Nak beli benih online?

Wednesday, January 29, 2014

Musykil Sungguh

 Apa ke nama ulat ni yer, dah lama saya nak tahu, tapi sampai sekarang tak tahu-tahu.

Banyak betul dalam pasu-pasu tanaman saya. Jahat tak dia ni? Kalau jahat macamana nak hapuskannya.
 
Kalau ada sesiapa yang tahu, tolonglah saya!




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Tuesday, January 28, 2014

Baiknya Hati Boss Lama Saya

 Moga Allah murahkan rezeki boss lama saya dan diberikan kesihatan yang baik. Nampaknya ros jepun hasil pemberiannya telahpun mengeluarkan bunga.


 Punyalah banyak dia bagi sampai dah tak ada tempat nak tanam lagi. Saya cucukkan keratan batang yang panjang-panjang tu sebab kalau patah-patahkan jadi banyak sangat pula. Ada sesetengahnya terpaksa saya letakkan sahaja pada pasu-pasu pokok lain, agar dapat menumpang hidup bersama.

Habis semua pagar dan dinding saya sangkutkan pasu.
 
 

 
Boss lama saya tu hujung minggu balik rumah lama dia kat sini. Jadi saya telefon dia minta beli keratan ros jepun. Dia kata tak payah. Dia paksa nak bagi percuma juga. Saya redho jer (hehehe...sukanya saya!).
 
 
Sudahlah percuma, siap hantar sampai ke rumah lagi. Baiknya hati boss lama saya tu. Cadangnya lepas balik dari CH saya nak singgah banglonya untuk ambil keratan tersebut. Tapi belum sempat saya balik, boss dah telefon bagitahu yang dia akan hantar (sebab dia pergi sarapan dekat-dekat kawasan rumah saya bersama keluarganya). Saya minta boss lama sangkutkan sahaja pada pagar rumah saya.
 
Bila saya balik dari CH, saya dapati bukan setakat keratan ros jepun sahaja, malah pokok duit (kenapa tak bagi duit jer boss, lagi ok) dan pokok kari pun ada sekali. Mulia sungguh hati boss lama saya, saya doakan boss dapat balik berpindah ke sini semula. Kesian anak dan isteri boss lama kena tinggal, jumpa seminggu sekali je.
 
Sebab boss lama tak nak duit saya, saya minta boss lama pilih apa-apa biji benih yang dia suka daripada stok saya. Semuanya percuma.
 
Terima Kasih, Boss!




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

 

Monday, January 27, 2014

Kobis Ungu-Ungu Lavender

 Kena nyanyikan tajuk entri ini macam lagu putih-putih melati tau! "Kobis Ungu-Ungu Lavender". Haaa! Menawan tak kobis saya ini. Bukan sebarang kobis, bukan kobis biasa tapi kobis ungu. Rasanya sekilo ada beratnya kobis ini.


 Saya letakkan kat depan rumah jer. 


 Tanam dalam pasu plastik, pakai tanah biasa sahaja. Baja? Tentulah baja cecair organik (iklan lagi). Pokok terpaksa ditongkat dengan kayu sebab terlalu berat.


Tentu rakan-rakan semua termasuk jiran saya cemburu melihatkan kobis saya ini. Saya tak guna rahsia apa-apa pun. 

Nak masak apa ya dengan kobis ini nanti, rasanya nak buat coleslaw macam resepi Kenny Roger.

Jeles ker tak ni? Baik mengaku. Nak juga  pokok kobis macam ini. Minta maaflah saya tak jual. Penat saya berusaha siang dan malam tanam pokok ini sehingga membuahkan hasil sebegini. 

Hahaha! Acah jer tu, saya tak tanam pun pokok kobis ini, tapi saya beli dekat nurseri. Kan saya dah kata yang tak boleh beli kat nurseri cuma mak ngan abah aja.

Cuba teka berapa harga pokok kobis ini semasa saya beli di nurseri. Kalau betul saya bagi hadiah biji benih secara percuma. 

Teka jangan tak teka!



