Minta maaflah, kali ini berceloteh panjang untuk meluahkan kesedihan diri. Sekiranya anda orang yang sabar, bacalah sehingga ke akhir cerita.
Kisahnya begini;
Saya ada menanam pokok labu manis, petola bantal dan markisa di bahagian belakang rumah saya.
Seperti yang telah banyak kali saya ceritakan dulu, jiran di belakang rumah saya telah meninggalkan rumahnya kosong agak lama.
Jadi kawasan belakang rumahnya agak semak. Tapi tak pernah ada binatang bisa yang pernah mengganggu-gugat ketenteraman saya kecuali ramai cik-cik burung yang menyanyi riang-ria setiap pagi sambil bersarapan buah letup-letup.
Pada hari ulang tahun Malaysia yang sedih itu, jiran belakang rumah sebelah kiri telah memanjat pagar batu dari rumahnya ke rumah jiran belakang rumah saya dan terlebih rajin menebas semak-samun sambil menebas sekali semua pokok tanaman saya yang menjalar atas pagar.
Sedangkan pokok-pokok tersebut tidak masuk sedikit pun ke kawasan rumahnya sebab saya hari-hari belek dan trim pokok-pokok saya agar jangan masuk ke kawasan rumah jiran yang ada penghuni.
Sudahlah pada ketika itu pokok-pokok saya tengah mengeluarkan bunga dan bakal berbuah. Sungguh pendengki suami jiran saya itu. Mentang-mentanglah pokok saya sihat lagi subur, dia dengan sewenang-wenangnya menebas dengan gembira semua pokok labu, petola dan markisa saya sehingga tinggal tunggul sahaja.
Nasib baik dia tak cabut sekali pokoknya yang ada dalam pasu di kawasan rumah saya. Saya hanya mampu memerhati dalam diam dari rumah saya kerana tak mahu berlaku pertengkaran dan pergaduhan dengan beliau.
Kalaulah jiran yang betul-betul belakang rumah saya (tuan rumah kosong) yang menebasnya, mungkin saya tak begitu terkilan. Ini jiran yang tak ada kena mengena pula yang terlebih sibuk.
Sedangkan yang saya perhatikan keluarga jiran pendengki ini tak pernah pun keluar ke belakang rumah dia sewaktu saya ada membelai tanaman saya. Cuma sekali sekala saya dengar tingkap dibuka ketika isterinya memasak.
Kadang-kadang saya dengar juga si suami memukul dan memarahi anaknya kerana malas pergi ke sekolah (terlebih menyibuk pula saya). Telefon teledera baru tau!
Begitulah kisah sedih yang terjadi ke atas saya dan tanaman-tanaman saya pada hari ulangtahun penubuhan Negara Malaysia yang ke 50.
Sob...sob.. ...
Tinggal kenangan....
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
sedihnyer kan..takder rezki lah tuh nampaknyer...
ReplyDeletemenangis air mata darah pun tak berguna lagi, saya redho
Deleteuhuhu....saya pun terasa kesedihannye. Ingat senang2 ka nk tanam dan nak dapatkan hasil yang kita sendiri tanam dan belai? Tau2 jiran tebas sesedap rasa.........Tak pa la rose,anggap sahaja tiada rezeki. nnti rose pancangkan pokok lagi tinggi supaya pokok menjalar ke atas tidak masuk ke jiran ya. :)
ReplyDeletesaya memang dah buat pancang dan pokok tu mmg menjalar kat pancang dan tak masuk kat umah dia, mmg tidak berperiketumbuhan jiran sy tu
DeleteSedihnya,Rose...maybe ada yg lebih baik jadi pengganti pokok2 tu nnt....insyaAllah,aamiinn...
ReplyDeletesentiasalah kita berpikiran positif, mungkin nak bg peluang sy tanam biji benih lain yang diberi oleh kawan2 blogger pula
Deletesalam kak..
ReplyDeletesedihnya... aper leh buat.. sabar jer lah..
waalaikumsalam,
Deletemmg sedih sampai tak sampai hati nak ambil gambo selepas kejadian
mmg sedih rose, sama lah kita...kadang2 tu pokok tgh subur menjalar kat pagar, tetiba layu mati kena racun dari sebelah...
ReplyDeleteya sedih sekali, pasal kene racun dari sebelah tu mak sy selalu kena ngan jiran dia
Deletemmg takde kerja agak nya jiran awk tu rose...elok subur daun pokok labu kan tu...kalau sy..sy semai lagi...
ReplyDeleterasanya ada kerja bagus...hahaha, sbb arini sy round depan rumah dia ada lebih dr sebuah kete, kete mahal plak tu
Deletesimpati ngan awak rose..moga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik..
ReplyDeleteterima kasih atas simpatinya itu, amin atas doanya
DeleteTakziah yer rose, beginilah kita bila dapat jiran yang ada sakit mental, lebih2 lagi klu kita ni petani wanita yang berjaya. saya punya pokok telang pun nampak pelik . bersabar tau
ReplyDeleteterima kasih, inilah komen terbaek skali yg saya terima hari ini. Saya dikelilingi oleh jiran2 yg sakit mental....ker saya yang.....? Mohon dijauhkan...hehehe
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSedih juga sy membaca...mungkin dh tak da rezeki...walau bagaimanapun sy doakan semoga puan tabah...
Waalaikumsalam,
Deleteterima kasih atas doanya itu, setiap keburukan yang berlaku itu tebtu ada rahmat disebaliknya, yg penting sabo
Saya pun tumpang sedih dgn Rose.
ReplyDeleteApa nak buat Sali, dah bukan rezeki saya
DeleteAssalamualaikum Ros,
ReplyDeleteSedihnya baca cete ni, kalau saya pun geram sebab pokok dah nak berbuah,dulu saya pun pernah kena, tanam peria kat pagar dah berbuah jiran tu pergi ambik tanpa minta izin, tapi nak buat cam ne anggap je bukan rezeki kita. Sabor je la Ros.
Waalaikumsalam,
DeleteJiran-jiran camtu wujud kat mana-mana kan, buat donno jer. Apa yang bole kita buat sabo dan tulis kat blog utk luahkan kedukaan...hehehe
InsyaAllah after a hard pruning, pokoknya akan merimbun kembali dengan lebih banyak hasil lagi.
ReplyDeletePokok markisa mungkin akan merimbun, tapi petola ngan labu cam dah tk ada harapan dah, dah kecut pun btgnya saya tengok hari ni. Tak apalah dah tak ada rezeki, mungkin rezeki dalam btk lain pulak akan tiba.
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteMak Aji tumpang sedih dengan kisah yang menimpa Rose. Itulah dia, jiran ni ada pelbagai jenis, kalaulah mereka tahu akan sejauh mana kita perlu hubungan baik dengan jiran, nescaya dia tak buat seperti itu! Harap Rose bersabar. Takpalah, semailah lagi Rose, harap selepas ini janganlah berulang lagi perkara yang sama, insya-Allah! Lepas tanam, siap 'pagar' semua harta benda termasuk tanaman dengan ayatul Kursi, biar Allah lindungi daripada apa-apa niat jahat orang!
Salam Mak Aji,
DeleteTengoklah gambo sy tu, dah pun menangis sbb sedih...hehehe, cadangan yang baik daripada mak Aji, akan sy praktikkan.
Suka tgk pokok2 di sini, gemok2/! tapi sedihkan...
ReplyDeleteTerus berbakti pada tanah!
Terima kasih sbb sudi melawat blog saya. Jom kita hijaukan bumi!
Delete