Bayam hijau ini saya taburkan benihnya dalam pasu pokok gajus yang di tanam di bahagian belakang rumah saya. Pada mulanya saya tak tahu pun benih tersebut bayam jenis apa sebab ianya dibeli ketika mula-mula minat bertani dulu, asalkan namanya biji benih semuanya saya nak beli.
Dekat hadapan rumah saya dah tanam bayam merah, dekat belakang rumah bayam hijau pula. Itu tak termasuk bayam malabar merah dan hijau yang saya tanam. Kenapa bayam? Berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ini, saya dapati benih bayamlah yang paling senang nak tumbuh dan tahan lama walaupun bertahun disimpan pada suhu biasa.
Lagipun rasa sayur bayam sedap dan boleh dipelbagaikan cara memasaknya. Khasiatnya pun tinggi. Pokok bayam hijau ini pun saya sembur dengan baja cecair organik. Nampaknya subur dan membesar dengan pantas bagai johan.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
Salam smRose..memang cantik daunnya..nampak sangat segar..
ReplyDeleteSalam Tarique, sebelum kena serang dan harapnya jangan diserang
Deletesenang kan nk tnm syr bayam nih... tabur2 je msti hidup nyer...
ReplyDeletebetui tu, kejap jer dah tumbuh dan membesar
Delete