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Sunday, January 26, 2014

Rose dan Ros

 Hujung-hujung minggu ini mari cuci mata tengok bunga ros yang pelbagai warna.


 Dalam banyak-banyak tu yang paling wangi dia ni lah. Saya paling suka bunga ros yang wangi, tak lawa pun tak apa, yang penting wangi. Yang ini dah la lawa, wangi pula tu.


 Penggambaran dibuat di nurseri, macam biasa. Saya tak tanam pokok bunga ros sebab leceh nak menjaganya. Tak cukup masa. Ada orang kata kalau nak pokok ros tahan lama dan sihat, tiap-tiap pagi letak ais batu kat dalam pasunya, al-maklumlah pokok bunga ini berasal dari tempat yang sejuk.


 Semuanya cantik, asal ada wang semua boleh bawa pulang.


Saya memang sukakan bunga ros. Kalau pilih kain untuk baju kurung pun saya pilih motif bunga ros. Sampai orang pun tegur dah la nama Rose, baju pun nak corak bunga ros.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Friday, January 24, 2014

Selamat Tinggal Gula Pasir

Pokok stevia segar.

Saya dah lama berkenan dengan pokok stevia. Kali pertama saya beli pokoknya di Cameron Highland. Saya memang tertarik dengan rasa manis daunnya walaupun dikunyah semasa masih segar. 

Saya pernah cuba sendiri mengeringkan daun stevia dan merendamkannya ke dalam air panas. Memang rasanya sangat manis tapi saya tak berkenan dengan satu rasa kelat dipenghujung rasa setelah minum air rendaman stevia.

Tapi hari ini saya telah jumpa satu produk stevia yang saya sendiri telah cuba dan rasa kelat tersebut tidak ada lagi kerana menurut pengedarnya pati stevia telah diasingkan daripada getahnya. 

Saya telah bercadang untuk menggunakan sendiri produk ini untuk kegunaan harian saya bagi menggantikan gula pasir. Jadi selamat tinggal romeo gula pasir. Lagipun harga gula pasir selalu sangat naik, menyampah saya.

Sebenarnya pokok stevia juga merupakan antara jualan pokok terlaris di nurseri 'maya' saya ini. Kadangkala saya tak dapat penuhi permintaan pelanggan yang ingin memesan pokok stevia kerana stok yang sedikit dan cepat habis.

Jadi bagi pelanggan yang tak dapat memesan pokok stevia daripada saya, apakata kalau kita semua cuba sahaja produk Royal Sweetener di bawah ini, boleh didapati dalam pek 3 botol, kalau nak sebotol pun boleh.


Setiap botol dianggarkan mengandungi 300 titik pemanis stevia. Manakala setiap titik pemanis stevia ini bersamaan dengan 3 sudu  gula pasir. 

Selain itu kita juga akan dapat manafaat seperti yang dinyatakan. Mari sama-sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia tanpa penyakit.

Kelebihan Stevia: 
  1. Pemanis semulajadi yang sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira jantina sama ada lelaki atau perempuan, semua boleh menggunakannya sebagai pengganti gula.
  2. Sangat sesuai untuk pesakit Diabetes (kencing manis) dan Hypoglycemia (gula darah rendah).
  3. Mengimbangi kandungan gula dalam tubuh.
  4. Meningkatkan tenaga tubuh badan.
  5. Melicinkan kulit serta mencerahkannya.
  6. Membantu kulit agar awet muda.
  7. Membantu menurunkan tekanan darah.
  8. Membantu sistem penghadaman dan pencernaan.
  9. Membantu mengatasi masalah insomnia (sukar tidur)
  10. Berupaya mengawal obesiti (berat badan berlebihan).
  11. Melawaskan pembuangan air kecil.

************************************************************************
Sila hubungi semuamenjadi@gmail.com untuk memesan "Royal Sweetener', produk  daripada pokok stevia yang berkhasiat tinggi.

************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Thursday, January 23, 2014

Hati-Hati Di Cameron Highland

 Saya paling tertarik pada bunga pokok ini, cantik sungguh macam juraian manik. Kalau silap tengok ingatkan bunga tiruan.


