Nak beli benih online?

Thursday, December 31, 2015

Tawaran Istimewa Akhir Tahun 2015



Pilih 10 peket benih dari senarai dibawah HANYA RM20 termasuk poslaju (PERCUMA KOS POSLAJU)

Boleh tambah benih bunga, benih special, baja dan lain-lain produk tanpa tambahan kos pos (dibawah 500g shj)

Sila hubungi semuamenjadi@gmail atau hantar msg fb kepada Semua Menjadi atau SmRose SemuaMenjadi untuk mendapatkan tawaran istimewa ini.



  1. Bayam Hijau Daun Bulat
  2. Bayam Hijau Daun Panjang 
  3. Bayam Malabar Hijau 
  4. Bayam Merah 
  5. Bayam Ungu Merah
  6. Bendi (10 biji)
  7. Betik Taiwan(10 biji)
  8. Bunga Telang (10 biji)
  9. Carrot 
  10. Capsicum Small California Wonders
  11. Cili Api 
  12. Cili Batik
  13. Cili Besar 
  14. Cili Besar YongPeng (Cili besar pedas)
  15. Daun Sup 
  16. Jagung Manis (10 biji)
  17. Jagung Mutiara (10 biji)
  18. Kacang Botor (5 biji)
  19. Kacang Botor Merah (5 biji)
  20. Kacang Buncis (10 biji)
  21. Kacang Buncis Renek (5 biji)
  22. Kacang Panjang (10 biji)
  23. Kacang Panjang Renek (10 biji) 
  24. Kailan 
  25. Kailan Jepun
  26. Kangkung 
  27. Ketumbar 
  28. Kobis  
  29. Kobis Hybrid Gianty
  30. Kobis Bunga
  31. Kobis Cina
  32. Kucai 
  33. Kundur
  34. Labu Air (5 biji)
  35. Labu Manis (10 biji)
  36. Lada Pahit(10 biji)
  37. Leek
  38. Lobak Putih 
  39. Maman
  40. Nona (5 biji)
  41. Pak Choy 
  42. Pak Choy Besar
  43. Parsley
  44. Peria (5 biji)
  45. Petola Bantal (10 biji)
  46. Petola Segi(10 biji)
  47. Roselle(10 biji)
  48. Salad Bulat 
  49. Salad Hijau
  50. Salad Hugo King
  51. Salad Manis
  52. Sawi Bunga 
  53. Sawi Kerinting
  54. Sawi Pahit
  55. Salad Butterhead 
  56. Sawi Curly Dwarf 
  57. Sawi Hijau 
  58. Salad Merah Fire Red
  59. Sawi Susu/Nai Pak
  60. Sawi Tatsoi
  61. Saw Leaf/Tong Hao/Garland Chrysanthemum 
  62. Sayur Raja
  63. Selasih 
  64. Sengkuang (5 biji)
  65. Tembikai Merah(5 biji)
  66. Tembikai Susu 
  67. Terung Bulat 
  68. Terung Mini
  69. Terung Panjang
  70. Timun (10 biji)
  71. Timun Betik (10 biji)
  72. Timun Jepun(5 biji)
  73. Timun Kuning(10 biji)
  74. Tomato 
  75. Ulam Raja 
  76. Zucchini (Miami Green)(5 biji)

Monday, December 28, 2015

Buah Tin Pertama



 Saya tak ingat saya beli pokok ni bila, tapi tarikh gambar ini diambil adalah pada 17 Oktober 2015.
Saya beli pokok yang dah ada putik.



Semakin hari semakin besar. Sayangnya saya tak tahu pokok tin ini dari varieti apa.



Masa ni saya pegang buahnya terasa lembut.



Esoknya warna terus berubah

 Lusanya buah terus gugur






Dapat juga saya makan buah tin hasil dari kebun sendiri dan ada beberapa biji lagi akan menyusul.

Sunday, December 27, 2015

Tuesday, December 22, 2015

Tanam Kangkung guna Tapis dan Baldi Cara Euzie Byna

 Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

Saya dah dapat izin daripada pemilik akaun Fb Euzie Byna untuk berkongsi kaedah penanaman kangkung yang sangat mudah dan menarik ini.

















Jom kita cuba, tanam sayur sendiri jimat belanja kesihatan sejahtera

Sila klik link ini untuk dapatkan pakej kangkung tapis
https://jualansm.blogspot.my/2018/03/pakej-kangkung-tapis-rm20-sahaja.html

Friday, December 18, 2015

Matahari matahari Bangunlah



Baru keluar rambu ramba


 dah ada kuning sikit-sikit

 Mula menampakkan ciri bunga


 Baru sebelah terbuka


 Kembang sepenuhnya, gambar gelap sebab ambil waktu pagi, petang semalamnya dah kembang penuh


 Hari keempat sejak kembang penuh, masih mekar menawan kalbu


Siram dengan baja fish meal dan epsom salt 

Friday, December 11, 2015

Cara Menyimpan Biji Benih



Saya suka kumpul biji benih, kalau dapat yang rare lagi best. Kadang-kadang tak tanam pun. Asalkan dapat pun dah cukup puas hati. Dah macam pengumpul  stem pulak. Dulu saya suka kumpul stem, sekarang pun suka.

