Entri ini khas untuk Mak Aji dari Greenfingers
dan
Bonda dari My Cat Homes
serta kawan-kawan lain yang komen dan juga yang ingin tahu.
Sila rujuk entri INI
Ya! Saya sudah bertanya kepada pekerja Nepal yang mengaku Bangla di nurseri kegemaran tentang harga pasu-pasu dinding ini (tapi lupa nak tanya siapa nama si Nepal).
Kata Incik Nepal, harganya sangat mahal!
Apa dia ingat saya tak ada duit ker?
Saya paksa dia beritahu juga harganya. Katanya setengah dozen (6 pasu seperti gambar) adalah RM70, tidak termasuk pasu, tanah apatah lagi bunga-bungaan yang ada dalam pasu itu.
Setelah saya kira balik berapa harga pasu yang ditayangkan dihadapan nurseri kegemaran ini, harganya hampir mencecah RM1260 (ya, saya kemudiannya mengaku saya tak ada duit di dalam hati secara diam-diam agar Incik Nepal tak dengar).
Betul kata Mak Aji tapi yang ini rupanya lebih mahal daripada yang dijangkakan, belum termasuk kos besi sokongan yang dipasang di belakang pasu-pasu ini. Nampaknya boleh tengok dan angan-angan sahajalah.
cantik dan kemas, cuma harganya terlalu mahal.
ReplyDeleteyer, mahal sangat dan tak berbaloi
Deletewalaweiiii.......sentap tgk rege dia. huhu....kalo mcm tu baik la kita bina sendiri kan.
ReplyDeletehehehe...nak bina sendiri pun rasa malas jer bila dah tau harganya macam tu, pakai pasu biasa jer lah nampaknya
Deleteni projek mega ni rose....hehehe caiyok mak aji!
ReplyDeletememang tak syesuwai dgn rumah rakyat marhaen cam saya, banglo ker, syarikat2 koperat ke sesuai la
DeleteSalam Rose...mahal sgt kalau nak beli yg readymade ni rupanya.....kena tgk kat incik google image for idea...ramai esp mat salleh yg DIY utk vertical garden depa....best sgt tgk..tp saya sdri tak terbuat pon hehehehe ;)
ReplyDeleteSalam Lynna,
Deletetengok2, cuci mata boleh ler, buat tak de la nampaknya
DIY lagi murah kut...boleh aja..cuma masa dan skill ;) .
ReplyDeletebetul tu, tang skill yg kurang
DeleteSalam Ros, mahal rupanya, tak berbaloi le dgn laman saya yang sejemput je ni
ReplyDeletesalam saodah, bukan mahal tapi mahal sangat, mmg tak berbaloi, pasuya kecik sgt
Delete