 Daunnya pun cantik juga, berkilat kemerahan.



 Kalau tengok gayanya macam spesies ati-ati, itu yang saya bagi tajuk entri ni Hati-hati di Cameron Highland. Saya jumpa pokok ini kat satu tempat perhentian di CH, tapi namanya tak ingat.


 Adik-beradik dia pun ada, yang ini kuning belang hijau.



Tapi bunganya memang sama. untuk pengetahuan rakan-rakan yang membaca, saya tak ambil pun batang pokok ini untuk ditanam. Beli pun tidak sebab tak ada jual pun kat situ.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Tuesday, January 21, 2014

Kisah Jiran dan Mulberi

 Mulberi yang dah masak warnanya hitam, rasanya pun manis.

O.M.K! (Oh mak kao), saya rasa la kan, jiran saya dah terbaca blog saya ni. Kejadian ini berlaku pada hari Jumaat lepas. Pada waktu itu saya tengah santai mengayuh basikal baru saya. Sewaktu saya sampai dihadapan rumah, saya dapati anak dan cucu jiran saya sedang menunggu di tepi pagar. 

Bila saya berhentikan sahaja basikal, anak jiran saya suruh anaknya(cucu jiran) tunjukkan buah mulberi yang telah diambilnya sesuka hati kepada saya. Nak minta kebenaran la tu.

 Haaaaa! kan bagus macam itu. Tak adalah sakit sangat hati saya bila ambil buah mulberi di depan saya tanpa cakap apa-apa sedangkan saya ada di situ.

Saya cakap pada bebudak tu, ambillah lagi kalau nak, lagipun apalah salahnya bersedekah pada kanak-kanak kan terutamanya kanak-kanak yang sopan. Saya ini bukannya kedekut sangat, tapi kalau orang ambil hasil tanaman saya tanpa kebenaran tentulah terasa juga hati saya ini.

Bila saya cakap 'ambillah', amboi! Berebut bebudak itu mencari buah mulberi yang masak. Tapi tak apalah dah rezeki mereka kan. Sebelum itu saya ada bercadang nak buat jem mulberi sebab kali ini buahnya agak lebat. Jadi jem dalam perut budak-budak tu je la nampaknya.

Harap-harapnya perangai sopan cucu jiran sebelah saya ini berterusan. Kalau lebih sopan lagi mungkin buah delima pun saya boleh bagi, tak payah dah jolok-jolok pakai batang kail lagi.


Ini gambar buah mulberi yang sempat saya sendiri makan, manis. Tengoklah warnanya, sama hitam dengan pen.

Nak tayang gambar basikal baru saya ... hehehe




************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  
 

Sunday, January 19, 2014

Semalam di Cameron Highland

Dulu-dulu saya selalu sangat ke Cameron Highland tapi sejak setahun kebelakangan ini hampir tak pernah. Semalam sekali lagi saya ke Cameron Highland. Seawal lapan pagi saya dah sampai di Ladang Teh Bharat, sambil minum teh tarik dan menjalani sesi pengambaran syok sendiri. Kebetulan hujan turun renyai-renyai membuatkan kesejukan terasa hingga ke tulang.

Dalam perjalanan balik saya menemui bunga ini tumbuh mekar di sepanjang longkang di tepi jalan. Warna merah jambunya amat menyerlah berbanding warna konkrit longkang.


 Saya juga ternampak bunga kuning oren ini nun jauh di atas bukit, kelihatan sangat cantik tapi apakan daya, tak mampu saya mendaki bukit curam semata-mata untuk mendapatkannya. Jadi saya ambil gambar pun jadilah.


Inilah longkang yang saya katakan itu. Lokasinya berdekatan dengan tulisan besar 'SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGHLANDS  PAHANG DARUL MAKMUR'. Nampak tak warna merah jambu betul-betul antara sempadan rumput dan konkrit longkang. Di situlah tempat dimanana saya jumpa bunga-bunga kecil dan comel tersebut. Kalau ditanya nama atau spesiesnya memang saya tak tahu.




