Saya ikut abah saya ke kebunnya bahagian yang paling jauh, jarang-jarang saya ke sini sebab laluannya agak semak. Teringat zaman kecik-kecik dulu.
Saya terjumpa kulat telinga kera dekat sebatang pokok tumbang. Banyak juga. Masa kecik-kecik dulu saya rajin kutip kulat ini dan masak tumis air dengan ikan bilis. Sedap.
Saya tanya abah saya kalau-kalau dia ada meracun rumput. Takut juga kalau kulat ini dah terkena racun, tak pasal-pasal nanti muntah hijau lepas makan.
Abah saya kata dia tak meracun musim hujan. Jadi selamatlah, saya pun kutip kulat telinga kera dengan gembiranya. Sudah lama saya tak jumpa dia tumbuh secara semulajadi. Selalunya yang segar jumpa dekat pasaraya sahaja, manakala yang kering dekat kedai runcit pun boleh jumpa.
Saya tinggalkan kulat-kulat yang kecil untuk pertumbuhan seterusnya. Selalunya musim-musim hujan kulat ini memang banyak tumbuh dekat batang kayu mati. Lepas kutip ia akan tumbuh lagi, kemudian tumbuh lagi. Boleh makan sampai jemu. Tapi masa kecik-kecik dulu tak terfikir pula saya nak keringkan kulat ini.
rose, banyak betui khazanah alam yg pelik2 di kebun ayah awak...tk penah tgk kulat ni...
ReplyDeletehehehe...itu bukan benda pelik2 tu, biasa-biasa jer, kalau yg pelik tak boleh Nampak dengan mata kasar, yg tu pun sy pernah jumpa
Deleteboleh makan yer kulat nie? mcm berlendir2 sikit kan..sy tak pernah makan..
ReplyDeleteya boleh makan, sedap lagi. nak kata berlendir td jugak, tapi kalau dah masak, dia rangup2 skit...hehehe
DeleteAs salam,Rose....saya biasa tgk yg dah kering...ni first time tgk yg fresh...terus terbayang sup sayur yg ada su'un n the geng tu....;)
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
Deleteyang segar sekarang ni dah ada jual kat pasaraya (saya pun baru jumpa 2-3 tahun kebelakangan ni), btul tu sedap buat sup sayur ngan suun, mengancam
tak pernah jumpa yg fresh..biasa makan dalam tomyam kat kedai ja hehe
ReplyDeletesalam kenal & follow sini
kena gi pasaraya ni, sekarang dah byk jual, harga pun murah jer, saya dah lama menjadi peminat blog org di sanan tu...hehehe
Deletesedap tu gulai lemak cili api letak serai
ReplyDeletebetul tu, ada gak org buat masak lemak pucuk paku campur kulat ni, dah rasa, mmg sodap
DeleteSalam Rose,
ReplyDeletePertama kali Mak Aji tengok yang segar ni, biasa beli yang kering je. Kalau buat chicken clay-pot Mak Aji masukkan cendawan ni selain cendawan shiitake kering juga, sedap!! Boleh cuba tu!
salam mak aji,
DeleteSaya peminat claypot chicken rice, wow! dah terbayang kesedapannya bila mak aji sebut kat sini, terus rasa lapo
To dgn mak sya sllu tebang pokok getah dan biarkan batang tu dlm kebun gtah slama beberapa ari...lepastu dpt la kulat ni dgn byknya..hehe..knyang mkn kulat..
ReplyDeleteSlam kenal..sya folo blog ummu...
Salam kenal juga,
DeleteTerima kasih sbb follow, menarik tu, terbayang keadaan kebun getah yang redup dan mendamaikan bila baca apa yg Adrianna tulis.
Assalammualaikum dik,
ReplyDeletebetul betul unik bentuk cendawan ni..
Waalaikumsalam kak Puteri,
DeleteRasanya sedap kak, akak kena cuba ni.
Assalam... org ns panggil cendawan ni cendawan gelemer kalau tak silap
ReplyDelete..
Waalaikumsalam,
DeleteTerima kasih Kak mar, baru arini tau nama tu
Assalamualaikum. Kulat ni amat baik utk ubat stroke, kolestrol tinggi dan sakit jantung
ReplyDeleteAssalamualaikum. Kulat ni amat baik utk ubat stroke, kolestrol tinggi dan sakit jantung
ReplyDelete