Pokok keledek si ubat bisul yang saya tanam ini dah membikin semak di kawasan hadapan rumah saya. Habis semua pokok berdekatan dipanjatnya mengalahkan pokok anggur. Saya tanam pokoknya dalam pasu lebar. Pada suatu hari saya terpandangkan sesuatu yang menarik dalam pasu tersebut seperti gambar di atas.
Saya pun korek keluar benda tersebut. Nampaknya pokok keledek saya telah berjaya mengeluarkan hasil, walaupun tak banyak.
Inilah rupanya setelah dibersihkan, nak buat apa dengan ubi keledek ini yer? Rasanya macam nak buat rebus atau bakar jer. Ubi keledek ini berkhasiat untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan sesuai dimakan oleh penghidap diabetes.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
wow gemuknye....besar gak tu panjang pen.
ReplyDeletebolehlah, alhamdulillah rezeki
Deletesalam Rose,
ReplyDeletekejap je dah dapat hasilnya..sihat betul isi ubi ni..cincang memanjang buat cucur keledek, dapat banyak boleh makan kongsi dengan kawan..hihihi
Salam Kak Puteri,
Deletehehehe...cam malas jer, nak masak yg paling senang...hehehe
berhasil jugak... boleh tahan besarnyer kak... kalu di goreng ngn tepung pun sedap tuh kak... cicah sambal kicap perkh mabeles
ReplyDeletewow! cicah sambal kicap, sedapnya!
Deletegulai lemak dengan asin2 pun sedap gak ni
ReplyDeletehaaaa...yg nin senang tapi pucuk mans pulak dah habis stok
DeleteMurah rezeki.
ReplyDeleteAmin. alhamdulillah.
DeleteSalam,
ReplyDeleteMasak lemak-kunyit campur kangkung dengan ikan puyu ...
salam,
Deleteyang ni mmg tak pernah cuba dan tak pernah jumpa pun...hehehe