Nak beli benih online?

Tuesday, January 28, 2014

Baiknya Hati Boss Lama Saya

 Moga Allah murahkan rezeki boss lama saya dan diberikan kesihatan yang baik. Nampaknya ros jepun hasil pemberiannya telahpun mengeluarkan bunga.


 Punyalah banyak dia bagi sampai dah tak ada tempat nak tanam lagi. Saya cucukkan keratan batang yang panjang-panjang tu sebab kalau patah-patahkan jadi banyak sangat pula. Ada sesetengahnya terpaksa saya letakkan sahaja pada pasu-pasu pokok lain, agar dapat menumpang hidup bersama.

Habis semua pagar dan dinding saya sangkutkan pasu.
 
 

 
Boss lama saya tu hujung minggu balik rumah lama dia kat sini. Jadi saya telefon dia minta beli keratan ros jepun. Dia kata tak payah. Dia paksa nak bagi percuma juga. Saya redho jer (hehehe...sukanya saya!).
 
 
Sudahlah percuma, siap hantar sampai ke rumah lagi. Baiknya hati boss lama saya tu. Cadangnya lepas balik dari CH saya nak singgah banglonya untuk ambil keratan tersebut. Tapi belum sempat saya balik, boss dah telefon bagitahu yang dia akan hantar (sebab dia pergi sarapan dekat-dekat kawasan rumah saya bersama keluarganya). Saya minta boss lama sangkutkan sahaja pada pagar rumah saya.
 
Bila saya balik dari CH, saya dapati bukan setakat keratan ros jepun sahaja, malah pokok duit (kenapa tak bagi duit jer boss, lagi ok) dan pokok kari pun ada sekali. Mulia sungguh hati boss lama saya, saya doakan boss dapat balik berpindah ke sini semula. Kesian anak dan isteri boss lama kena tinggal, jumpa seminggu sekali je.
 
Sebab boss lama tak nak duit saya, saya minta boss lama pilih apa-apa biji benih yang dia suka daripada stok saya. Semuanya percuma.
 
Terima Kasih, Boss!




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

 

13 comments:

  1. bagusnyer boss gini,. ngn anak buah tak berkira walaupun bekas anak buah... lg bertambah2 rezeki dia bile bg free kt org lain kan... msti makin subur pokok2 bunga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lagi kita memberi, lg banyaklah yg kita terima

      Delete
  2. kat mana beli tempat hang pasu panjang tu yer? saya tak pernah nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat nurseri jer, rasanya ada byk nurseri yg jual ni

      Delete
  3. ini lah namanya rezeki datang bergolek.. siap pokok duit bagai.. hmmm bertuah la yer.. mahal gak nak beli pun ni kan.. saya berkira2 nak tanam bawang.. tanah lom beli lagi ni.. asyik lupa je.. bawang dah betunas2 dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boss ni mmg baik ati dah macam2 dia bagi kat staf dia, lengkuas, daun pandan, mangga dan macam2 lagi.

      Delete
  4. Replies
    1. Kmar lagi betuah sbb menang teka harga kobis, tahniah Kmar!

      Delete
  5. bertuahlah taman semua menjadi....meriah dgn ros jepun.

    ReplyDelete
  6. Biar ler bos lama kak rose tu kat tempat baru dia... aka merangkap bos saya.. hehehe

    ReplyDelete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...