Ini cara saya kumpul biji benih, memang la banyak sebab saya jual. Memang best dapat kumpul benih begini. Saya susun ikut abjad, tapi kalau ada benih baru kucar-kacir jugak susunannya. Tapi saya hampir hafal setiap kedudukan benih yang ada. Kadang-kadang tersasar jugak.

Menurut pakar-pakar, untuk biji benih tahan lebih lama iaitu sekurang-kuranya dua tahun, elok simpan dibahagian bawah petiais. Simpan dalam bekas bertutup agar benih tak kena air dan tak terlalu kering disebabkan suhu petiais.

Friday, December 4, 2015

Dilema Seorang Penanam Serai



Abah saya mengisi masa terluangnya dengan bertani. Macam-macam yang abah saya tanam tapi akibat ancaman babi hutan abah saya teruskan dengan menanam serai.

Gambar ini diambil ketika saya temankan abah saya potong serai sebelum di jual sambil bersembang hal-hal tani. Yer minat kami memang sama.

Dulu hanya abah saya yang tanam serai di kawasan ini. Sejak tengok serai abah saya hidup subur dan mendatangkan hasil, ramai yang mengikut jejaknya termasuklah jiran-jiran berhampiran.

Masing-masing minta benih serai secara percuma tapi dengan niat nak berniaga kemudiannya. Kesian abah saya, dia tak mampu nak kata apa kalau orang tak berbahasa.

Ada juga yang datang ceroboh kebun abah saya untuk ambil benih sesuka hati walaupun dah minta tapi tetap kurang manis pada pandangan saya.

Akhirnya dia terjumpa ular diperdu serai. Sedangkan saya selalu sahaja meredah rumpunan serai tanpa jumpa apa-apa sehingga sekarang.

Abah saya kata sekarang ini serai dah kurang laku. Penyebabnya pengeluaran melebihi permintaan. Semua orang pun nak tanam serai tapi takda tempat nak dipasarkan.

Banyak rumpun serai yang mati begitu sahaja. Abah saya dah macam putus asa.

Sekarang abah saya nak tanam pokok anggur pulak... hahaha. Macam kelakar kan. Tapi memang abah saya dah mula tanam pokok anggur, alhamdulillah nampak elok.

Semuanya atas nasihat anak kesayangan dia iaitu saya....kikiki!   

Thursday, December 3, 2015

Keriang Dot

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36


Inilah rupa buah keriang dot yang sangat glamer kat FB. Saya biasa dengar sahaja, tak pernah jumpa mahupun makan buah ini. Banyak yang diperkatakan tentang buah nostalgia ini. Ramai yang kata sedap, saya hanya dapat telan air liur jer mendengarkan kisah buah ini.

Banyak nama lain juga untuk buah ini, ada yang panggil jambu arang, buah jamblang dan macam-macam nama lagi.


Suatu hari adik saya kata dia jumpa buah ni tapi dia sendiri tak tau namanya. Bila saya perhatikan macam biasa ku lihat sahaja.


Untuk memastikan buah yang dilihat itu benar-benar buah keriang dot, saya pun bertanya pada otai-otai belah utagha di Grup Kebun Bandar. Ramai yang mengesahkan gambar yang dilihat itu sebagai buah keriang dot.

Sungguh saya tak sangka ada jugak pokok ni dikawasan berhampiran dengan tempat saya. Tak sabar rasanya nak merasai sendiri kelazatan buah keriang dot yang sering diperkatakan ini.





Akhirnya merasa juga saya makan buah keriang dot walaupun cuma dua biji. Memang saya suka rasanya. Rasa macam buah jambu susu.

Saya juga sempat mengutip biji buah keriang dot yang bertaburan di bawah  pokok. Saya nak mintak abah saya semaikan.

Harap-harapnya elok hiduplah benih-benih tu semua. Aamiin.

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

Tuesday, December 1, 2015

Pakej Disember

Rm30 termasuk poslaju utk Semenanjung


1. BAJA ORGANIK FISH MEAL GREEN & BLOOM 60ML - RM10

2. Bayam Merah (5g) - RM2

3. Cili Besar Pedas YongPeng (30 biji) - RM2

4. Ketumbar (3g) - RM2

5. Labu Manis (10 biji) - RM2

6. Parsley (1g) - RM2

7. Peria Katak Hybrid Emas (5 biji) - RM5

8. Terung Mini (30 biji) - RM2

9. Ubat Siput (60g) - RM3

10. Kos pos rm7 - PERCUMA

Sila hubungi semuamenjadi@gmail atau hantar msg fb kepada Semua Menjadi atau SmRose SemuaMenjadi untuk mendapatkan pakej ini.







