Dulu saya pernah cerita yang mak saya ada tanam pokok KURMA/TAMAR di SINI.
Setelah diselidik oleh jiran saya yang ada 10 ekar kebun kelapa sawit, kompom yang mak saya tanam tu bukan pokok tamar dan ianya sah adalah pokok kelapa sawit. Mak saya kechiwa. Lalu abah saya pun menebang pokok tersebut.
Untuk menghilangkan rasa kecewa itu mak saya telah menyemai lagi benih tamar seperti gambar di atas.
Pandangan dari atas.
Tahukah anda penerangan tentang sesuatu gambar sepatutnya berada di bawah gambar tersebut bukannya di atas gambar tersebut. Ilmu ini saya pelajari sewaktu membuat laporan projek tahun akhir saya semasa belajar dulu (lari dari topik asal).
Harapan saya kali ini adalah agar pokok tamar mak saya membesar dengan sihat dan dapat mengembirakan hati mak saya.
Sekian, Terima Kasih.
nak tanam jugaklah kalau2 nak menjadi
ReplyDeletejom kita tanam ramai2, moga2 semua menjadi
Deletein shaa allah menjadi tamar nya...keep on updating progress nya..:D
ReplyDeleteamin, atas doanya tu
Deletepenah buang biji tamar pasu...tumbuh tapi tak bertahan lama...mati...maknanya pokok tamar ni blh hidup kat m'sia kalau ditanam betul2
ReplyDeletemmg dah ada yg tanam pokok tamar kat M'sia, yg dah berbuah pun ada, yakin boleh! Malaysia BOLEH!
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteMak Aji pernah juga nak tanam tamar, Pak Aji kata x payah, beli aja, confirm boleh makan punya! Pasal kapsyen untuk foto tu, memang betul tu Rose (penerangan tentang foto mesti dibawahnya, bukan di atasnya), kalau diperhatikan dalam buku, memang itu cara yang betul. Mak Aji bergelumang hampir 30 tahun dalam bidang penerbitan, memang boleh mengesahkan!
Salam mak aji,
DeleteBetul kata Pak Aji tu, saya setuju. Wow! Mak Aji terlibat dalam dunia penerbitan selama 30 tahun, hebatnya! Banyak boleh bagi kami semua tunjuk ajar ni....hehehe
Benih yg.ditanam tu dapat dari mana Rose?.
ReplyDeleteSalam kak,
Deletedaripada buah yang dimakan tu jer, memang senang nak bercambah, jadi dewasa dan berbuah, tak tau ler
nak try jugak la semai, kut2 boleh cambah macam mak rose punya
ReplyDeletejom kita cuba!
Delete