Nak beli benih online?

  • - Daun Bidara Kering 10g RM1 Boleh pesan sekali dengan biji benih atau produk lain Kos Poslaju RM8 utk Semenanjung WhatsApp 0174559536 Khasiat daun bidara, ...
    2 weeks ago

Monday, September 30, 2013

Harvest Monday - Red Malabar Spinach


Saya dah tuai bayam malabar merah saya. Ianya dah menjalar jauh sangat sehingga nak melilit pokok durian bonsai jiran saya. Sebelum kena cantas dengan jiran maka baiklah saya potong dan buat sayur.


Lagipun dah ada daun yang mula berlubang dan carik, tak tahulah siapa punya kerja, samada encik belalang atau encik siput, tidaklah saya ketahui, mungkin juga kerja serangga lain.


Ini pula batang bayam malabar yang akan saya semai semula. Kali ini nak semai dekat belakang rumah pula. Biar memanjat masuk tingkap jiran pula....hahahaha (gelak jahat!).


Apa yang saya buat dengan hasil tuaian kali ini. Saya buat salad ringkas dan mudah sahaja.  

Saya celur daun bayam dalam periuk tembaga, kemudian tuskan airnya. Potong tomato, lada benggala kuning dan merah (lebihan pertandingan semalam ). Kemudian masukkan daun salad coral (lebihan hiasan ikan herba semalam), tuangkan sos 'thousand island', kacau-kacau, dah siap salad ringkas saya. Sedap rasanya, bolehlah buat lain kali bila bayam malabar saya tumbuh lagi.

Saturday, September 28, 2013

Kita Menang Kali ini!


Baru sahaja turun pentas menerima hadiah sumbangan Maybank sebentar tadi. Gembira sungguh rasanya, masakan ikan herba saya dapat tempat pertama.
 
Tak sia-sia malam tadi saya menghiris halus segala ulam-ulaman yang ditanam di sekeliling rumah. Rakan saya pula bantu menyediakan risalah resepi dan khasiat segala ulaman yang dimasukkan ke dalam masakan ini. Resepi boleh dirujuk di SINI.



Inilah hadiah penaik semangat supaya lagi rajin berkebun dan memasak.

Friday, September 27, 2013

Pusat Penetasan Milik Mak Saya

 Ini adalah pusat 'penetasan' kelapa milik mak saya. Lokasinya ditepi rumah mak abah saya. 

Mak saya sentiasa menyediakan stok benih kelapa hijau kebangaannya. Kadang-kadang mak saya dapat tempahan benih kelapa sehingga 100 biji.

Masa yang diambil oleh buah kelapa bertunas dengan cara ini adalah kira-kira 3 bulan. Selepas muncul tunas, anak pokok kelapa akan tumbuh pantas membesar. Masa selama 3 setengah hingga 4 tahun diambil bagi kelapa jenis ini untuk berbuah.

 Ini adalah kelapa tua yang masih pada tandannya.

 Bersedia untuk diproses sebahagiannya sebagai benih kelapa dan sebahagian lagi untuk kegunaan rumah atau dijual kepada peniaga makanan yang telah awal-awal menempahnya dengan mak saya.Kadang-kadang kelapa yang ditempah tak cukup, mak saya akan beli daripada jiran untuk melengkapkan tempahan.

Benda yang saya bulatkan dan beranak panah itu dipanggil cop, makluman  bagi yang masih tidak mengenalinya. Ianya digunakan untuk membuang sabut/kulit kelapa.


Mak saya pacakkan kelapa pada hujung cop yang tajam, tujuannya adalah untuk mengelakkan sesiapa yang lalu-lalang di situ daripada menerima kecederaan. Maklumlah malang tidak berbau.

Peristiwa yang paling saya ingat mengenai 'kebahayaan' cop ini pernah disiarkan dalam akhbar. Seorang pemuda yang asyik menari 'break-dance' telah tersula di batang cop. Tidak dapat saya bayangkan betapa tersiksanya pemuda itu. Kesian dia.

Thursday, September 26, 2013

Gajet Kegemaran Saya

 Saya gemarkan gajet ini lebih daripada GAJET yang sebelum ini. Yang ini lebih tegap lagi praktikal untuk kawasan rumah saya. Harganya hampir sama dengan gajet yang terdahulu tetapi ruang penanamannya lebih dan boleh dipelbagaikan kedudukannya.


