mentimun Tikus


Pertama kali saya kenal timun tikus ini sewaktu saya makan tengahari  di tepian Sungai Perak, Kuala Kangsar. Sebelum itu saya tak pernah tengok lansung buah ini apatah lagi memakannya. Saya tanya pada pelayan kedai, apa nama buah ini, dia cakap timun, saya kata takkan timun saja kut, dia kata memang orang sana panggil timun. Agaknya dia pun macam saya, tak tahu. Saya tahu namanya timun tikus setelah saya mencari-cari di dalam internet.



Suatu hari saya terjumpa timun tikus di jual di pasar malam, dalam pinggan, tak sampai sepuluh biji harganya dua ringgit. Saya beli, buat ulam separuh, separuh lagi saya biarkan masak, warnanya berubah jadi merah dan rasanya seperti tomato. Saya ambil bijinya dan saya jadikan benih.


Bila dah jadi benih, saya suruh abah saya tanam dekat kebun dia. Tapi saya nampak pokoknya lain daripada imej yang dipaparkan dalam google, bunganya warna putih bukan kuning. Mungkin ini dari jenis hibrid (agakkan saya sahaja).  Atau ini pokok timun betik, yang benihnya saya bawa sekali dengan benih timun tikus?


Abah saya kata, pokoknya tak mahu memanjat, macam labu pula. Bunganya banyak. Tapi buahnya lambat membesar. 


Daripada pembacaan saya, pokok ini banyak khasiatnya. Buahnya bila dimakan  boleh mengawal kencing manis manakala bijinya pula boleh di buat ubat resdung. Bukan sahaja ia sesuai di buat ulam, malah buah ini boleh di buat sup, masak lemak atau juga boleh di buat halwa. Daunnya juga boleh di buat sayur. Tapi abah saya kata, dia dah cuba makan daunnya,  abah saya kata tak sedap.

14 comments:

  1. subur nampaknya. pakai baja ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini di kebun abah saya, tak tau la dia pakai baja apa

      Delete
  2. kemas jer pokok timun ni menjalar..subur plk tu..geram tgk.

    ReplyDelete
  3. ini hasil kerja tangan abah saya, kalau sy punya...hehehe..tak tau ler

    ReplyDelete
  4. Cantik, tiada cela. Pokok ada sulur paut tapi tak memanjat. Di Semenyih peniaga pasar malam panggil Timun Bangla sebab orang Bangladesh suka beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...timun bangla, hehehe, masa sy duk puchong dlu sy selalu tengok bangla beli labu air, sy tanya kt diorang kenapa slalu bli labu air, diorang kata sbb labu air tu kegemaran rasullullah (s.a.w)

      Delete
  5. Cantik kebun ayah rose, subur je tanaman. :)

    Timun tikus ni nampak macam timun mini di kacuk dengan petola ular gitu. ada beza tak rasa timun tikus ni dengan timun yang biasa kita makan. Atau rasa di sama je mcm makan timun mcm yang lain2? Kalau jumpa benih dia nak try tanam la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. timun ni waktu muda rasanya tak jauh beza dgn timun biasa, tapi saiznya kecik sebesar ibu jari shj. Tapi bila dah tua/masak, rasanya macam tomato sikit2

      Delete
  6. Timun tikus yg bunganya kuning itu buahnya jauh lebih kecil dari yg satu lagi yg dipanggil coccinia grandis atau pakthamlung dlm bahasa Thai. Coccinia grandis atau ivy gourd bunganya putih. Ivy gourd juga dipanggil terung gemal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, sebenarnya ini bukan pokok timun tikus pun, abah sy tanam benih timun betik sebenarnya, ada sy jelaskan kesilapan saya pada entry http://semuamenjadi.blogspot.com/2012/12/opps-timun-ladang-rupanya.html, apa pun terima kasih sbb sudi melawat

      Delete
  7. Erk. Saya rasa silap ni. Orang kampung gelar pepasan. Nama Latinnya Coccinia grandis. Selalu saya buat ulam makan mentah. Sedap dimakan muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iayalah kot pepasan, mungkin lain tempat lain namanya

      Delete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting ulam Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Tomato Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik jualan17 kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang salam tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Beri Ajaib Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...