Wednesday, February 13, 2013

Gajet Terkini

Terkini di rumah saya sahajalah. Rumah orang lain dah lama ada kot.


Gajet ini berfungsi untuk meletakkan pasu gantung dengan lebih kemas dan menawan pada dinding sempadan rumah dengan rumah jiran.


Saya beli sepasang. Beli dekat mana lagi tentulah dekat nurseri kegemaran. Jurujualnya tentulah si Kamal. Jenuh saya minta kurang harganya daripada si Kamal, susah betul. Kamal kata kalau taukeh tak ada gerenti dia bagi harga yang saya minta. Itupun dapatlah saya kurang seringgit daripada harga yang di tawarkan oleh Kamal.

Esoknya saya pergi lagi ke nurseri sebab nak beli lagi sepasang. Kali ini jurujualnya taukeh perempuan. Harganya naik RM2 satu. Tak jadi saya beli.  Lain kali saya nak tanya si Kamal bila taukeh tak ada, barulah boleh minta harga murah. 


Gajet ini diperbuat daripada logam, mungkin daripada keluli karbon rendah, saya pun tak pasti. Dengan adanya gajet ini penyidai kain saya bolehlah lebih digunapakai sebagai penyidai kain, kalau tidak, penuh dengan pasu gantung sahaja. Nasib baik saya belum minat lagi nak menanam orkid, kalau tidak mesti penuh dengan pokok orkid pula.

Tapi yang sedihnya, gajet ini tidak boleh pula diletakkan di dinding sebelah kanan kerana jiran sebelah kanan saya ada letak sistem paip dekat dinding untuk mesin basuhnya yang di letak dihadapan rumah (canggihkan). Saya tak boleh nak letak di dinding sebelah kiri sebab di sana kurang menerima cahaya matahari.

Itulah cabarannya berkebun dekat kawasan sempit, rumah pun sempit. Seorang nak pasang sengkuap, semua pun nak pasang sengkuap, akhirnya cahaya matahari pun susah nak jumpa.  Bertuahlah sesiapa yang ada tanah luaskan, tak payah nak berebut-rebut kawasan.

12 comments:

  1. hehe..bersaing lagi yer..cantik dah tu..mesti nanti jiran awak nak letak jgk...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer kot, sbb sy perhatikan sblm ni dia tak ada tanam ros jepun, tetiba skang ni dia pun ada ros jepun, warna sama plak tu... kebetulan, kebetulan

      Delete
  2. cantikla dan praktikal pada saya,tak pernah nampak lagi penggantung macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik tak pernah nampak, kalau tidak malu la sy bg tajuk entry ni'gajet terkini'...hehehe

      Delete
  3. salam rose,
    pokok apa yg digantung tu, subur beno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak,
      entahla apa namanya tapi daunnya gemuk2 berair cam kaktus gitu

      Delete
  4. lynn x pernah jumpa lg gadjet nih..nnti nak cuba intai2 kat Sg Buloh berapa harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah jumpa tolong bagitau harga yer, manalah tau murah...boleh kirim

      Delete
  5. salam,
    boleh tak saya nak tahu lokasi nursery kegemaran awak tu? Bukan saya nak berkenalan dgn si Kamal, saya cuma tertarik dgn gajet ni:) Lagipun saya tgk nursery kegemaran awak tu byk pokok canggih yg takde kat nursery yg dekat dgn rumah saya.