Lagipun saya ada banyak pasu murah dari Daiso ini dan gajet inilah yang paling sesuai dengan pasu sebegini. Minta maaflah dengan keadaan pasu dan dinding yang comot, itu semua kesan tanah daripada pasu yang saya siram hari-hari.

Dalam pasu ini saya tanam sayur sawi dan saya bercadang nak letak satu lagi pasu pada pintu pagar rumah saya. Saya nak tanam bunga ros jepun sebab di situ dapat cahaya matahari yang penuh. Satu lagi pasu pula saya nak tanam pokok bunga telang.

Ada sikit pemberitahuan kepada rakan-rakan yang tinggal berhampiran kawasan saya dan juga rakan-rakan seopis yang ada menempah pokok tenggek burung silalah ke booth saya di Marine Open Day 2013. Stok tenggek burung ada sikit sahaja, siapa cepat dia dapat.
Minta maaflah kepada rakan-rakan di alam maya yang teringinkan anak pokok tenggek burung, kena tunggu batch seterusnya la pula ya, sebab kawan-kawan alam nyata dah lama tempah sebelum saya keluarkan entry berkaitan anak tenggek burung.

Wednesday, September 25, 2013

Diplazium Esculentum


Wah! Tajuk berdentum-dentum, rupa-rupanya nak cerita pasal pucuk paku jer pun. Kelmarin masa saya pos pasal Tuaian Semulajadi ada rakan blogger marinahunny minta saya tunjukkan rupa kawasan pucuk paku ini tumbuh. Harap marinahunny puas hatilah yer.

Inilah tempat dimana saya memetik pucuk paku sambil abah saya mencangkul tanah membuang rumput-rumput di sekitar pokok keladi yang ditanamnya. Kawasan ini tak berapa semak. Dekat kawasan yang lebih semak ada banyak lagi pucuk paku yang gemuk-gemuk. Saya tak berani nak redah kawasan itu, jadi abah saya yang pergi kutipkan pucuk-pucuk paku tersebut.


Sebenarnya dulu-dulu, saya ada bercita-cita nak tanam pokok paku ni di dalam pasu. Tapi abah saya kata tak payah! 

Saya terfikir, kenapa tak ada orang yang buat kebun pucuk paku, macam kebun kangkung ker, kebun bayam ker.

 Ini adalah rupaparas pucuk paku yang sesuai dipetik untuk dibuat sayur. Mak saya kata, jangan petik pucuk paku yang ada debu putih dibawah daunnya (saya rasa itu mungkin spora), nanti bila dimakan akan terkena sakit perut.

 Ini pula pucuk paku bergred A, yang inilah yang paling sedap dan lembut bila dimasak dan dimakan. Tapi selalunya kalau kita beli pucuk paku dekat pasar, yang jenis ini adalah dua-tiga batang sahaja, yang lainnya semua pucuk yang dah kembang.

Ini hasil pucuk paku yang saya kutip, belum dicampur dengan yang abah saya kutip. Semuanya saya bawa balik ke rumah saya.

 Ramai orang tak tahan makan pucuk paku, katanya berangin. Kalau nak tahu, pucuk paku paling sedap kalau dimasak goreng belacan. Kalau tak percaya cubalah! 

Tuesday, September 24, 2013

Petai Beku


 Petai antara ulaman yang paling saya minati. Sekarang ini di FB dan blog-blog banyak bercerita mengenai kelebihan petai sebagai makanan kesihatan.

Sekarang ini musim petai, harganya pun murah di pasaran. Tiap-tiap minggu saya beli petai di pasar malam hari Jumaat berdekatan rumah saya. Kalau bukan musimnya, susah nak cari petai di kawasan rumah saya, kalau ada pun harganya mahal sangat.

 Dulu saya selalu terfikir macamanalah nak simpan petai untuk tahan lama sikit. Kalau simpan dalam petiais dengan kulitnya ia cepat kering. Kalau  dibuang kulit dia jadi lembik pula. Kalau dibuat jeruk rasa asalnya hilang yang tinggal baunya yang melampau pula.

