Wah! Tajuk berdentum-dentum, rupa-rupanya nak cerita pasal pucuk paku jer pun. Kelmarin masa saya pos pasal Tuaian Semulajadi ada rakan blogger marinahunny minta saya tunjukkan rupa kawasan pucuk paku ini tumbuh. Harap marinahunny puas hatilah yer.
Inilah tempat dimana saya memetik pucuk paku sambil abah saya mencangkul tanah membuang rumput-rumput di sekitar pokok keladi yang ditanamnya. Kawasan ini tak berapa semak. Dekat kawasan yang lebih semak ada banyak lagi pucuk paku yang gemuk-gemuk. Saya tak berani nak redah kawasan itu, jadi abah saya yang pergi kutipkan pucuk-pucuk paku tersebut.
Sebenarnya dulu-dulu, saya ada bercita-cita nak tanam pokok paku ni di dalam pasu. Tapi abah saya kata tak payah!
Saya terfikir, kenapa tak ada orang yang buat kebun pucuk paku, macam kebun kangkung ker, kebun bayam ker.
Ini adalah rupaparas pucuk paku yang sesuai dipetik untuk dibuat sayur. Mak saya kata, jangan petik pucuk paku yang ada debu putih dibawah daunnya (saya rasa itu mungkin spora), nanti bila dimakan akan terkena sakit perut.
Ini pula pucuk paku bergred A, yang inilah yang paling sedap dan lembut bila dimasak dan dimakan. Tapi selalunya kalau kita beli pucuk paku dekat pasar, yang jenis ini adalah dua-tiga batang sahaja, yang lainnya semua pucuk yang dah kembang.
Ini hasil pucuk paku yang saya kutip, belum dicampur dengan yang abah saya kutip. Semuanya saya bawa balik ke rumah saya.
Ramai orang tak tahan makan pucuk paku, katanya berangin. Kalau nak tahu, pucuk paku paling sedap kalau dimasak goreng belacan. Kalau tak percaya cubalah!
Assalam rose,
ReplyDeleteTu dia,tajuk,ingat ape la tadi.....hehe....saya pun suka makan pucuk paku. biasa buat kerabu je....kalo goreng belacan lagi la sedap. :)
waalaikumsalam,
Deletetajuk jer gempak..hehehe
Nice ferns, do you eat fern shoots? How do you prepare them?
ReplyDeleteWe usually stir-fry it with some shallots and dried anchovies
DeleteAssalamualaikum Ros,
ReplyDeleteWah subur pokok paku ni, kalau musim hujan lagi banyak pucuknya,masak lemak kuning dgn siput pun sodap ni.hehehe
yer betui tu, tak pernah makan yang campur siput, lagi sedap la yer
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteNampak pucuk paku je nampak goreng belacan! Ada kawan Mak Aji kata selepas makan pucuk paku, rasa seperti kena paku! Sakit uratlah tu sebab angin! Al-maklumlah bila usia meniti senja ni. Pucuk miding ada tak kat situ?? Sedap jugak tu masak sayur pedas (boh lada hitam dan tumbuk isi ikan sebagai rencahnya)! Pun boh dalam bubur lambuk versi pantai Timur (dah kecur dah air liur)!!
Salam mak Aji,
Deletekat kawasan kebun abah sy tu tak de paku midin tapi kat ada satu Tanah lot kosong berhampiran rumah mak sy tu ada, tp segasn nak kutip sbb dekat ngan umah org...hehehe