Nak beli benih online?

Monday, February 18, 2013

Petola Basuh Pinggan


Ini gambar buah petola bantal kering setelah dibuang kulit luar. Abah saya yang bagi buah petola ini. Kadang-kadang sarang daripada petola ini orang buat penyental badan tapi selalunya di buat penyental pinggan mangkuk. Tak payah nak beli span basuh pinggan, tanam sahaja pokok petola bantal, nanti dapatlah bekalan span pencuci pinggan mangkuk untuk setahun dua.

Kalau mak saya pulak, dia gunakan sarang petola ini untuk buat bunga hiasan. Saya pula rasa, sarang ini elok di kumpul banyak-banyak untuk di buat bantal kepala.


Ini pula biji benih petola bantal yang diperolehi daripada sebiji petola. Banyak sungguh. Boleh buka ladang komersil petola bantal dengan biji benih yang ada.

Rupanya ada iras-iras kuaci hitam. Tapi rasa tak tau sebab saya tak cuba lagi. Selepas saya buang kulit luar petola, saya ketuk-ketuk sarangnya keluarlah biji benih yang banyak ini.

Tak taulah bernas ke tidak sebab dah lama saya simpan petola bantal yang kering tu.


Ini pula gambar biji benih petola bantal yang telah saya bungkuskan dalam plastik. Simpanan untuk masa depan. Selepas saya bungkuskan barulah saya tahu berapa banyak biji benih petola bantal yang saya ada.

Rasanya macam nak agih-agihkan pada kawan-kawan dekat opis. Tapi diorang nak ker?



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

24 comments:

  1. Hmmm...kalo buh dalam bantal takut tikus bersarang lah pulak..hehehe..banyaknyer benih tuh..biasa sy dpt setoek jer.....huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker, rasanya tikus tak suka serat loofah tu...hehehe

      Delete
  2. Insyallah derang nak,try la tanya dulu. Masa nak guna untuk sental pinggan mangkuk tu rose potong separuh atau pakai satu sabut tu? sbb nampak besar dan banyak je sabut dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya angan-angan jer nak basuh pinggan pakai petola tu, belum cuba lagi,m tapi rasanya kene potong tiga, panjang sangat tu

      Delete
  3. Replies
    1. nak yeerrrr, sila hanta alamat rumah/opis kat sini atau kalau malu-malu kucing hantar kat semuamenjadi@gmail.com ( kalau dah hantar bgtau, sbb malas nk bukak email slalu..hehehe)

      Delete
  4. salam...sabut nie lembut ke keras...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah keras sangat, lembut skit dr sabut kelapa

      Delete
  5. cantik betul sabut petola ni, kalau banyak agaknya sesuai untuk sabut orkidkan Rose.

    ReplyDelete
  6. aa'h la kak, tak tepikir pula saya, btul, btul sesuai ni

    ReplyDelete
  7. Mahal jual ni kat bodyshop untuk sental badan hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah mahal sbb jenamanya, kalau dekat2 rumah sy ni ada nyonya tua jual kat pasar malam tp tak pernah tanya harga...hehehe

      Delete
  8. dgn tebal muka sy pun tumpang sekali..nak, nak!!
    dah email addres..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, sy ingat lg Lyn nak benih timun betik skali kan, sy akan cuba pos minggu ni atau minggu depan, takut minggu ni tak sempat sbb byk keje opis..hehehe

      Delete
    2. tq, tq.. Lynn tgh semai benih sunflower putih..putih ok....(ceh, ceh..) kalau menjadi, nanti lynn kirim ya!

      Delete
    3. benih dah sampai..yahooooo!! makacih bebanyak! Nanti cosmos colorful dan sunflower putih ada benih lynn hantar pulak..batter system..

      Delete
  9. Blh bg sy sikit benih petola ni?

    ReplyDelete
  10. boleh, bagi alamat kat semuamenjadi@gmail.com

    ReplyDelete
  11. terima kasih...dah hantar alamat kat email...

    ReplyDelete
  12. benih petola dah sampai...terima kasih banyak2....suka sangat...

    ReplyDelete
  13. Salam,sy berminat nak beli benih ni.Sy email kat awk add sy.

    ReplyDelete
  14. Saya berminat nk beli sabut petola nk buat kerja seni,klu dapat dlm 10 atau 15 buah. Berapa harga utk setiap satu. Tq

    ReplyDelete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...