Saya baru sahaja temui cara menyimpan petai untuk kekalkan kesegaran dan rasa aslinya sebab saya suka makan petai mentah berbanding yang telah dimasak. Mungkin cara ini baru pada saya, orang lain dah lama tahu, tapi saya nak kongsi juga dengan rakan-rakan yang tak tahu lagi.


Mula-mula kupas atau buang kulit petai supaya senang nak makan nanti. Tak pernah pula saya cuba buat cara ini dengan kulitnya sekali. Lagipun senang nak tengok petai itu ada ulat ke tidak. Kalau tidak bukan makan petai beku tapi makan pakej sekali ulat beku yang berprotein tinggi.


Petai yang telah dibuang kulit dimasukkan dalam bekas plastik bertutup dan kemudiannya di masukkan dalam bahagian beku petiais


Inilah rupanya petai yang telah beku tadi. Bila nak makan atau nak digunakan dalam masakan keluarkannya daripada petiais.


Kemudian rendamkan dalam air biasa selama kira-kira satu minit (masa berubah mengikut kuantiti petai).


Tadaa! Petai beku tadi dah sedia untuk dibuat ulam atau digunakan dalam masakan kegemaran anda. Rasa asalnya masih kekal berbanding dengan petai yang kita rendam dalam air yang selalu dijual di pasaraya.

Paling lama yang pernah saya simpan petai dengan cara ini adalah selama tiga bulan (setakat ini) tapi saya rasa setahun pun boleh tahan.

Saya juga rasa cara ini sesuai untuk penagih petai yang teringin nak seludup petai ke luar negara dengan cara yang berhemah.

Monday, September 23, 2013

Tuaian dari Alam Semulajadi


Bagi menunjukkan betapa semulajadinya tuaian ini saya bawa balik ianya dalam gulungan daun pisang, tak mainlah pakai supit gelenyar dan besen plastik.


Bila dibuka daun pisang tersebut teserlahlah hasil tuaian yang dikutip di sekitar kawasan kebun abah saya. Segar bugar lagi berkhasiat semuanya.

Tuaian kali ini terdiri daripada (dari kiri ke kanan) pucuk cabang tiga atau pucuk tenggek burung, kulat telinga kera dan pucuk paku.

Pucuk tenggek burung tersebut saya ambil kali ini daripada pokok besar yang hidup di bawah redup pohon-pohon sekitarnya. Menakjubkan, rasanya lebih lemak dan sedap daripada pokok yang kecil dan terdedah kepada terus kepada cahaya matahari. Lain kali saya nak kutip lagi pucuk daripada pokok besar itu, dan simpan banyak-banyak dalam peti ais.

Pasal kulat telinga kera saya dah ceritakan di SINI.

Pucuk paku pula saya cuma celur dan makan sebagai ulam. Sedapnya bila makan dengan nasi putih panas. Rangup-rangup dan manis rasanya, dah lama rupanya saya tak makan pucuk paku ini. Patutlah sedap sangat rasanya ditekak saya.

Friday, September 20, 2013

Timun Betik Timun Suri Timun Acheh


Teringat nak cerita balik pasal si Timun Betik ini sebab ada rakan-rakan yang bertanya dan memberi khabar tentang timun betik di email semuamenjadi@gmail.com. Inilah rupaparas timun betik yang dibelah dua.

 Jangan tak tau, yang warnanya sedikit jingga itu rasanya lebih manis berbanding isinya.
 
Kalau yang belum tahu macamana nak menikmati isinya sila ke SINI.


Ini biji si Timun Betik. Selepas di basuh dan dikeringkan boleh di tanam pokoknya. Nak tengok pokok timun betik sila ke SANA.
 
Kalau nak beli benih timun betik sila ke SINUN 

Thursday, September 19, 2013

Warna-Warni Ros Jepun di Halaman Saya

 
Kembang ros jepun yang ada dihalaman saya.
 

Kecut sikit bunganya sebab diambil waktu tengahari bukannya pukul sepuluh seperti namanya.


 Ini sahaja koleksi yang saya ada, antaranya pemberian boss yang dah pindah tempat bekerja.


Bila dah petang semuanya pun layu.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, September 18, 2013

Kisah Sedih Saya

Sehingga ke hari ini saya masih sedih dengan kejadian yang berlaku pada cuti Hari Malaysia 16 September 2013. 

