Tuesday, February 5, 2013

Cili apakah ini?


Sewaktu dalam pencarian nurseri baru untuk dijadikan nurseri kegemaran, saya terjumpa pokok cili ini yang nampak subur dengan buah yang banyak bagi pokok bersaiz renek sepertinya. Harga sepokok pun boleh tahan murah. Saya pun beli. Saya berharap cili ini akan besar seperti cili besar biasa. tapi saiznya tak berubah hingga ke hari ini malah warnanya yang hijau muda telah pun bertukar merah, tandanya buah cili tersebut telah matang.


Nurseri baru ini terletak agak jauh dari rumah saya. Dari luar kelihatan banyak pokok yang menarik rupanya. Tapi bila dah masuk ke dalam, sikit sangat pokok-pokok yang dijualnya. banyak juga pokok-pokok yang terdapat di nurseri kegemaran dijual di sini, malangnya harga pokok-pokok tersebut lebih mahal walaupun kualiti pokoknya kelihatan sama. (maaf gambar tak berkaitan cerita).  jadi nurseri baru tersebut gagal menjadi pengganti nurseri kegemaran yang terdahulu.


Saya telah pun menggunakan cili ini dalam masakan terung goreng kicap saya. Kepedasannya sama tahap dengan cili padi Thailand. Cili ini sainya sepanjang jari telunjuk tetapi dempak (lebar) tidak seperti cili padi Thai yang kurus. Bijinya banyak dan apabila dihidu bau pedasnya menusuk hidung. Agaknyalah ini cili kacukan antara cili besar dengan cili padi Thai. Kalau sesiapa kenal cili ini sudi-sudilah bagitau saya yer.

10 comments:

  1. Cantiknya batang dan daunnya. Cili kulai king saya lompong san sini daunnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ler cantik sbb baru bawa balik dr nurseri...hehehe

      Delete
  2. a'ah segar jer pokok..sy punya tak kira la cili jenis apa pun..semua nya ada putih-putih..penuh pada daun batang..mcm kelemumur jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu bena putih, sy guna racun kimia beli kat kedai peladang kalau guna yg organik tk jln

      Delete
  3. macammanalah Ros jaga cili ni, sihat dan banyak buah.Cili saya tanam kalau pokok sihat subur tapi sebiji je buahnya.Kalau buah banyak, tak sempat masak buruk macam kena jeruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke, gambar tu diambil selepas beli dr nurseri kak, mmg la nampak subur dan buahnya banyak, kalau buruk sebelum masak tu, sy pun penah kene, tu disbbkan oleh lalat buah kalau tk silap sy

      Delete
  4. banyak dugaan saya menanam pokok cili... kalau tak kena bena putih, daun pula kerinting. sesekali kena beli pokok cili dari nursery bagi mengubat hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer btul sgt tu, tidak pun import dr rumah sesiapa...hehehe

      Delete
  5. salam,
    suka tgk blog akk,mcm cili solok jek tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, selamat datang dan terima kasih krn sudi melawat, sambungan entry tu ada kat http://semuamenjadi.blogspot.com/search/label/Anaheim%20Peppers

      Delete

Tetanda

abah (3) Aidiladha (1) Anaheim Peppers (1) Anggur (8) asam batu (1) Ayam (1) Azalea (2) batu karang (1) Belalang Kunyit (1) Bendi (2) benih (2) berbunga (1) bernas (1) Betik (2) betik akar (1) Biji benih (5) biodegradabel (1) Birthday (1) Blackcurrant (1) Boss (2) buah (1) buah letup-letup (1) buah naga (1) buah putat (1) Bukit Tinggi (1) Bunga (32) bunga kantan (2) bunga kertas (1) bunga liar (1) bunga plastik (1) Bunga Raya (4) bunga ros jepun (1) bunga telang (3) Bunian (1) cabang tiga (5) Cameron Highland (9) cekur manis (1) Cemperai (1) cencalok (1) cendawan (3) cendawan busut (1) Cili (5) cili api (6) cili hijau (3) Cili Merah (2) Cili New Mexico (1) cili ungu (1) daun (3) daun kaduk (1) daun kari (2) daun kunyit (1) daun limau purut (1) Daun Pandan (3) daun sup (5) Delima (7) durian (2) Durian Belanda (2) epal bidara (1) Epal Hijau (3) Facebook (1) gajet (1) gajus (1) halaman (1) Halia (1) herba (2) herba liar (4) Hiasan (1) hidroponik (1) hiroponik (4) hobi (1) hotel (1) Hyacinth (2) Idola (1) ikan herba (1) Impian (1) Isnin (2) Jagung (1) Jambu (3) jambu batu (1) Janggut Ali (1) Jarum Tujuh Bilah (5) Jiran (14) Jualan (1) Jus (1) kacang botol (2) Kacang Hijau (1) kacang kelisa (2) Kacang Panjang (3) Kailan (3) Kamal (1) kambing (1) Kebun (8) Kebun Abah (7) Kebun Mak (3) Kecik (1) Kekabu Air (4) Kekwa (1) Kelantan (2) Kelapa (1) kelu (1) Kemuning (1) kemunting (4) kenduri (1) kesum (3) ketereh (2) khasiat (1) kiriman (1) kobis cina (1) Kuala Terengganu (1) Kucing (3) kuning (1) Kunyit (3) kurma (1) labu (2) LAIN (8) laksa (2) LDL (3) Lengkuas (1) limau bali (1) limau kasturi (3) limau mandarin (1) limau purut (3) Mak (7) mak abah (8) malabar (1) malang (1) maman (1) mangga (3) Mangga Taiwan (1) Markisa (3) masak (1) Masak Kicap (1) Melancong (1) melur (3) mengkudu siam (2) Microwave (1) Mimin (3) misteri (2) money plant (1) Mulberry (8) nangka (1) Nasi Goreng (1) nasin (1) ngeri (1) Nurseri (12) Orkid (2) paku pelangi (1) Pasu (1) pegaga (1) pegaga kampung (1) pelik (1) Pemandangan (1) Penat (1) pencuri (1) perabot taman (1) periuk (1) Pertama (1) Petola (2) Petola Bantal (3) pisang kaki (1) Plastik (1) pokok duit (1) pokok peluru pistol (1) Pokok semalu (2) Port Dickson (3) pucuk kaduk (1) pucuk mangga (1) pucuk mulberi (1) pucuk putat (2) Pucuk Ubi (5) pudina (2) Pulasan (1) Punica Granatum (2) Racun (1) red button ginger (1) Red Indian Guava (3) Resepi (6) RnR (1) Ros Jepun (6) roselle (4) salad (1) sambung nyawa (1) santai (1) Sawi (1) Selasih (1) Selom (3) serai (2) serawa (1) shepherd pie (3) Siput (1) sirap roselle (1) sireh (1) Sireh India (1) Strawberi (4) Strawberry (3) tamar (1) Taugeh (2) TCT (1) telinga kera (1) Temerloh (2) terung (1) terung berembang (1) Terung Telunjuk (2) timun betik (5) timun ladang (5) Timun Tikus (2) Tiru (1) Titiwangsa (1) Tomato (4) Tomato Ceri (5) Tomyam (1) Trong (1) Tuaian (19) TYT (1) Ubat (2) ulam (5) Ulam Raja (2) ulat (1) UNDI (1) wangi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...