    ReplyDelete
  6. Ermmmm..... suka... suka... Nursery tu kat mane ye kak.... Teringin plak nak g beli.... ;-)

    ReplyDelete

Tetanda

abah (3) Aidiladha (1) Anaheim Peppers (1) Anggur (8) asam batu (1) Ayam (1) Azalea (2) batu karang (1) Belalang Kunyit (1) Bendi (2) benih (2) berbunga (1) bernas (1) Betik (2) betik akar (1) Biji benih (5) biodegradabel (1) Birthday (1) Blackcurrant (1) Boss (2) buah (1) buah letup-letup (1) buah naga (1) buah putat (1) Bukit Tinggi (1) Bunga (32) bunga kantan (2) bunga kertas (1) bunga liar (1) bunga plastik (1) Bunga Raya (4) bunga ros jepun (1) bunga telang (3) Bunian (1) cabang tiga (5) Cameron Highland (9) cekur manis (1) Cemperai (1) cencalok (1) cendawan (3) cendawan busut (1) Cili (5) cili api (6) cili hijau (3) Cili Merah (2) Cili New Mexico (1) cili ungu (1) daun (3) daun kaduk (1) daun kari (2) daun kunyit (1) daun limau purut (1) Daun Pandan (3) daun sup (5) Delima (7) durian (2) Durian Belanda (2) epal bidara (1) Epal Hijau (3) Facebook (1) gajet (1) gajus (1) halaman (1) Halia (1) herba (2) herba liar (4) Hiasan (1) hidroponik (1) hiroponik (4) hobi (1) hotel (1) Hyacinth (2) Idola (1) ikan herba (1) Impian (1) Isnin (2) Jagung (1) Jambu (3) jambu batu (1) Janggut Ali (1) Jarum Tujuh Bilah (5) Jiran (14) Jualan (1) Jus (1) kacang botol (2) Kacang Hijau (1) kacang kelisa (2) Kacang Panjang (3) Kailan (3) Kamal (1) kambing (1) Kebun (8) Kebun Abah (7) Kebun Mak (3) Kecik (1) Kekabu Air (4) Kekwa (1) Kelantan (2) Kelapa (1) kelu (1) Kemuning (1) kemunting (4) kenduri (1) kesum (3) ketereh (2) khasiat (1) kiriman (1) kobis cina (1) Kuala Terengganu (1) Kucing (3) kuning (1) Kunyit (3) kurma (1) labu (2) LAIN (8) laksa (2) LDL (3) Lengkuas (1) limau bali (1) limau kasturi (3) limau mandarin (1) limau purut (3) Mak (7) mak abah (8) malabar (1) malang (1) maman (1) mangga (3) Mangga Taiwan (1) Markisa (3) masak (1) Masak Kicap (1) Melancong (1) melur (3) mengkudu siam (2) Microwave (1) Mimin (3) misteri (2) money plant (1) Mulberry (8) nangka (1) Nasi Goreng (1) nasin (1) ngeri (1) Nurseri (12) Orkid (2) paku pelangi (1) Pasu (1) pegaga (1) pegaga kampung (1) pelik (1) Pemandangan (1) Penat (1) pencuri (1) perabot taman (1) periuk (1) Pertama (1) Petola (2) Petola Bantal (3) pisang kaki (1) Plastik (1) pokok duit (1) pokok peluru pistol (1) Pokok semalu (2) Port Dickson (3) pucuk kaduk (1) pucuk mangga (1) pucuk mulberi (1) pucuk putat (2) Pucuk Ubi (5) pudina (2) Pulasan (1) Punica Granatum (2) Racun (1) red button ginger (1) Red Indian Guava (3) Resepi (6) RnR (1) Ros Jepun (6) roselle (4) salad (1) sambung nyawa (1) santai (1) Sawi (1) Selasih (1) Selom (3) serai (2) serawa (1) shepherd pie (3) Siput (1) sirap roselle (1) sireh (1) Sireh India (1) Strawberi (4) Strawberry (3) tamar (1) Taugeh (2) TCT (1) telinga kera (1) Temerloh (2) terung (1) terung berembang (1) Terung Telunjuk (2) timun betik (5) timun ladang (5) Timun Tikus (2) Tiru (1) Titiwangsa (1) Tomato (4) Tomato Ceri (5) Tomyam (1) Trong (1) Tuaian (19) TYT (1) Ubat (2) ulam (5) Ulam Raja (2) ulat (1) UNDI (1) wangi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...