Selalunya bila saya balik rumah mak abah saya, saya akan melawat dan memerhati pokok-pokok tanaman mak dan abah saya.
Banyak kali saya perhatikan pokok markisa ini berbunga, tapi bunganya semua luruh begitu sahaja.
Suatu petang saya terlihat buah ini menyorok di sebalikdaun-daun, saiznya sebesar bola tenis, jadi semasa ia masih kecil kami semua tak perasan akan kehadirannya.
Anak pokok markisa ini saya beli di Mardi CH, sekali dengan anak pokok anggur. Mulanya saya bercadang hendak tanam pokok ini di rumah saya. Tapi memandangkan pokok ini menjalar juga seperti pokok anggur dan akan semakin menyemakkan kawasan rumah saya, jadi saya suruh mak saya sahajalah tanam.
Tampuk bunganya masih kelihatan, buah markisa yang pertama dan diharapkan bukan yang terakhir.
Nampaknya masih banyak bunga yang keluar dari pokok markisa ini yang bakal menjadi buah. Tak sabar nak tunggu buahnya masak.
Pokok markisa di rumah saya usianya lebih muda daripada pokok markisa di rumah mak abah saya. Bila pula nak berbuah agaknya.
No comments:
Post a Comment