Nak beli benih online?

Thursday, February 14, 2013

Nanti ku Garam Kunyitkan Kao!

 Kenal tak siapa ni?


Bagi siapa yang tak kenal lagi inilah si kacak belalang kunyit.


Masa saya tangkap gambarnya, elok pulak dia beraksi santai sambil menikmati cahaya mentari pagi.


Dia sempat beraksi dengan pelbagai gaya (perhatikan kaki belakangnya) sebelum ditangkap dengan tangan saya sendiri. Kemudian saya masukkan ke dalam tong kompos.

Petua orang tua-tua, kalau ada belalang merosakkan tanaman kita dan kita nak halau dia dan kawan-kawannya supaya jangan datang lagi, kita mesti cakap dekat dia macam ini, "Nanti aku garam kunyitkan kau, baik pergi jauh-jauh".

Tahukah anda yang kita boleh makan belalang. Walaubagaimanapun saya belum pernah mencuba lagi. Tapi ada kawan saya kata dia pernah makan belalang kunyit goreng, katanya  rasanya seakan-akan udang goreng, sedap tu. Ada sesiapa yang pernah makan, betul ker rasanya macam tu?


Belalang kunyit ini bersantai di pokok 'red indian guava' saya setelah merosakkan pucuk-pucuk pohon mangga Taiwan kesayangan saya. Hari-hari saya perhatikan ada pucuk mangga saya yang patah bertaburan di bawah pokok.

Dulu, masa saya kecik-kecik, ada seorang india selalu datang ke rumah mak abah saya dan minta pucuk mangga di rumah mak abah saya untuk di buat ulam. Selalu sangat dia datang, sehinggakan saya rasa mungkin pucuk mangga tu sedap sangat rasanya.

Saya tanya mak saya kenapa kita tak makan pucuk mangga, mak saya kata tak elok makan pucuk mangga, nanti muka jadi lebam, saya percaya dan tak pernah makan pucuk mangga. Tapi kalau pucuk ketereh ker, pucuk tenggek burung dan pucuk putat selalulah saya makan (itupun setelah dewasa).

Tapi kalau melihat kepada rupa paras belalang kunyit ini, saya tak nampak pun mukanya lebam, kacak lagi ada!

14 comments:

  1. Goreng belalang sedap, sy pernah makan ms kecik dulu..tp bukanlah yg besar mcm nie..tak berseleralah pulak..takperlah bg dia makan ulam sikit2 nak awet muda...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap...erm kena cuba gak ni, maknanya awk makan belalang yg ijau tu la yer

      Delete
    2. yg ijau kecik2 ..belalang tuh ditangkap guna jaring..kira byklah kuantitinya...buanlah kaki ngan sayap sblm masak..tp makcik sy msk dulu mmg sedap & garing..meleleh...heheheh

      Delete
  2. Pernah mkn jugak masa di Lenggong. Belalang panggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! belalang panggang, cicah air asam tak?...hehehe

      Delete
    2. Sungguh sedap dimakan begitu saja....tapi sekarang kalo offer tak nak dah :)

      Delete
  3. amboi....posing sakan belalang kunyit tu,gemuk pulak tu. Tak pernah makan belalang....mungkin tak kena dengan tekak kut a.k.a (geli sebenarmya....heheh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata kita pejam mata sambil bayangkan kita kunyah udang goreng, ada org kata belalang ni merupakan sumber protien yg baik

      Delete
    2. banyak serangga jadi sumber protein terutamanya di negara miskin.. Yang paling banyak protein orang kata ialah maggot lalat.. tapi buat masa ni bnyk lagi sumber protein lain, belum teragak nak makan belalang. Hehehhe

      Delete
    3. eii...takkan nak makan berenga lalat kot...auw

      Delete
  4. oh itu macam ke petua nya?, belalang ini sedang serius mengintai daun2 muda pokok peria jantung dan labu manis venus yg sangat2 aku nak jaga.Entah apalah nasib pokok2 berdaun muda itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sendiri pun tak amalkan, cuma petua org lama-lama jer

      Delete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...