Minta maaflah, kali ini berceloteh panjang untuk meluahkan kesedihan diri. Sekiranya anda orang yang sabar, bacalah sehingga ke akhir cerita.

Kisahnya begini;

Saya ada menanam pokok labu manis, petola bantal dan markisa di bahagian belakang rumah saya. 

Seperti yang telah banyak kali saya ceritakan dulu, jiran di belakang rumah saya telah meninggalkan rumahnya kosong agak lama. 

Jadi kawasan belakang rumahnya agak semak. Tapi tak pernah ada binatang bisa yang pernah mengganggu-gugat ketenteraman saya kecuali ramai cik-cik burung yang menyanyi riang-ria setiap pagi sambil bersarapan buah letup-letup.

Pada hari ulang tahun Malaysia yang sedih itu, jiran belakang rumah sebelah kiri telah memanjat pagar batu dari rumahnya ke rumah jiran belakang rumah saya dan terlebih rajin menebas semak-samun sambil menebas sekali semua pokok tanaman saya yang menjalar atas pagar. 

Sedangkan pokok-pokok tersebut tidak masuk sedikit pun ke kawasan rumahnya sebab saya hari-hari belek dan trim pokok-pokok saya agar jangan masuk ke kawasan rumah jiran yang ada penghuni.

Sudahlah pada ketika itu pokok-pokok saya tengah mengeluarkan bunga dan bakal berbuah. Sungguh pendengki suami jiran saya itu. Mentang-mentanglah pokok saya sihat lagi subur, dia dengan sewenang-wenangnya menebas dengan gembira semua pokok labu, petola dan markisa saya sehingga tinggal tunggul sahaja. 

Nasib baik dia tak cabut sekali pokoknya yang ada dalam pasu di kawasan rumah saya. Saya hanya mampu memerhati dalam diam dari rumah saya kerana tak mahu berlaku pertengkaran dan pergaduhan dengan beliau.

Kalaulah jiran yang betul-betul belakang rumah saya (tuan rumah kosong) yang menebasnya, mungkin saya tak begitu terkilan. Ini jiran yang tak ada kena mengena pula yang terlebih sibuk. 

Sedangkan yang saya perhatikan keluarga jiran pendengki ini tak pernah pun keluar ke belakang rumah dia sewaktu saya ada membelai tanaman saya. Cuma sekali sekala saya dengar tingkap dibuka ketika isterinya memasak.

Kadang-kadang saya dengar juga si suami memukul dan memarahi anaknya kerana malas pergi ke sekolah (terlebih menyibuk pula saya). Telefon teledera baru tau!

Begitulah kisah sedih yang terjadi ke atas saya dan tanaman-tanaman saya pada hari ulangtahun penubuhan Negara Malaysia yang ke 50.
  Sob...sob.. ...

Tinggal kenangan....




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, September 17, 2013

Telinga Siapa?


Saya ikut abah saya ke kebunnya  bahagian yang paling jauh, jarang-jarang saya ke sini sebab laluannya agak semak. Teringat zaman kecik-kecik dulu. 

Saya terjumpa  kulat telinga kera dekat sebatang pokok tumbang. Banyak juga. Masa kecik-kecik dulu saya rajin kutip kulat ini dan masak tumis air dengan ikan bilis. Sedap.


Saya tanya abah saya kalau-kalau dia ada meracun rumput. Takut juga kalau kulat ini dah terkena racun, tak pasal-pasal nanti muntah hijau lepas makan. 


Abah saya kata dia tak meracun musim hujan. Jadi selamatlah, saya pun kutip kulat telinga kera dengan gembiranya. Sudah lama saya tak jumpa dia tumbuh secara semulajadi. Selalunya yang segar jumpa dekat pasaraya sahaja, manakala yang kering dekat kedai runcit pun boleh jumpa.


Saya tinggalkan kulat-kulat yang kecil untuk pertumbuhan seterusnya. Selalunya musim-musim hujan kulat ini memang banyak tumbuh dekat batang kayu mati. Lepas kutip ia akan tumbuh lagi, kemudian tumbuh lagi. Boleh makan sampai jemu. Tapi masa kecik-kecik dulu tak terfikir pula saya nak keringkan kulat ini.

