Petai antara ulaman yang paling saya minati. Sekarang ini di FB dan blog-blog banyak bercerita mengenai kelebihan petai sebagai makanan kesihatan.
Sekarang ini musim petai, harganya pun murah di pasaran. Tiap-tiap minggu saya beli petai di pasar malam hari Jumaat berdekatan rumah saya. Kalau bukan musimnya, susah nak cari petai di kawasan rumah saya, kalau ada pun harganya mahal sangat.
Dulu saya selalu terfikir macamanalah nak simpan petai untuk tahan lama sikit. Kalau simpan dalam petiais dengan kulitnya ia cepat kering. Kalau dibuang kulit dia jadi lembik pula. Kalau dibuat jeruk rasa asalnya hilang yang tinggal baunya yang melampau pula.
Saya baru sahaja temui cara menyimpan petai untuk kekalkan kesegaran dan rasa aslinya sebab saya suka makan petai mentah berbanding yang telah dimasak. Mungkin cara ini baru pada saya, orang lain dah lama tahu, tapi saya nak kongsi juga dengan rakan-rakan yang tak tahu lagi.
Mula-mula kupas atau buang kulit petai supaya senang nak makan nanti. Tak pernah pula saya cuba buat cara ini dengan kulitnya sekali. Lagipun senang nak tengok petai itu ada ulat ke tidak. Kalau tidak bukan makan petai beku tapi makan pakej sekali ulat beku yang berprotein tinggi.
Petai yang telah dibuang kulit dimasukkan dalam bekas plastik bertutup dan kemudiannya di masukkan dalam bahagian beku petiais
Inilah rupanya petai yang telah beku tadi. Bila nak makan atau nak digunakan dalam masakan keluarkannya daripada petiais.
Kemudian rendamkan dalam air biasa selama kira-kira satu minit (masa berubah mengikut kuantiti petai).
Tadaa! Petai beku tadi dah sedia untuk dibuat ulam atau digunakan dalam masakan kegemaran anda. Rasa asalnya masih kekal berbanding dengan petai yang kita rendam dalam air yang selalu dijual di pasaraya.
Paling lama yang pernah saya simpan petai dengan cara ini adalah selama tiga bulan (setakat ini) tapi saya rasa setahun pun boleh tahan.
Saya juga rasa cara ini sesuai untuk penagih petai yang teringin nak seludup petai ke luar negara dengan cara yang berhemah.
ooo..akak kopek then simpan dlm tupperware kat bahagian biasa ja petai tu...4,5 hari masih ok lagi...fresh lagi...lain kali kalau borong petai,nak cuba cara ni pulak..
ReplyDeletedulu sy pun slalu buat camtu, tak brapa tahan kalau nak simpan lama-lama, sejak terjumpa cara ni mmg sy simpan buat stok
DeleteSalam rose, tak pernah pulak saya simpan dalam peti beku biasa dalam peti sejuk biasa je.Thanks 4 sharing. Saya pun akan potong tengah mcm rose,takut2 la nnti termakan si ulat berprotein tinggi.
ReplyDeleteselalunya lepas beli saya terus potong tgh camtu, kalo dibiar semalaman selalunya ulat akan membesar bagai juara dengan pantasnya dan menjangkit kt petai2 lain
Deletek.mar, mak sy pun bekukan jugak..aritu g cameron borong petai hutan dengan orang asli...sayang takut rosak..jiran ajar suh bekukan..alhamdulillah takat ni elok..:D
ReplyDeleteoh ya k.mar makan mentah tak sakit perut ke...sy prasan sy sakit perut...jadi terpaksa lah masak sambal atau buat sayur kolok...
eh silap..mcm mnr boleh nampak mcm blog k.mar...sorry rose..heheh kelabu mata pagi2
Deletehahaha...KakMar rasa...ehhh silap, kak Rose rasa nadia makan petai mentah tu sakit perut sbb angin kot, kenkadang sy pun kena cb
Deletehahahha "kak" rose sudah...:p
Deletemungkin lah kut..penyakit angin ni...sekarang dah kena hati2 nak amik ulaman...angin sampai sesak nafas
sayalah tuh yg teringin nak seludup petai ..hehehe
ReplyDeletehehehe...bolehla buat stokkan buat mengurangkan ketagihan...hahaha
DeleteTkasih. Satu ilham baru bg saya. Pagi ni suami melawat kebun petai dan gaharu. petai dicantas2 menjadi 30 cabang! tumpang suka kat kebun orang!
ReplyDeletesama-sama. Saya pulak teringin nak tanam pokok petai mini depan rumah...hehehe
Deleteassalamulaikum SmRose...kiriman dah pun akak terima..terima kasih..akak dah semai benih bunga telang...hehehe..akak pun suka makan petai..tapi perut x tahan..cepat sakit perut nak ke tandas...:)
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteAlhamdulillah dah terima yer, nanti bolehla kongsikan gambar bunga telang kat blog
rose.knah xtau pula boleh simpan beku petai nie..pertama kali dengar ni..hehe..thanks.lepas ni bolehla knah bekukan petai pula =)
ReplyDeletenasib baik sy bagitau kan knah...hehehe (gurau jer), sy pun baru jumpa kaedah ni, tu yg kongsi kat blog tu
DeleteSaya suka petai tp xleh nk mkn isi dia saje. Mesti kena makan dgn kulit sekali. Biasanya saya suka rebus tp mentah pin boleh tp mesti nk mkn dgn kulit skali. Kalu simpan dlm peti ais biasa kulit jd hitam. Nk try bekukan dgn kulit skali lah
ReplyDeleteSaya cadangkan rebus dulu petainya kalau nak bekukan dengan kulitnya sekali
DeleteDah baca .. Tkasih. Tapi saya x mkn petai.
ReplyDeleteRugi tk makan petai Pak Ngah....hihihihi
Delete