************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH

Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
 
 

Thursday, January 16, 2014

Hiasan hari raya





Hiasan hari raya!



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, January 15, 2014

Suasana hari raya

 Menarik limau ini. Saya tanya toke berapa harganya. Dia jawab seribu lebih. Saya tanya lagi buahnya boleh makan tak. Dia jawab ada ubat sikit.
 
 

 Paling tertarik pada batang pokok yang dijalin cantik, pokok nenas berpasu emas dan katus yang dihias cantik, siap ada mata palsu dan rambut berwarna-warni.



 Penuh dengan pokok limau pelbagai jenis, sampaikan nak mencelah masuk pun susah.


 

 Bunga pun macam-macam ada.
 
Sebenarnya bila nak dekat-dekat tahun baru cina ini nurseri memang meriah tapi yang tak syoknya kita dah susah nak pergi sebab sentiasa penuh. Bukan setakat penuh dengan pokok, orang pun penuh sekali.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, January 13, 2014

Harvest Monday - Green Amaranth

 Tuaian bayam hijau yang ditanam di belakang rumah.


 Sikit jer pun, Alhamdulillah rezeki.


Rebus jer. Masakan paling sesuai buat bayam agar khasiatnya tak hilang.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Sunday, January 12, 2014

Pokok Tenggek Burung/Cabang Tiga untuk diJual

 Tawaran sangat terhad, pokok agak tinggi berkemungkinan akan dipotong sedikit sebelum di pos. 


Setiap satu pokok  RM17 + Kos kendalian poslaju RM10 (1 pokok)/RM13 (1- 2 pokok)/RM20 (3-5 pokok)
Penghantaran hanya dibuat pada hari RABU dan AHAD setiap minggu (kecuali minggu depan-tiada penghantaran).

Jika berminat hubungi saya di semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Saturday, January 11, 2014

Pokok dan Biji Benih Lada Pahit/Melada Pahit untuk diJual

 Biji benih lada pahit RM2 sepeket (10 biji), digunakan untuk mengubati: Darah tinggi, Kencing manis, Gaut, Bisul, Sakit sendi dan pinggang, Lelah, Resdung, Kanser, Batu karang.



Setiap satu pokok  lada pahit RM10 + Kos kendalian poslaju RM13 (boleh muat 1- 2 pokok)
Penghantaran hanya dibuat pada hari RABU dan AHAD setiap minggu.

Jika berminat hubungi saya di semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Pokok Belinjau untuk diJual

Setiap satu pokok  RM8 + Kos kendalian poslaju RM13 (boleh muat 1- 2 pokok)
Penghantaran hanya dibuat pada hari RABU dan AHAD setiap minggu.

Jika berminat hubungi saya di semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Pokok Bunga Mexican Petunia untuk diJual

Bunga berwarna ungu dengan daun hijau gelap, sangat cantik ditanam disekitar halaman rumah. Pokok bunga ini tahan panas dan mengeluarkan bunga baru setiap hari.

Setiap satu pokok  RM6 + Kos kendalian poslaju RM13 (boleh muat 1- 2 pokok)
Penghantaran hanya dibuat pada hari RABU dan AHAD setiap minggu.

Jika berminat hubungi saya di semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, January 10, 2014

Hoya Hoi!

 Kali ini saya beli bunga hoya untuk diri saya pulak. Sebelum ini saya dah belikan mak saya dua pokok. Satu pokok rajin sangat berbunga dan yang satu lagi rajin sangat mengeluarkan daun dan sulur, bunga satu pun tak nampak.


 Bunga hoya saya ini warnanya merah jambu muda  tapi yang mak saya punya bunganya warna gelap sikit keunguan atau kecoklatan? Mana satu yer?


 Daunnya berbelang putih.




Jadilah ia penyeri pokok mempelam saya yang dah penuh dengan bunga-bunga gantung termasuklah adik beradik ros jepun dan suku-sakatnya.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Kebun Abah Anggur Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...