Ini adalah pusat 'penetasan' kelapa milik mak saya. Lokasinya ditepi rumah mak abah saya.
Mak saya sentiasa menyediakan stok benih kelapa hijau kebangaannya. Kadang-kadang mak saya dapat tempahan benih kelapa sehingga 100 biji.
Masa yang diambil oleh buah kelapa bertunas dengan cara ini adalah kira-kira 3 bulan. Selepas muncul tunas, anak pokok kelapa akan tumbuh pantas membesar. Masa selama 3 setengah hingga 4 tahun diambil bagi kelapa jenis ini untuk berbuah.
Ini adalah kelapa tua yang masih pada tandannya.
Bersedia untuk diproses sebahagiannya sebagai benih kelapa dan sebahagian lagi untuk kegunaan rumah atau dijual kepada peniaga makanan yang telah awal-awal menempahnya dengan mak saya.Kadang-kadang kelapa yang ditempah tak cukup, mak saya akan beli daripada jiran untuk melengkapkan tempahan.
Benda yang saya bulatkan dan beranak panah itu dipanggil cop, makluman bagi yang masih tidak mengenalinya. Ianya digunakan untuk membuang sabut/kulit kelapa.
Mak saya pacakkan kelapa pada hujung cop yang tajam, tujuannya adalah untuk mengelakkan sesiapa yang lalu-lalang di situ daripada menerima kecederaan. Maklumlah malang tidak berbau.
Peristiwa yang paling saya ingat mengenai 'kebahayaan' cop ini pernah disiarkan dalam akhbar. Seorang pemuda yang asyik menari 'break-dance' telah tersula di batang cop. Tidak dapat saya bayangkan betapa tersiksanya pemuda itu. Kesian dia.
bagusnya kan bisnes jual benih kelapa nie..
ReplyDeletebisnes sampingan jer, bukannya org order hari2 pun...hehehe
DeleteSalam smrose..wah..byknya benih kelapa tu..ada jugak sya tengok org yg tanam pokok klapa ni buat hiasan dalam rumah..sgt cntik dan kreatif..
ReplyDeleteSalam adrianna, buat hiasan? waaaa...tak pernah tgk pun, cer tunjuk gambar nak tgk
DeleteSalam,Rose......suka tgk cara mak Rose gantung kelapa2 tuh...cantik jer tersusun...:)
ReplyDeleteSalam Lynna, siap ikat dua biji kelapa sekali gantung tu, kene paten la kot cara mak sy gantung kelapa tu...hahaha
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteTempat kelapa menetas ya, he he! Kali akhir tengok cop tu semasa budak2 dulu di kg arwah ayah. Pernah juga lihat orang guna tapi tiap kali nampak benda tu terbayang Mak Aji akan accident spt yang Rose sebut tu, seram!!
Salam mak Aji,
Deletesaya pun tak tau mana mak saya dapat cop tu, agaknya dr umah opah dia...hehehehe, sy pun ngeri jer terbayang-bayang kejadian tu...
Cantik juga ya..macam pagar kelapa DIY ni
ReplyDeletehiasan pagar...hehehe
Deleteassalammualaikum Rose.
ReplyDeleteBenih kelapa yg.sama ke yg.dikirim pd.akak tu?
waalaikumsalam Kak Puteri,
DeleteYa la tu, ini semua adik-beradik yang dah menyebrang laut tu la...hahaha
assalamualaikum...
ReplyDeleteteringat dulu nani kat kampung arwah tok.. suka tolong kupaskan kelapa guna cop tu.. hmm.. pusat penetasan ye..
Waalaikumsalam,
Deletewow! terer nya, kalo sy tengok menda tu pun takut, apatah lg nk mengupas kelapa
Salam Ros,
ReplyDeleteBanyaknya benih kelapa kat rumah mak Ros, cop ni memang senang digunakan utk kupas kulit kelapa, kalau dulu pakai parang, aduh nak kupas sebiji pun berpeluh-peluh.
Salam Saodah,
Deletesy pun pernah cuba kupas kelapa guna parang, tak menjadi, last2 sy tarik sabutnya sikit2, ambil masa sejam kot, baik beli santan segar kat pasar
salam, hehe mama ingat penetasan binatang ternak tadi!
ReplyDeleteSalam Mama,
Deletepenetasan kelapa jer, bukan senang kelapa nak keluar tunas tu, kira cam menetas la tu...hehehe