Pokok stevia segar.
Saya dah lama berkenan dengan pokok stevia. Kali pertama saya beli pokoknya di Cameron Highland. Saya memang tertarik dengan rasa manis daunnya walaupun dikunyah semasa masih segar.
Saya pernah cuba sendiri mengeringkan daun stevia dan merendamkannya ke dalam air panas. Memang rasanya sangat manis tapi saya tak berkenan dengan satu rasa kelat dipenghujung rasa setelah minum air rendaman stevia.
Tapi hari ini saya telah jumpa satu produk stevia yang saya sendiri telah cuba dan rasa kelat tersebut tidak ada lagi kerana menurut pengedarnya pati stevia telah diasingkan daripada getahnya.
Saya telah bercadang untuk menggunakan sendiri produk ini untuk kegunaan harian saya bagi menggantikan gula pasir. Jadi selamat tinggal romeo gula pasir. Lagipun harga gula pasir selalu sangat naik, menyampah saya.
Sebenarnya pokok stevia juga merupakan antara jualan pokok terlaris di nurseri 'maya' saya ini. Kadangkala saya tak dapat penuhi permintaan pelanggan yang ingin memesan pokok stevia kerana stok yang sedikit dan cepat habis.
Jadi bagi pelanggan yang tak dapat memesan pokok stevia daripada saya, apakata kalau kita semua cuba sahaja produk Royal Sweetener di bawah ini, boleh didapati dalam pek 3 botol, kalau nak sebotol pun boleh.
Setiap botol dianggarkan mengandungi 300 titik pemanis stevia. Manakala setiap titik pemanis stevia ini bersamaan dengan 3 sudu gula pasir.
Selain itu kita juga akan dapat manafaat seperti yang dinyatakan. Mari sama-sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia tanpa penyakit.
Kelebihan Stevia:
- Pemanis semulajadi yang sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira jantina sama ada lelaki atau perempuan, semua boleh menggunakannya sebagai pengganti gula.
- Sangat sesuai untuk pesakit Diabetes (kencing manis) dan Hypoglycemia (gula darah rendah).
- Mengimbangi kandungan gula dalam tubuh.
- Meningkatkan tenaga tubuh badan.
- Melicinkan kulit serta mencerahkannya.
- Membantu kulit agar awet muda.
- Membantu menurunkan tekanan darah.
- Membantu sistem penghadaman dan pencernaan.
- Membantu mengatasi masalah insomnia (sukar tidur)
- Berupaya mengawal obesiti (berat badan berlebihan).
- Melawaskan pembuangan air kecil.
************************************************************************
Sila hubungi semuamenjadi@gmail.com untuk memesan "Royal Sweetener', produk daripada pokok stevia yang berkhasiat tinggi.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
No comments:
Post a Comment