Saya baru balik dari majlis makan malam dekat opis saya. Sungguh membosankan. Tapi ada juga seronoknya, bila makan semeja dengan kawan-kawan sambil bergelak ketawa tanpa memperdulikan boss berucap di depan.
Saya rasa inilah bunga raya yang paling asas di Malaysia. Mak saya pun ada menanam banyak pokok bunga raya yang berwarna merah ini. Mak saya tanam sebagai pokok pagar. Cantik juga bila bunganya banyak berkembang. Bunga inilah juga yang melambangkan lima rukun negara yang hari-hari dihafal masa sekolah rendah dulu. Saya belum lagi menanam apa-apa jenis pokok bunga raya di rumah saya.
Ini pula salah satu bunga raya yang menarik minat saya. Selain kelopaknya yang bertindan-tindan, bunga ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Pada waktu pagi warnanya adalah putih bersih, bila masuk tengahari ke petang, warnanya mula berubah ke warna merah jambu. Masa mula-mula saya lihat bunga ini dulu, saya berasa amat kagum. Bila hari-hari dah tengok, rasa biasa-biasa saja.
Ini pula bunga raya moden yang berwarna jingga muda. Kalau masa kecik-kecik dulu tak pernah pun saya nampak bunga raya warna macam ini. Biasanya warna merah atau putih sahaja.Bunga raya secara umumnya ada banyak khasiatnya seperti yang semua orang tahu.
Mak saya sekarang ini tengah menyemai batang pokok bunga raya pemberian jiran pula. Sebenarnya bunga raya ini ramai peminatnya. Di nurseri kegemaran saya, setiap kali saya datang mesti ada bunga raya jenis baru dengan warna yang berbeza dan kelihatan sangat menarik. Semakin banyak kelopaknya, dan semakin pelik warnanya, maka semakin tinggilah harganya.
Malangnya daun bunga raya tak biasa di buat sayur, kalau boleh buat ulam atau sayur mesti dah lama saya tanam banyak pokok bunga raya dekat rumah saya. Lagipun saya tak pernah jumpa lagi bunga raya yang berbau wangi.
No comments:
Post a Comment