Monday, September 16, 2013

Letup-Letup Meletop!


Buah kegemaran saya sejak dari kecik. Memang sedap masam-masam manis rasanya.


Cuma dapat dua biji, segar dar belakang rumah saya.


Pokoknya selalu saya cantas sebab mengacau pokok labu air, petola bantal dan markisa yang saya tanam belakang rumah. Tapi ada juga yang terlepas masuk dalam kawasan pagar saya. Nasib baik tak dijumpai oleh burung burung yang berkerliaran. Saya jumpa, saya makan, ermm...sedapnya.

Friday, September 13, 2013

Mari Kita Tengok ia Membesar!


Tadaaaa! Pokok bayam Malabar saya dah membesar bagai johan. Dah boleh buat sayur dah ni.
 
Saya dah pernah ceritakan di SINI.


Lagi-lagi musim hujan ni, cepat sahaja dia membesar.


Nampak lembut dan sedap dimakan sahaja kan. Nanti saya nak masak tumis air sahajalah. Tapi ada saya terbaca yang sayur bayam dan seangkatan dengannya tidak sesuai dimasak dengan minyak (contohnya tumis air dan'stir fry') kerana khasiatnya akan hilang.
 
 Kalau nak khasiatnya kekal dan dapat dinikmati eloklah rasanya direbus atau dikukus sahaja. Tapi pada pandangan saya kalau dah segar masak apa pun sedap.

Thursday, September 12, 2013

Mari Mengenali Bunga Jantan dan Bunga Betina Si Labu Manis

 
Ini bunga jantan pokok labu manis saya, tapi agak kuncup kerana gambar diambil waktu petang.
 

Ini pula bunga betina labu manis yang belum kembang. Tapi bukannya putik labu manis, kalau tak dapat disenyawakan, putik labu yang kelihatan akan perlahan-lahan layu serta menguning dan akhirnya gugur ke bumi.  

Wednesday, September 11, 2013

Mari Kita Tanya Berapa Harganya?

Entri ini khas untuk Mak Aji dari Greenfingers 
dan 
Bonda dari My Cat Homes
serta kawan-kawan lain yang komen dan juga yang ingin tahu.

Sila rujuk entri INI


Ya! Saya sudah bertanya kepada pekerja Nepal yang mengaku Bangla di nurseri kegemaran tentang harga pasu-pasu dinding ini (tapi lupa nak tanya siapa nama si Nepal).

Kata Incik Nepal, harganya sangat mahal! 
Apa dia ingat saya tak ada duit ker? 

Saya paksa dia beritahu juga harganya. Katanya setengah dozen (6 pasu seperti gambar) adalah RM70, tidak termasuk pasu, tanah apatah lagi bunga-bungaan yang ada dalam pasu itu. 


Setelah saya kira balik berapa harga pasu yang ditayangkan dihadapan nurseri kegemaran ini, harganya hampir mencecah RM1260 (ya, saya kemudiannya mengaku saya tak ada duit di dalam hati secara diam-diam agar Incik Nepal tak dengar). 

Betul kata Mak Aji tapi yang ini rupanya lebih mahal daripada yang dijangkakan, belum termasuk kos besi sokongan yang dipasang di belakang pasu-pasu ini. Nampaknya boleh tengok dan angan-angan sahajalah.

Tuesday, September 10, 2013

Mari Menanam Bayam Malabar Merah


Saya tanam bayam Malabar merah  ini daripada batangnya. Dimana saya dapat batangnya? Saya beli daripada penjual ikan dan sayuran berlori yang hari-hari lalu di kawasan rumah saya.


Saya tanam dalam dua pasu plastic. Ini pasu yang lagi satu. Pembahagian batang untuk tanaman tak berapa adil untuk kedua pasu kerana saya buat sesuka hati saya sahaja. Tak sangka cepat pula ia bertunas dan mengeluarkan daun-daun baru.


Bayam Malabar merah dikatakan amat berkhasiat terutamanya dalam memulihkan organ-organ dalaman manusia yang terjejas  akibat penyakit-penyakit tertentu.
 
Selain daripada itu rasanya agak enak dan seakan-akan rasa bayam biasa. Jangan risau ia tak pahit.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting ulam Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Tomato Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik jualan17 kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang salam tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Beri Ajaib Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...