Terung berembang selalunya tumbuh liar, jarang-jarang sangat keluarga saya makan terung jenis ini. Pada saya terung ini ada sejenis bau yang pelik dan rasanya pun payau. Tapi setahu saya, ada ramai peminat terung berembang , terutamanya kalau dimasak sambal tumis dengan ikan bilis atau di campur dalam kari hijau Thai.
Saya teringat nak cerita pasal terung berembang ini sebab masa mak saya datang ke rumah saya hari tu, dia ada cerita pasal terung berembang. Kata mak saya, saya tak berapa nak ingat sama ada dia tengok di TV atau dia dengar orang cerita. Katanya, orang tu kata masa kecik-kecik dia miskin, sewaktu hari raya dia tak dapat makan daging, jadi keluarga dia buat sambal tumis ikan bilis campur terung berembang untuk ganti rendang daging. Dia makan lemang cicah dengan sambal tumis terung berembang. Kesian dia.
Sempena Hari Raya Aidiladha yang nak hampir menjelma ini mesti ada acara makan-makan lemang. Apakata tahun ini kita makan ketupat dan lemang cicah sambal tumis terung berembang. Tapikan saya ada dapat ilmu yang baru daripada seorang kakak kat opis saya, katanya orang kat tempat dia makan lemang cicah dengan daging masak taucu. Kalau ada sesiapa teringin nak cuba silalah.
nie macam terung yg biasa sy tenguk ms kecik2 dulu..terung mango orng panggil yer...yg dlmnya byk biji2 yg pahit..selalu orng buat celur...tah tul ker tak..:)
ReplyDeleteyer la kot, mango macam pelam ker? btui la rasanya ada org celur, saya lupa bila last sy makan terung ni
ReplyDeletebuat sambal ikan bilis sedap niiii...suka sangat terung ni
ReplyDeleteni la peminat terung berembang sejati..hehehe, jgn lupa cicah ngan lemang masa raya aji ni
Deleteoo..terung nih.. masa kecik kami buat peluru jer, main tembak2. Pistolnya buat ngan dr buluh.. sakit jugak kalau kena peluru terung nih
ReplyDeletesy guna peluru jenis lain, baru-baru ni ada nampak pokok tu terjual kat nurseri, pokoknya menjalar ada bunga warna oren
ReplyDeleteooh.. terung ni buat rebus ulam makan dengan sambal belacan .
ReplyDeleteBiasa orang tua tak sempat nak kutip , kami kutip buat peluru senapang
Ada jual tak benihnya.
ReplyDelete