Ros jepun bunga yang paling saya suka. Sebab ia cantik dan senang sangat nak tumbuh. Ini koleksi warna terkini yang ada pada saya.
Opps! Ini bukan kubur kucing yer, ini projek baru yang saya jalankan di rumah mak abah saya. Saya kesian tengok ros jepun yang ditanam oleh mak saya. Kurus-kurus dan tidak bermaya semuanya. Jadi saya rancang untuk tanam ros jepun di luar pagar rumah mak abah saya yang kosong dan hanya ditumbuhi rumput rampai.
Angan-angan dihati nak buat petak yang besar sangat, tapi bila saya cuba cangkul rumput yang tumbuh saya terus patah semangat. Rumputnya tebal sangat, lagipun saya manalah biasa pegang cangkul, kalau bertanam pun cuma dalam pasu, tak payah guna cangkul pun. Tolong abah berkebun? Jangan harap, tukang perati je.
Setelah saya isikan tanah dalam petak yang saya bina dengan Mimin, kemudian saya cucukkan batang ros jepun yang saya impot dari rumah saya.
Saya pesan dekat Mimin supaya dia hari-hari siram pokok ros jepun tersebut. Dia kata "IYA Lah!".
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
lepas ni nampak cantik dan bushy la rose jepun tu. rose jepun senang di jaga. :)
ReplyDeleteyer, harapnya begitulah yer
DeleteSalam, anak yang disayagi.. selalu peka dgn kehendak mak dan ayah.. berbunga2 hati mereka...
ReplyDeleteSalam,
DeleteMak saya tak bg buat pun...hahaha, dia syg sgt bunga rayanya tu, maknanya tak disayangi la....
Salam Ros,
ReplyDeleteSeronok tengok projek baru tu, keratan rose Jepun yg Ros bg tu dah elok suburnya kat laman saya. terima kasih daun keladi. hehehe
Salam,
Deletesama-sama daun mulberi...hehehe
salam,
ReplyDeletesaya suka ros jepun, tapi tanam selalunya tak menjadi!
rasanya jarang ros jepun tak menjadi, agaknya tanah kot yg jd masalah
DeleteRos Jepun yang klasik sentiasa diminati. Saya punya asyik tenggelam dengan pokok-pokok lain...adeh tak cukup matahari untuknya.
ReplyDeletekita tanam dalam pasu gantung, mesti dpt cahaya yg cukup kot
Deletebetul2 tuh... ros jepun nih mmg senang nk hidup n jaga kan... tp bile dh kering n kurus2 tuh lah yg tak syok... kalu kt umah dulu adik lah yg suke tnm n jaga pokok nih... mak tau tanam je tp tak jaga heheheh...
ReplyDeletebtui tu, tak Baja pun hidup segar jer kan
DeleteSalam ukhuwah dan salam kenal dari Bunda...
ReplyDeleteSelamat datang dan salam kenal juga.
Delete