Moga Allah murahkan rezeki boss lama saya dan diberikan kesihatan yang baik. Nampaknya ros jepun hasil pemberiannya telahpun mengeluarkan bunga.
Punyalah banyak dia bagi sampai dah tak ada tempat nak tanam lagi. Saya cucukkan keratan batang yang panjang-panjang tu sebab kalau patah-patahkan jadi banyak sangat pula. Ada sesetengahnya terpaksa saya letakkan sahaja pada pasu-pasu pokok lain, agar dapat menumpang hidup bersama.
Habis semua pagar dan dinding saya sangkutkan pasu.
Boss lama saya tu hujung minggu balik rumah lama dia kat sini. Jadi saya telefon dia minta beli keratan ros jepun. Dia kata tak payah. Dia paksa nak bagi percuma juga. Saya redho jer (hehehe...sukanya saya!).
Sudahlah percuma, siap hantar sampai ke rumah lagi. Baiknya hati boss lama saya tu. Cadangnya lepas balik dari CH saya nak singgah banglonya untuk ambil keratan tersebut. Tapi belum sempat saya balik, boss dah telefon bagitahu yang dia akan hantar (sebab dia pergi sarapan dekat-dekat kawasan rumah saya bersama keluarganya). Saya minta boss lama sangkutkan sahaja pada pagar rumah saya.
Bila saya balik dari CH, saya dapati bukan setakat keratan ros jepun sahaja, malah pokok duit (kenapa tak bagi duit jer boss, lagi ok) dan pokok kari pun ada sekali. Mulia sungguh hati boss lama saya, saya doakan boss dapat balik berpindah ke sini semula. Kesian anak dan isteri boss lama kena tinggal, jumpa seminggu sekali je.
Sebab boss lama tak nak duit saya, saya minta boss lama pilih apa-apa biji benih yang dia suka daripada stok saya. Semuanya percuma.
Terima Kasih, Boss!
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
bagusnyer boss gini,. ngn anak buah tak berkira walaupun bekas anak buah... lg bertambah2 rezeki dia bile bg free kt org lain kan... msti makin subur pokok2 bunga dia
ReplyDeletebetul tu lagi kita memberi, lg banyaklah yg kita terima
Deleteberuntungnya kakak :)
ReplyDeleterezeki jgn ditolak....hehehe
Deletekat mana beli tempat hang pasu panjang tu yer? saya tak pernah nampak
ReplyDeletebeli kat nurseri jer, rasanya ada byk nurseri yg jual ni
Deleteini lah namanya rezeki datang bergolek.. siap pokok duit bagai.. hmmm bertuah la yer.. mahal gak nak beli pun ni kan.. saya berkira2 nak tanam bawang.. tanah lom beli lagi ni.. asyik lupa je.. bawang dah betunas2 dah..
ReplyDeleteboss ni mmg baik ati dah macam2 dia bagi kat staf dia, lengkuas, daun pandan, mangga dan macam2 lagi.
DeleteBertuahla badan..
ReplyDeleteKmar lagi betuah sbb menang teka harga kobis, tahniah Kmar!
Deletebertuahlah taman semua menjadi....meriah dgn ros jepun.
ReplyDeletedah rezeki, kita terima dengan redho
DeleteBiar ler bos lama kak rose tu kat tempat baru dia... aka merangkap bos saya.. hehehe
ReplyDelete