Tengoklah, sedikit sahaja mulberi yang dapat saya tuai. Bunga melur dan buah kemunting tu buat hiasan sampingan sahaja.
Bukannya pokok mulberi saya tak lebat berbuah, bukan sebab tak cukup baja dan bukan juga sebab semut dah makan seperti yang saya ceritakan sebelum ini.
Gambar mulberi sebelum dipetik. Saya sebenarnya nak tunggu buahnya agak kehitaman baru nak tuai. Tapi satu kejadian yang menyakitkan hati telah berlaku dan membuatkan saya menuai kesemua buahnya.
Pada satu petang, waktu saya pulang dari kerja, saya perhatikan cucu jiran sedang bermain-main berhampiran dengan pokok-pokok saya. Sewaktu itu saya sedang menyiram pokok.
Cucu jiran tersebut memetik buah mulberi saya di depan mata saya. Saya tak kisahlah sangat sebab dia budak-budak.
Tapi selepas itu, dia datang lagi sekali dengan membawa joran pancing untuk menjolok buah mulberi saya.
Neneknya yang ada berhampiran cuma melarangnya secara sambil lewa, bukannya nak minta buah tersebut dengan saya ke, sedangkan saya tertonggok dekat dengan pokok tersebut.
Ada juga niat dihati saya nak bersedekah sahaja buah mulberi kepada cucu jiran tapi tak jadi sebab saya takut pemberian saya ditolak oleh neneknya.
Selama ini saya ingat semut yang makan buah mulberi saya, rupa-rupanya orang lain. Lepas itu bukan nak minta izin. Malah budak-budak tersebut buang sampah merata-rata dihadapan rumah saya.
Inilah dugaan hidup berjiran. Sebelum ini saya dapat jiran yang sangat baik di kiri dan kanan.
Kali ini betul-betul menduga kesabaran saya. Kalau ikutkan hati nak sahaja saya beli rumah lain atau pindah terus ke kawasan lain.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?