Monday, November 9, 2015

Kimchi ala Semua Menjadi

Saya suka sungguh makan kimchi. Mula-mula rasa masa buffet kat hotel. Lepas tu terus jatuh cinta pada kimchi. Masa tu saya makan dimsum cicah kimchi. Sedap sangat.

Selalunya saya beli kimchi dalam botol kat pasaraya. Harganya sekitar RM17 dengan berat 450g. Agak mahal juga pada saya ni.

 Tapi sebab malas nak buat terpaksa la beli sahaja. Kadang-kadang saya makan saja kimchi sambil tengok TV. kadang0kadang makan dengan mihun sup. Kadang-kadang juga buat stimbot kuah kimchi.

Tiba-tiba saya rasa nak buat sendiri pula, jadi saya cari video kat youtube. Jumpa banyak video tapi saya pilih yang paling ringkas dan mudah.

Saya tak ikut semua langkah-langkahnya. Ikut sesuka hati saya buat, lagipun saya yang nak makan. Dibawah ini cara saya buat kimchi ala-ala Semua Menjadi.

 
Saya beli kobis cina harga RM3. Pastu saya potong-potong dan basuh bersih. Kemudia saya sediakan garam dalam segenggam kemudian campur dengan sedikit air sehingga jadi pes. Kemudian saya lumurkan  kobis dengan garam. Biarkan dlm 1 jam atau hingga kobis layu. Pastu basuh kobis dgn air 3 kali.Tuskan.




Sediakan air panas. Masukkan serbuk cili hingga jadi paste.
Pastu potong daun bawang dan carrot. Campurkan paste cili dgn daun bwg dan carrot beserta dgn sos ikan dan campur jugak bwg putih hancur. (Sukatan agak2)





Pastu lumurkan campuran paste cili carrot daun bwg ke kobis tadi.Biar sebati. Pastu boleh simpan dlm bekas bertutup. Letak dlm petiais.

Resepi Kuah Stimbot Kimchi ala Semua Menjadi

Ayam dan tulangnya dlm 300g
Cendawan tiram 200g
Kiub ayam
Kimchi 200g
Air. Garam secukup rasa.

Caranya: Masuk air dlm periuk. Masukkan ayam dan cendawan. Biar mendidih. Pastu masukkan kiub dan garam. Selepas itu boleh masuk kimchi . Biar mendidih. Pastu dah boleh start masukkan pekakas2 stimbot cam udang, bebola. Ketam. Sayur. Fucuk. Taufu pok. Dan lain-lain lagi. 

Sila nikmati stimbot kimchi anda sambil doakan saya bahagia dunia dan akhirat

Friday, November 6, 2015

Keratan Batang Anggur Isabela untuk diJUAL




Keratan btg anggur jenis Isabela 
Buah Muda Hijau, Buah Matang Merah/Ungu



Pakej: 3 batang RM10. Kos Pos RM7. Serbuk penggalak akar RM3. 
Total RM20 untuk Semenanjung
Dibuka untuk tempahan berbayar.
Akan di pos pada 16 November 2015


Sila hantar personal message kepada FB SmRose SemuaMenjadi atau hantar email kepada semuamenjadi@gmail.com

Sunday, November 1, 2015

Pakej November

Hanya RM30 dan RM33 (SS)
12 peket benih terpilih dan 300g Epsom Salt

1. Epsom Salt 300g - RM3
2. Cili Jambak 30 biji benih - RM5
3. Timun Jepun (5 biji) - RM2
4. Kobis Cina (1 gram) - RM2
5. Maman ( 1 gram) - RM2
6. Selasih ( 1 gram) - RM2
7. Ketumbar ( 1 gram) - RM2
8. Bayam Merah Ungu ( 5 gram) - RM2
9. Sawi Tatsoi ( 1 gram) - RM2
10. Kangkung (10 gram) - RM2
11. Kacang Panjang (10 biji) - RM2
12. Zucchini (5 biji) - RM2 
13. Cili Besar Kulai (50 biji) - RM2 
14. KOS POSLAJU - PERCUMA


Saturday, October 31, 2015

Pakej Oktober - RM30

Hanya RM30 dan RM33 (SS)
10 peket benih terpilih dan 2 botol baja Organik

1. Bendi Arab (10 biji)
2. Terung Bulat ( 1 gram- 30 biji)
3. Timun (10 biji)
4. Carrot (1 gram)
5. Lobak Putih ( 6 gram)
6. Bayam Hijau Daun Panjang ( 4 gram)
7. Cili Api ( 1 gram-30 biji)
8. Sawi Curly Dwarf ( 1 gram)
9. Kacang Botor Merah (5 biji)
10. Kailan (3 gram)
11. Baja Organik FISH MEAL GREEN 60ml
12. Baja Organik FISH MEAL BLOOM 60ml 
13. KOS POSLAJU - PERCUMA


Bendi Arab

Terung Bulat

Lobak Putih

Bayam Hijau

Kacang Botor Merah

Kailan

Baja Organik Fish Meal

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...